Tuesday, March 13, 2012

~ Destinasiku ~

 

 Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah izinNya dapat lagi ana mencoret serba sedikit bingkisan hati ana ke dalam blog ana ini..Sudah lama jari jemari ana ingin menari di atas keyboard tetapi ana bagaikan kaku untuk melakukannya..Banyak perkara yang telah terjadi dan banyak perkara jua yang menuntut perhatian ana..Ya Allah,terima kasih atas nikmat sihat dan masa yang lapang..Ya Allah,terima kasih kerana mengizinkan ana untuk merasai segala nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku.. Salam rinduku buat kekasihMu Nabi Muhammad S.A.W. Selawat dan salam ke atas Baginda...

Gerak geriku kian membisu ..Entah kenapa hati ini diserbu rasa sedih dan pilu..Adakah sejarah lama bakal berulang kembali..Apa yang boleh ana katakan mulut ana bagaikan terkunci untuk berkata-kata.. Ya Allah,kuatkanlah hatiku menerima apa jua ketentuan yang Engkau berikan..Hatiku bagai setenang air yang mengalir di muara apabila mendekatkjan diri kepadaNya..Bercucuran air mata apabila dapat kuluahkan segala isi hatiku kepadaNya..Dialah kekasih agungku..Dia memahami hatiku... Hatiku terbuai dengan keindahan ciptaan Al-Quran dan mengalunkannya dalam senduku...Apabila mulut basah dengan berzikir kepadaNya,nescaya hati akan berasa dingin bak salju.. Hanya dengan mengingatiNya hati akan menjadi tenang..Terasa lelahku kian terhakis... 

Sebak diri ini apabila terus terusan mengingati sahabatku.. Panggilan dan mesej daripadanya membuatkan ana terkejut ..Tidak tergambar dengan kata-kata ..Gembira,terharu,sedih, malu dan sebagainya..Namun,itu hanya sementara..Namun,ana bersyukur sekurang-kurangnya ana tahu sahabat ana sihat sejahtera..Kedatanganmu bagai mendugaku sahabat..Dirimu datang dan pergi .. Diam seribu bahasa tanpa berkata apa-apa..Adakah kamu mahu melarikan diri dari ana? Maafkan ana sekiranya ana hanya menyusahkanmu..Tidak terniat di hati ana untuk melakukan sedemikian..Jangan terus-terusan begini..Sekiranya kamu benci ana,lontarkan ana ke dalam lautan yang paling dalam dan jangan berpaling lagi..Jangan memberikanku sebarang harapan kerana kelak ana akan kecewa.. Tolong jangan buat ana begini lagi...

Apabila ada kenduri di rumah atau luar ,pasti ada orang yang akan kata..dah besar Bisikan Nuraniku.. Dan banyak soalan cepu mas yang akan ditanya..Aduh..Soalan yang sukar untuk dijawab.. Ramai yang mengusik dan membuat andaian sesama mereka terutama di kalangan emak dan bapa saudaraku.. Mereka begitu prihatin dengan ana memandangkan ana merupakan anak saudara yang paling "senior" di kalangan adik beradik dan sepupu.. Sebenarnya bukan mudah untuk mencari imam kita..Pelbagai faktor yang perlu ana ambil kira..Apa yang penting bagi ana adalah agamanya..

Ana memerlukan seseorang untuk membimbing dan membawa ana ke arah jalanNya.. Seseorang yang mampu mendidik ana yang lemah ini..Setiap perempuan ingin mendapat lelaki yang soleh begitu jua dengan ana..Namun, jika kita ingin mendapat zauj yang soleh,kita juga perlu memantapkan diri agar menjadi solehah..Allah sudah berjanji bahawa lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan begitu jua sebaliknya..Ana yakin dengan janji Allah..
  

Maafkan ana..Ana tidak mampu untuk mencoret bait-bait kata dalam blog ana ini lagi..Terasa sedih dan pilu..Air mata asyik bergenang ..Ya Allah,sesungguhnya hanya Engkau yang memahami hati ini..HambaMu pasrah dengan kehendakMu..Ya Allah,berikanlah seorang teman yang ikhlas buatku untuk hambaMu ini ana bersandar ..Ikhlas menemaniku untuk berjuang ke jalanMu.. Semoga sinar kebahagiaan akan muncul buat selamanya..Insyaallah.. Buat sahabat-sahabatku,ana doakan kebahagiaan dan kesejahteraan kalian semua..Terima kasih kerana sudi membaca dan menghayati kisah ana..

No comments: