Saturday, July 16, 2016

~ Perpisahan ~

Image result for bismillahir rahmanir rahim

Syukur alhamdulillah di atas segala rahmat dan kasih sayangNya pada hamba yang begitu kerdil ini.. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah..Allah masih memberikan kita ruang dan peluang untuk meniti hari-hari yang indah untuk dilalui..

Hari ini merupakan hari yang bahagia dan sedih untuk diri ini..Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.. Cukup perit untuk mengucapkan selamat tinggal bagi insan yang cukup beerti dalam hidup kita.. Namun, sudah lumrah dunia setiap insan pasti akan meninggalkan kita pada suatu hari nanti..

Tahniah dan syabas cikgu ucapkan pada dirimu kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.. Cikgu bangga dan sangat berbesar hati dengan kejayaanmu.. Tetapi pemergianmu adalah satu kehilangan yang amat dirasai.. Pemergianmu membuatkan kami menitiskan air mata.. Berat untuk kami melepaskan kamu pergi dari sisi kami.. Walaupun sekejap cikgu bersama kamu, tetapi cikgu berasa kehilangan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.. Akhlakmu dan peribadimu membuatkan kami berasa senang hati dan sejuk hati..

Anak muridku, titisan air mata kami membasahi pipi tika kamu mengucapkan selamat tinggal kepada kami.. Pergilah menuntut ilmu dan cari pengalaman di tempat yang baru.. Doa kami mengiringimu .. Sedih tapi kami bahagia dengan pencapaianmu.. Semoga Allah mempermudah segala urusanmu.. Semoga Allah melindungimu anak syurga.. Semoga Allah memberkati di setiap langkahmu... Semoga kamu terus kuat untuk menghadapi hari yang mendatang..

Selamat menempuh alam baru.. Jangan lupakan kami di sini..  May Allah Bless You..

Sunday, August 24, 2014

~ KurniaanMu... ~


Alhamdulillah ..Syukur ke hadrat Illahi kerana masih memberikan kurniaanNya kepada kita.. Allahuakbar... Subhanaallah...Walhamdulillah wala i`la haillah Allahuakbar.... Selawat dan salam ke atas junjungan mulia , Nabi Muhammad S.A.W.

Sudah lama ana tidak mencoretkan bicara dalam blog ini..Terasa lama tidak menjengah dan membiarkannya bersawang... Mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat mangsa MH17..Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang yang soleh dan solehah.... Sungguh pilu dan hiba melihat wajah-wajah sayu ahli keluarga.. Ya Allah,kuatkan  hati mereka ..Berikanlah mereka kekuatan dan ketabahan.. Berat mata memandang lagi berat bahu memikul...

Ujian bertali arus dalam kehidupan namun hidup perlu diteruskan.. Bukankah ujian itu tanda kasih Allah buat kita ? Meskipun berat untuk menanggungnya tetapi ingatlah janji Allah bahawa Dia tidak menimpakan ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hambaNya..Senyumlah pada takdirmu ..In sha Allah ketenangan akan mulai hadir di dalam jiwa...Ujian itu mematangkan kita..Ujian itu anugerah buat kita kerana kita adalah insan terpilih... Kasih sayangNya padamu tidak bertepian.. Tika ujian melanda, pasti kita akan lebih mendekatkan diri kepadaNya.. Dia rindukan rintihan kita... Hapuskan  tangismu dan ukirlah senyuman bak mentari menyinari harimu..Namun,jika tangisanmu itu mampu menghapuskan segala keresahan dan meredakan kesedihanmu..Menangislah..Ibarat hujan membasahi bumi...






