Alhamdulillah ,syukur kepada Allah di atas segala rahmat dan limpahNya dapat ana kembali mencoret bingkisan hati ana dalam blog ana ini..Walaupun tersa berat untuk melakukannya,namun ana mesti kuat dan tabah menghadapi apa jua dugaan yang Allah berikan..Dugaan itu akan mematangkan kita dari hari ke hari dan tanda kasih sayang Allah... Cukuplah Allah sebagai pelindung serta penawar bagiku...Hanya Dia yang memahami hambaNya.. Salam rinduku kepada kekasih agungMu, Nabi Muhammad S.A.W.
Ana terasa ingin pulang ke kampung bersama keluarga yang tercinta..Rindu yang menggebu kepada keluarga ana..Ana ingin memeluk bonda dan melepaskan segala bebanan yang dipikul di bahuku.. Ana ingin mengucup tangan ayahanda agar menjadi salji yang membasahi jiwaku..Ana ingin bergurau senda dengan adik-adikku yang amat ana kasihi..Andai bisa ana pulang pada detik ini... Biar senyum dan tawaku menghiasi bibirku walaupun berjuta persoalan yang menjengah di mindaku.. Duhai keluargaku,ketahuilah bahawa akak sangat rindu..Rindu serindunya dengan semua.. Semoga akak sabar dan tabah menghadapi ujianNya..Ayahanda dan bonda,iringilah doa dan restu buat anakanda.. Damaikanlah hati anakanda dengan nasihat dan kata-kata semangat dari kalian..
Berjuraian air mata bagai hujan membasahi bumi..Buat kamu sahabatku, ana ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat segalanya...Terima kasih kerana mengajar ana erti bahagia..erti sabar..erti tabah..dan banyak lagi.. Semoga Allah memberkatimu...Sahabat,andai ana kuat untuk mengikis ingatan ini,sudah lama ana lakukan..Sahabat,mengapa kamu terus terusan berada di sini.. Mengapa terlalu sukar untuk ana melupuskan segala kenangan ?
Terima kasih kerana atas segalanya...Terima kasih kerana menghadiahkan air mata.. Terima kasih kerana membahagiakan walaupun seketika..Terima kasih kerana memberi harapan.. dan terima kasih atas segalanya..Hanya Allah mampu membalasnya..
Ana tidak tahu untuk berkata apa..Ana cukup kecewa..Kita tidak boleh berharap kepada manusia..Bergantung haraplah kepada Allah..Kita pasti akan kecewa sekiranya menyandarkan harapan kepada manusia..Allah pasti tidak akan mengecewakan hambaNya..Allah sentiasa bersama hambaNya ..Tambahan lagi bagi hamba yang merintih dan memohon belas kasihnya..Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Bukan mudah untuk mencari sahabat yang ikhlas..Bagaikan mencari permata di lautan yang dalam.. Sahabat ketika suka sangat senang untuk diperolehi tetapi sahabat ketika duka sangat sukar ditemui.. Jadilah sahabat yang sejati..Tika suka dan duka sedia berkongsi..Maafkan ana ...
Maafkan ana sekiranya ana tidak mampu untuk menjadi sahabat yang baik tetapi ana cuba sedaya upaya ana untuk menjadi yang terbaik...Ana cuba menjaga dengan sebaiknya..Tetapi seandainya kebahagiaan itu tidak mampu dikecapi bersama ana ,carilah dan semoga sinar kebahagiaan mengiringimu..Insyaallah..Ana sudah berusaha sebaik mungkin..
Salam kemaafan dan terima kasih..