Alhamdulillah segala puji-pujian hanya untuk Allah..Alhamdulillah ana bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat ana menulis dalam blog ana ini..Setelah sekian lama ana tidak meng"update"kan blog ini.Ana rasa sangat gembira apabila ana dapat kembali menulis dalam blog ini..Alhamdulillah..Syukur..
Sejak dua bulan ini,pelbagai dugaan yang kian menimpa ana..Ana akui ana hamba yang lemah namun ana sandarkan harapan pada yang Maha Esa..Rintihan ana sebagai hamba untuk menguatkan keimanan dan ketaqwaan kepadaNya.. Ana memohon pertolongan pada yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Ana berasa bersyukur kerana ana dipilih untuk menerima ujian dan dugaan .. Ujian dan dugaan itu tanda kasih sayang Allah..Allah mahu memberi peringatan kepada kita agar tidak lalai dan leka semasa hidup di dunia yang sementara ini..Hanya satu persinggahan sebelum kita melangkah ke alam yang abadi..Ya Allah,hambaMu pasrah dengan segala ujian dan dugaanMu..
Kesihatan ayahanda dan bonda amat membimbangkan ana..Baru-baru ini bonda ana mengalami hypertension yang agak tinggi..Masyaallah..sedih dan pilu rasa di kalbu..Tambahan pula jauh dari ayahanda dan bonda..Sepatutnya bonda ana kena berehat di hospital tetapi bonda tidak mahu..Bonda hanya makan ubat yang diberikan oleh doktor..Bondaku,bersabarlah ..Anakanda akan sentiasa menjaga bonda.. Tadi bonda ada menanyakan kami,anak-anaknya siapakah yang akan menjaganya jikalau bonda menjadi lumpuh seperti datukku dahulu...Adikku dan ana menitiskan air mata.. Tidak sanggup kami mendengar pertanyaan bonda..Kami tidak mahu bonda terlalu memikirkan perkara itu..Bondaku,jikalau sesuatu terjadi padamu,akanku jaga dirimu walaupun terpaksa mengorbankan masa hadapanku..Semuanya demimu.. Syurgaku terletak di bawah telapak kakimu..Ana sebak apabila melihat orang tua yang bekerja... Kudratnya sudah lemah namun demi sesuap nasi mereka masih bekerja.. Ya Allah, bantulah mereka...Kasihanilah mereka..
Alhamdulillah,kesihatan ayahanda kian pulih ..Syukur alhamdulillah..Ayahanda sudah boleh memandu kereta ..Namun,sekarang adikku yang sering menjadi pemandu ..Ayahanda sudah boleh berehat di sebelah..Ayahandaku tidak mampu tidur kerana adikku sering membawa kereta dengan laju..Ayahanda sering menekan brek walaupun ayahanda tidak memandu.. Keletah ayahanda membuatkan kami semua ketawa padanya..Ayahanda lebih mengharapkan adikku untuk membawa kereta berbanding ana..Ayahanda penuh dengan ketenangan walaupun wajahnya kadang-kadang dapat ditafsirkan sebagai garang.. Ada seorang hamba Allah berasa takut juga ketika pertama kali berhadapan dengan ayahanda..Kenangan berputik kembali.. Ayahanda yang sukar untuk memarahi anak-anak tetapi banyak menggunakan psikologi ... Ana berasa bersyukur kerana dikurniakan seorang ayahanda yang sangat baik.. Alhamdulillah..
Kian hari,kian kuat ingatan hati ini padanya..Kenapa sukar sekali untuk menghilangkan bayangan lalu..Ana pasti berasa sangat bersalah seandainya ana telah menyakitkan hati kaum Hawa..Maafkan ana sekiranya kamu telah mempunyai teman.. Maafkan ana sekali lagi.. Istikharah ku lakukan memohon petunjuk daripada Allah..Ya Allah,berikanlah petunjukMu padaku agar dapat kutangkis segala resah dan kebimbangan yang melanda diriku..Ya Allah, dekatkanlah hatiku dengan hatinya dan dekatkanlah hatinya dengan hatiku jika sudah tertulis bahawa dia adalah yang halal bagiku kelak..Sekiranya sudah tertulis dia bukanlah yang halal bagiku kelak,elakkanlah kekecewaan melanda diriku dan didiklah hatiku untuk pasrah menerimanya dengan tawadhuk..Berikanlah yang terbaik buat kami... Berikanlah kami jodoh yang terbaik..Insyaallah...Ya Allah,ana berserah kepadaMu...
Pada Sabtu ini,ana akan berangkat ke Johor Bharu untuk melihat perkahwinan sepupu ana.. Walaupun sebaya ana,serunya untuk mendirikan masjid lebih awal...Ana doakan semoga berbahagia hingga anak cucu.. Untuk Syarifah Nurul Afifa,Selamat Pengantin Baru.. Semoga Berbahagia hingga ke akhir hayat dan selamat menempuh alam baru..Alam Rumah Tangga.. Ana tumpang bahagia melihat kegembiraan dan keceriaan di wajahmu wahai sepupuku.. Insyaallah.. Kamu akan sentiasa berada di bawah payung rahmatNya..Mak Jang,Selamat Menerima Menantu..Semoga dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga mak jang akan menambahkan seri kekeluargaan yang telah terbina selama ini..Insyaallah.. Syed Mohd Azri,adik Bisikan Nuraniku bakal dibuli oleh kamu..Ana harap kamu sudah tidak nakal seperti dulu lagi..Nakal bangat kamu.. Semoga kamu berubah ye masuk sekolah menengah..
Buat adikku Soleh,ayahanda memberi kepercayaan kepadamu untuk membawa kereta hingga ke Johor Bharu..Bawalah dengan berhati-hati...Kasihan pada ayahanda yang terpaksa mem"brek" sekali apabila adik mengikut kereta dengan rapat... Ayahanda dan bonda risau ..jangan bawa laju-laju..Biar lambat asalkan selamat.. Bukankah ayahanda dan bonda selalu berpesan... Dengarlah pesanan ayahanda dan bonda ye adik..
No comments:
Post a Comment