       Alhamdulillah ,syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah izinNya ana dapat menamatkan pembelajaran ana..Ini hadiah buat ayahanda ,bonda, adik-adik, sanak saudara, sahabat dan pensyarah -pensyarahku.. Titisan air mata mengalir membasahi pipi tika melihat surat tamat belajar... Tak tergambar dengan kata-kata kerana empat tahun berjauhan dengan keluarga ...Alhamdulillah buat ayahanda dan bonda, kakak hadiahkan ijazah ini buat kalian..Terima kasih kerana sentiasa menjadi pendorong dan kekuatan kakak sepanjang akak sambung belajar.. Kakak berharap agar ayahanda dan bonda berasa gembira dengan berita ini.. Tiada apa yang mampu kakak berikan melainkan ijazah ini buat kalian... Kakak berjanji kakak akan berusaha untuk memberikan yang terbaik ... In sha Allah..Doakan dan restuilah perjalanan hidup anakmu ini... Buat anak didikku kelak, cikgu tak sabar mahu bersama kalian.. Cikgu rindu kalian...

Guru-guruku, jazakallahu khairan kathira ... Sungguh jasa kalian kepada anak didikmu ini tak termampu untukku balas.. Mendidik dan mentarbiah anak didikmu dengan penuh kesabaran.. Dengan penuh kasih sayang.. Allahu.. Rindunya pada guru-guruku.. Walaupun ana  jarang mengekspresikan bicara kata namun ketahuilah guru-guruku, tidak pernah ana lupakan kalian...Tanpa kalian siapalah diri ana.. Guruku, ana masih ingat tika guru memberikan nasihat kepada ana...Penuh dengan kelembutan dan cikgu menawarkan bahumu untukku.. Sungguh, tika detik itu semangat ana  untuk menjadi guru berkobar.. Ingin meminjamkan bahuku ini untuk anak didikku pula.. Guruku.. Semoga Allah memberikan kebahagian, kejayaan dan membalas segala kebaikanmu kepada anak didikmu..


Assalamuaikum w.b.t.

Wednesday, August 21, 2013

~ Liku-Liku Kehidupan ~

 

Alhamdulillah ,syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat bertemu di alam maya ini..Subhanaallah..Alhamdulillah..Allahuakbar.. Ya Allah,daku bersyukur kepadaMu di atas segala nikmat dan rahmatMu kepadaku hambaMu yang lemah lagi kerdil..Walaupun kadang-kadang hambaMu ini terleka dengan duniawi .. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.

Pertama sekali , tak terlambat untuk ana mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 
( TAQABBALAALLAHUMINKUM )..Semoga madrasah Ramadhan yang telah kita lalui dalam masa sebulan yang lalu memberikan impak positif kepada kita.. Semoga kita dapat meneruskan amalan yang kita lakukan di dalam bulan Ramadhan sehingga tiba Ramadhan yang seterusnya.. Insyaallah.. Sememangnya Ramadhan mampu mendidik hati dan jiwa kita untuk berpegang kepada Allah dan kitabullah Al-Quran...Jiwa tenang bagaikan sungai yang mengalirkan air yang sejuk tiada berpenghujung ..Allah..Allah..Allah.. Berikanlah kekuatan kepada kami untuk terus beribadah kepadamu dan beristiqamah dalam melakukan kebaikan..Insyaallah..

Ana berasa sangat sedih mengenangkan salah seorang sahabat ana sedang bertarung dalam kesakitan..Ya Allah,sesungguhnya ana tidak tahu ..Maafkan ana sahabatku..Maafkan daku kerana tidak selalu menghubungimu.. Berjumpa denganmu memberikan tanda tanya kepada ana..Wajahmu nampak lesu dan pucat..Ya Allah,berikanlah kesembuhan kepadanya.. Bantulah dia ya Allah.. Permudahkanlah segala urusannya..Berikanlah kekuatan dan ketabahan buatnya.. Luluh hatiku ketika mendengar perkhabaran itu.. Mengapa dirimu merahsiakan daripadaku? Aduh penawar hatiku,kamu sahabatku yang baik.. Allah sangat menyayangimu sahabatku..Dirimu insan pilihan ...Dipilih untuk menerima ujian..

Menurut Ibn Manzur dalam Lisanu al-‘Arb, bala’ itu adalah ujian yang terdiri daripada yang baik juga yang buruk. Seperti mana yang diberitakan pada surah al-Anbiyaa’ iaitu;

ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]


Ujian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba. Ini telah dibuktikan secara jelas berdasarkan ayat 2-3 surah al’-Ankabut;

أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]

Allahu Rabbi.. Segera daku beristighfar..Tiada apa yang mustahil bagiNya.. Terasa kerdil diriku ini di hadapanNya..Allah..Allah..Allah..Ana berasa serba salah sehingga tidak tahu untuk berbuat apa.. Ya Allah,berikanlah jalan buatku..Permudahkanlah segala urusanku.. Ana ada seorang anak murid yang rapat dengan ana..Sentiasa mengharapkan ana ..Menceritakan segala masalahnya kepada ana.. Ana gembira kerana dia mempercayai ana..Namun terdapat sedikit masalah..Dia akan menelefon ana.. Bila bercakap dengannya ana gembira namun dia akan mengambil masa yang lama untuk bercakap dengan ana..Sampai ibunya marah-marah.. Ana serba salah.. Ana tak mahu dia kena marah ..Bila ana tidak mengangkat telefon dia akan merajuk dengan ana..Ya Allah, ana dalam dilemma..Tidak tahu sama ada untuk mengangkat ataupun tidak..Ana tidak mahu menyakiti hati sesiapa..

Ana rindukan anak-anak murid ana..Ya Allah,kuatkanlah hatiku.. Semoga kalian sihat dan gembira.. Teringat segala keletah-keletah mereka..Teringat gelak ketawa mereka..Teringat gurauan senda bersama mereka..Ya Allah,menggebu rinduku pada mereka..Walaupun tidak dapat bersua muka namun kuntuman doa tetap mesra buat mereka..Allah..Allah..Allah.. Mereka adalah kanak-kanak yang dinantikan di syurga kelak..Teristimewa dan sungguh istimewa.. Walaupun tidak sempurna seperti kita namun kadang-kadang mereka adalah pengubat dan penawar bagi kita..Alhamdulillah Allah memberikan kesempatan buat ana untuk mendekati mereka..Sesungguhnya mengenali dan mendidik mereka memberikan banyak pengajaran buat ana.. Mereka perlu dilindungi dan disayangi .. Hati mereka lembut dan sensitif.. 

Seorang sahabat ana meminta pandangan ana tentang jodoh ..Mengenali seseorang dan meletakkan harapan agar hubungan itu berkekalan hingga ke syurga ..Namun badai menghempas hatinya dan terputus di tengah jalan.. Allah..Allah..Allah..Sedih dan mengalirkan air mata apabila mengenangkan hubungan yang terlerai..Ana turut sebak apabila melihat sahabat ana sedang berduka cita.. Tetapi sahabatku yang baik,yakinlah dengan janji-janji Allah.. Allah telah menetapkan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.. Dekatkanlah dirimu dengan Allah..Insyaallah hatimu akan menjadi tenang.. Jika kita mencintai Allah,Insyaallah Allah akan menghantarkan seseorang yang mencintaiNya juga kepada kita.. Cinta selepas akad dan nikah memberikan kemanisan yang berpanjangan..Sahabatku,usah digusar tentang jodohmu.. Jodoh kita sudah ditetapkan sejak kita dalam kandungan ibu kita malah rezeki pun sudah tertulis buat kita.. Bersabarlah dalam penantian ini.. Marilah kita bersama-sama berusaha untuk memperbaiki dan mempersiapkan diri sebelum melangkah ke alam perkahwinan.. Tanggungjawab dan amanah yang berat setelah adanya lafaz akad..


“Barangsiapa memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, dan menikah kerana Allah, maka sempurnalah imannya.” (Hadith Riwayat Abu Dawud)


“…(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.”  (Surah Ar-Ra’d : ayat 28)
 
 “Barang siapa memperbanyakkan istighfar maka Allah S.W.T akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

Setakat ini coretan hatiku buat kali ini..Marilah kita sama-sama memuhasabahkan diri kita.. Semoga kita dapat menjadi hamba kepadaNya lebih baik dari hari-hari yang lalu..Insyaallah.. Banyakkan istighfar..  Jaga diri..Jaga hati..Jaga iman..

Wassalam w.b.t. 

p/s : Doakan saudara-saudara kita di Mesir, Syria, Rohingya ..Semoga Allah memberikan kekuatan dan memberikan kemenangan kepada saudara-saudara kita.. 

Thursday, July 18, 2013

~ Allah..Allah..Allah..~


 



~ Zikir pelindung diri ~



اَلْحَمْدُ لِلَّهِ وَحْدَهُ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى مَنْ لاَ نَبِيَّ بَعْدَهُ.

Segala puji bagi Allah yang maha Esa. Salawat dan salam ke atas Nabi yang tiada lagi nabi sesudahnya.

اَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ* اَللهُ لآ اِلَهَ إِلاَ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَهُ ماَ فِى السَّماَوَاتِ وَماَ فِي الأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِيْ يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ ماَ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَماَ خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيْطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِماَ شآءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّماَوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُماَ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ .

“Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam. Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang berada di langit dan di bumi.Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah lagi Maha Tinggi dan Maha Agung”.

Sesiapa yang mengucapkannya pada waktu pagi, diselamatkan dari jin sehingga ke petang. Sesiapa yang mengucapkannya pada waktu petang, diselamatkan mereka hingga ke pagi. – (Riwayat al-Hakim).

بسم الله الر حمن الر حيم.
قُلْ هُوَ اللهُ اَحَدٌ * اَللهُ الصَّمَدُ * لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ * وَلَمْ يَكُن لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ *
بسم الله الر حمن الر حيم.
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ * مِن شَرِّ ماَ خَلَقَ * وَمِن شَرِّ غاَ سِقٍ إِذاَ وَقَبَ * وَمِن شَرِّ النَّفَّا ثاَتِ فِي الْعُقَدِ * وَمِن شَرِّ حاَسِدٍ إِذاَ حَسَدَ *
بسم الله الر حمن الر حيم.
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ * مَلِكِ النَّاسِ * إِلَهِ النَّاسِ * مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ * اَلَّذَي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ * مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ * ×3

“Sesiapa yang mengucapkannya tiga kali pada waktu pagi dan petang, cukuplah ia dari pada segala-galanya.” – (Riwayat Abu Dawud dan at-Tirmidzi)

أَصْبَحْنَا وَأَصْبَحَ (أَمْسَيْنَا وَاَمْسَى) الْمُلْكُ لِلَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ المُلْكَ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، رَبِّ اَسْأَلُكَ جَيْرَ مَا فِي هَذَا الْيَوْمِ وَخَيْرَ مَا بَعْدَهُ (هَذِهِ الْلَيْلَةِ وَخَيْرَ مَا بَعْدَهَا)، وَاَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا فِي هَذَا الْيَوْمَ وَشَرَّ مَا بَعْدَهُ (هَذِهِ الْلَيْلَةِ وَخَيْرَ مَا بَعْدَهَا)، رَبِّ اَعُوذُبِكَ مِنَ الْكَسَلِ، وَسُوءِ الْكِبَرِ، رَبِّ اَعُوذُبِكَ مِنْ عَذَابٍ فِي النَّارِ وَعَذَابٍ فِي الْقَبْرِ.

Telah berpagi-pagi kami, dan berpagi-pagi segala kerajaan itu milik Allah, segala puji bagi Allah. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala pujian. Dia yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Ya Tuhanku! Aku memohon kepada-Mu kebaikan pada waktu pagi dan kebaikan sesudahnya. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan pada pagi ini dan kejahatan sesudahnya. Ya Tuhanku! Aku berlindung kepada-Mu dari sifat malas dan keburukan pada hari tua. Ya Tuhanku! Aku berlindung


اَللَّهُمَّ بِكَ اَصْبَحْنَا (أَمْسَيْنَا) ، وَبِكَ أَمْسَيْنَا (اَصْبَحْنَا)، وَبِكَ نَحْيَا، وَبِكَ نَمُوتُ وَاِلَيْكَ النُّشُورُ.

Ya Allah, dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami memasuki waktu pagi, dan dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami memasuki waktu petang. Dan dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami hidup dan dengan kehendak-Mu kami mati. Dan kepada-Mu kami dibangkitkan (semula). – (Riwayat Tirmidzi 5:466)


اَللَّهُمَّ اَنْتَ رَبِّي لاَ اِلَهَ اِلاَّ اَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَاَنَا عَبْدُكَ، وَاَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، اَعُوذُ بِكَ مِن شَرِّمَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَاَبُوءُ بِذَنبِي فَغْفِرْلِي فَاِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبِ إِلاَّ أَنْتَ.

Ya Allah! Engkau adalah Tuhan ku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau. Engkaulah yang menciptakan aku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan taat setia kepada janjiku dengan-Mu sekadar kemampuanku, Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang aku lakukan. Aku mengakui di hadapan Engkau atas segala nikmat kurnia-Mu ke atas ku. Aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau.

Sesiapa yang mengucapkannya dengan penuh yakin pada waktu petang, maka jika ditakdirkan ia meninggal dunia pada waktu malamnya, ia memasuki syurga. demikian juga jika ia mengucapkannya pada waktu pagi. - (Riwayat Bukhari 7:150)

َللَّهُمَّ إنِّي أَصْبَحْتُ(أَمْسَيْتُ) اُشْهِدُكَ وَاُشْهِدُ حَمَلَةَ عَرْشِكَ، وَمَلآئِكَتَكَ وَجَمِيْعَ خَلْقِكَ،

Ya Allah! Sesungguhnya aku bersaksi dengan Engkau di waktu pagi, malaikat yang memikul arasy Mu, malaikat-malaikat dan seluruh makhluk Mu, sesungguhnya Engkau adalah Allah, tiada Tuhan selain Engkau yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Mu dan sesungguhnya Muhammad adalah hamba dan utusan-Mu.
Sesiapa yang mengucapkannya pada waktu pagi atau petang 4 kali, Allah selamatkannya daripada neraka. – (Riwayat Abu Dawud 4:317)

اَللَّهُمَّ مَا اَصْبَحَ(أَمْسَيْ) بِي مِن نِّعْمَةٍ أَوْبِاَحَدٍ مِن خَلْقِكَ فَمِنْكَ وَحْدَكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ، فَبِكَ الْحَمْدُ وَلَكَ الشُّكْرُ.

Ya Allah! Nikmat yang ku terima atau yang diterima oleh seseorang di antara makhluk-Mu di pagi ini adalah daripada-Mu. Maha Esa Engkau, tiada sekutu bagi-Mu. Bagi-Mu segala puji dan kepada-Mu dipanjatkan syukur.
Sesiapa yang mengucapkannya pada waktu pagi, ia telah menunaikan kesyukurannya pada hari itu. Sesiapa yang mengucapkannya pada waktu petang, ia telah menunaikan kesyukuran pada malamnya. – (Riwayat Abu Dawud 4:318)

اَللَّهُمَّ عَافِنِي فِي بَدَنِي، اَللَّهُمَّ عَافِنِي فِي سَمْعِي، اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي بَصَرِي، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ، اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْكُفْرِ، وَالْفَقْرِ، وَأَعُوذَ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اَنْتَ. ×3

Ya Allah! Sihatkan tubuh badanku. Ya Allah! Sihatkan pendengaranku. Ya Allah! Sihatkan penglihatanku. Tiada Tuhan berhak disembah melainkan Engkau. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kekafiran dan kefakiran. Aku berlindung dengan-Mu daripada seksaan kubur. Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. – (Riwayat Abu Dawud 4:324)

اَللَّهُمَّ أِنِّي أَسْاَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، اللَّهُمَّ اِنِّي اَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ: فِي دِينِي، وَدُّنْيَايَ، وَأَهْلِي وَمَالِي، اَللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي، وَآمِن رَوْعَاتِي، اَللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِن بَيْنِ يَدَيَّ، وَمِنْ خَلْفِي، وَعَن يَمِيِني، وَعَن شِمَالِي، وِمِن فَوْقِي، وَاَعُوذُ بِغَظَمَتِكَ أَن أَغْتَالَ مِن تَحْتِي.

Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kemaafan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Ya Allah, kebajikan dan keselamatan di dunia dan di akhirat. Ya Allah! Sesungguhnya aku bermohon kepada-Mu kemaafan dan kesejahteraan pada agama, dunia, keluarga dan harta bendaku. Ya Allah! Tutuplah auratku, dan tenteramkanlah hatiku. Ya Allah! Peliharalah aku di sebelah hadapanku, belakangku, kananku, kiriku, dan di atasku. Aku berlindung dengan kebesaran-Mu agar tidak disambar dari sebelah bawah. – (Riwayat Abu Dawud dan Ibn Majah 2:332)

اَللَّهُمَّ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ، فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ، رَبَّ كُلِّ شَيْءٍ وَمَلِيكَهُ، أَشْهَدُ أَن لاَّ اِلَهَ إِلاَّ اَنْتَ، أَعُوذُ بِكَ مِن شَرِّنَفْسِي، وَمِن شَرِّ الشَّيْطَان وَشِرْكِهِ، وَاَنْ أَقْتَرِفَ عَلَى نَفْسِي سُوءًا، أَوْ أَجُرَّهُ إِلَى مُسْلِمٍ.

Ya Allah! Tuhan yang Maha Mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, pencipta petala langit dan bumi, Tuhan yang menguasai segala sesuatu. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan diriku, daripada kejahatan syaitan dan konco-konconya agar aku tidak menjerumus diriku ke dalam kejahatan dan mengheret Muslim yang lain ke dalamnya. – (Riwayat at-Tirmidzi 3:142)

بِسْمِ اللهِ الَّذِي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. ×3

Dengan nama Allah yang apabila sesuatu disebut dengan nama-Nya, ia tidak memberi mudharat samada yang berada di bumi atau di langit. Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Sesiapa yang mengucapkannya 3 kali pada waktu pagi dan 3 kali pada waktu petang, tiada sesuatu yang dapat memudaratkannya – (Riwayat Abu Dawud, at-Tirmidzi, Ibn Majah)

رَضِيْتُ بِا للهِ رَبًّا، وَبِالإِسْلاَمِ دِينًا، وَبِمُحَمَّدٍ صَلَى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَبِيًّا. ×3

Aku redha dengan Allah sebagai Tuhan, Islam itu sebagai cara hidup, dan Muhammad SAW sebagai Nabi.
Sesiapa yang mengucapkannya 3 kali pada waktu pagi dan 3 kali pada waktu petang,adalah menjadi hak ke atas Allah untuk meredhainya pada hari kiamat – (Riwayat Ahmad dan an-Nasa’i)

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ اَسْتَغِيْثُ اَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ وَلاَ تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ.

(Ya Allah!) Yang Maha Hidup, (Ya Allah!) Yang Maha Menguruskan (alam ini), Dengan rahmat-Mu aku memohon agar Engkau perbaiki segala urusanku dan jangan Engkau biarkan aku membuat keputusan sendiri walaupun sekelip mata. – (Riwayat al-Hakim)

اَصْبَحْنَا وَاَصْبَحَ (أَمْسَيْنَا وَأَمْسَى) الْمُلْكُ لِلَّهِ رِبِّ الْعَالَمِيْنَ، اَللَّهُمَّ اِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَ هَذَا الْيَوْمِ: فَتْحَهُ، وَنَصْرَهُ، وَنُورَهُ، وَبَرَكَتَهُ، وَهُدَاهُ، وَأَعُوذُ بِكَ مِن شَرِّمَا فِيهِ وَشَرِّمَا بَعْدَهُ.

Telah berpagi-pagi kami, dan berpagi-pagi segala kerajaan itu milik Allah, Tuhan sekalian alam. Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikan pada hari ini. Rahmat, kemenangan, cahaya, keberkatan dan petunjuk. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan yang terdapat di dalamnya dan kejahatan sesudahnya. – (Riwayat Abu Dawud 4:322)

أَصْبَحْنَا (أَمْسَيْنَا) عَلَى فِطْرَةِ الإِسْلاَمِ وَعَلَى كَلِمَةِ الإِخْلاَصِ، وَعَلَى دِيْنِ نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم، وَعَلَى مِلَّةِ أَبِيْنَا إِبْرَاهِيمَ، حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ.

Berpagi-pagi kami berada di atas fitrah Islam, berpegang dengan kalimah tauhid, menuruti agama Nabi kami Muhammad SAW dan tegak di atas milah moyang kami Ibrahim yang lurus dalam keadaan tunduk patuh menyerah diri. Tidaklah kami daripada golongan musyrikin. – (Riwayat Ahmad 3:406-407)

سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ. ×100

Maha suci Allah, aku memuji-Nya. – (Riwayat Muslim 4:2071)

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. ×10

Tidak ada Tuhan selain Allah yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala pujian. Dialah yang Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Sesiapa yang mengucapkannya 100 kali sehari menyamai 10 orang hamba. Ditulis baginya 100 kebaikan, dihapuskan 100 kejahatan. Baginya pada hari itu terpelihara dari syaitan sehingga ke petang. Tiada siapa yang datang lebih baik daripada apa yang dibawanya kecuali orang yang datang membawa amalan yang lebih banyak daripada itu. – (Riwayat Abu Dawud, Ibn Majah, dan Ahmad)

سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ: عَدَدَ خَلْقِهِ، وَرِضَا نَفْسِهِ، وَزِنَةَ عَرْشِهِ، وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ. ×3

Maha Suci Allah dan puji-pujian itu bagi-Nya sebanyak makhluknya, sejauh keredhaan-Nya, seberat timbangan arasy-Nya, dan sebanyak tinta kalimat-Nya.
Sesiapa yang mengucapkannya 100 kali pada waktu pagi dan petang, tiada seorang pun yang datang pada hari kiamat lebih baik daripada apa yang dibawanya, melainkan sesiapa yang datang seumpamanya atau lebih daripadanya. – (Riwayat Muslim 4:2090)

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْاَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً.

Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-mu ilmu yang bermunafaat, rezeki yang baik, dan amalan yang diterima. – (Riwayat Ibn Suniy)

أَسْتَغْفِرُ اللهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ. ×100

Aku memohon keampunan kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya. – (Riwayat Bukhari)

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِن شَرِّمَا خَلَقَ. ×3

Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna daripada apa-apa kejahatan yang Dia ciptakan.
Sesiapa yang mengucapkan pada waktu petang 3 kali, tidak akan terkena demam pada malam itu. – (Riwayat Ahmad dan an-NaSa’i)

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ. ×10

Ya Allah! Limpahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad.
Sesiapa yang berselawat ke atasku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. – (Riwayat at-Tabarani)

p/s: Teks Biru - Dibaca pada waktu pagi
Teks Merah - Dibaca pada waktu petang

~ Di mana cantiknya seorang wanita ? ~






- Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

-Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

-Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman

-Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

-Rawatkah rambut anda dengan "Selendang Islami"yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan

-Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu'dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

-Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian"

-Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

~ Zikir Malaikat ~


 

Photo: HADIAH buat mereka yang hendakkan pertolongan dari ALLAH...Yuk teman2 ..FASTABIQUL KHAIRAT ! !

Ayuh sahabat-sahabatku..marilah kita sama-sama amalkan... Semoga hajat kita dimakbulkan oleh Allah..