Thursday, May 12, 2011

~ Hatiku Berbicara~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t.

Syukur alhamdulillah kerana dengan limpah kurniaNya ana dapat meluahkan rasa hati kian menghimpit ini..Ana tidak tahu untuk meluahkan kepada siapa tentang tekanan yang kian menghempas hatiku...Ana meluahkan rasa hati ini untuk melepaskan sedikit bebanan yang kian menekan jiwaku ini..

Ayahandaku,puas anakanda berlakon di depanmu..Biarlah ayahanda lihat kegembiraan dan keriangan anakanda tetapi dalam hati anakanda hanya Allah yang tahu..Anakanda sangat sedih.. Air mata ini tumpah kerana melihat penderitaanmu wahai ayahandaku.. Anakanda tahu ayahanda cuba berlagak seperti biasa namun anakanda tahu bebanan ayahanda..Anakanda menitis air mata namun cepat-cepat anakanda hapuskan kerana tidak mahu ayahanda melihat mutiara jernih ini mengalir membasahi pipi anakanda..Anakanda mahu ayahanda lihat anakanda penuh dengan senyuman dan tertawa padamu..Bila ayahanda sebut pasal kematian,ayahanda mengguris hati anakanda..Anakanda tidak sanggup mendengar perkataan itu keluar dari bibir ayahanda... tak mahu...Anakanda tahu mati itu pasti ,tetapi tolonglah ayahanda jangan sebut perkataan itu lagi..Sayu hati ini ayahanda...

Ayahandaku,anakanda mahu melihat ayahanda pulih seperti biasa..Mengusik anakanda .. Sungguh anakanda rindu saat-saat itu..Anakanda sayang sangat dekat ayahanda..Anakanda tahu anakanda sukar menuturkan sayang tetapi ketahuilah ayahandaku,anakanda sangat menghargaimu..sangat memerlukanmu..Ayahandaku,ayahanda cuba menyembunyikan kesakitanmu namun sebagai anakmu,anakanda dapat merasakannya.. Anakanda terbayang sewaktu tahun lepas ayahanda berjumpa dengan seseorang di Jitra untuk bagi mempelam harum manis ..Alangkah manis saat itu ayahanda...Ayahandaku,anakanda tahu ayahanda berasa tidak selesa kerana sebelum ini ayahanda tidak tahu penat lelah untuk mencari rezeki buat kita sekeluarga... Sekarang,pergerakanmu terbatas... Sungguh sayu hatiku ini wahai ayahandaku..

Ayahandaku,bila ayahanda pulang dengan membawa sekeping kertas x-ray,hati anakanda berdegup pantas..Entah kenapa hati anakanda berasa tidak sedap hati... Betul sangkaan anakanda namun anakanda cuba berlagak biasa..Bagai empangan yang mahu mengalirkan air tetapi anakanda menahan dari mengalir depan ayahanda.. Anakanda melayan keluarga kita untuk makan tengah hari..Ayahanda bertanya tentang sayur kangkung namun anakanda tidak sediakan.. Anakanda minta maaf.. Anakanda mahu menjaga pemakanan ayahanda... Anakanda tidak betah melihat kesakitan ayahanda..

Ayahandaku,ayahanda menyembunyikan kesakitanmu dari anakandamu ini..Ayahanda berdalih agar anakanda tidak terganggu dalam menghadapi exam...Kenapa ayahanda??? Perkara serius ayahanda sembunyikan dari anakanda...Anakanda sedih bila ayahanda tidak menjemput anakanda pulang...Rupa-rupanya ayahanda sakit...Anakanda berjanji dengan tok untuk jaga tok tetapi anakanda tidak boleh tinggal ayahanda..Anakanda mesti jaga ayahanda dulu..Anakanda ingin melihat ayahanda..Mengucup tanganmu wahai ayahanda... Apabila sampai di rumah, anakanda melihat ayahanda bersusah payah untuk keluar dari rumah..Masyaallah...Ayahandaku, sebak hati ini...Menyambut anakanda pulang...Pilu hatiku...Namun,nanti anakanda akan jaga tok pula...
Anakanda mahu menjaga ayahanda dengan sebaiknya...Insyaallah..Tok juga begitu..

Ayahandaku,anakanda tahu ayahanda kecewa dengan keputusan anakanda pada hari itu.. Ayahanda,maafkan anakanda..Tidak terniat untuk anakanda mengecewakan hati ayahanda.. Anakanda tahu ayahanda mempercayai dia yakin dengan dia..Anakanda serba salah... Anakanda sedih..anakanda buntu..Semuanya sudah jadi bubur ayahanda..Biarlah dia bahagia dengan kehidupannya..Biarlah dia tidak tahu tentang kita ayahanda...Asalkan dia bahagia... Anakanda mengakui bahawa sukarnya anakanda ingin menyisipkan memori anakanda bersamanya... sampai hari ini ayahanda,hati ini masih mengingatinya...Air mata ini mengalir kerananya.. Kenapa ayahandaku??? Kenapa anakanda tidak dapat melupakan seraut wajah itu??? Anakanda mendidik hati ini supaya melupakannya tetapi semakin kerap wajahnya menari di tubir mata anakanda...Kenapa anakanda masih mengharapkan dia duhai ayahanda... Kenapa anakanda menantikannya?? Anakanda tahu anakanda akan kecewa kalau berterusan seperti ini.. Sedangkan dia sedang berbahagia...

Ayahandaku,anakanda seorang yang lemah..Anakanda mohon ampun dan maaf... Anakanda tidak mampu untuk mengusir bayangannya...Anakanda menipu hati anakanda sendiri... Anakanda sering berdoa agar ada jalan penyelesaian yang terbaik...Anakanda berdoa agar ayahanda sembuh dan mendidik anakanda...Anakanda perlukan ayahanda...Anakanda tidak punya teman untuk berbicara lagi...Anakanda mahu ayahanda pulih...Ayahandaku, ayahanda dapat membaca hati anakanda...Ayahanda dan bonda permata anakanda..

Buat ayahandaku yang anakanda rindui selalu,Allah menguji kita kerana Allah tahu kita mampu menghadapinya..Kita insan bertuah wahai ayahanda kerana kita insan terpilih untuk diuji.. Ujian dan dugaan itu tandanya kasih sayang Allah..CintaNya pada hambaNya..Marilah kita sama-sama bersyukur atas segala limpah kurniaNya kepada kita.. Kita sama-sama berdoa agar ayahanda pulih seperti biasa ...Ayahanda yang suka mengusik anak-anaknya..Anakanda berjanji akan menjaga ayahanda dengan sebaiknya..Insyaallah...Anakanda akan menjaga makan minum ayahanda.. Anakanda tidak akan bekerja kerana apa yang lebih penting ialah kesihatan ayahanda..Biarlah anakanda berkorban demi ayahanda dan keluarga... Anakanda harap ayahanda dan keluarga tidak kisah kalau anakanda masak tidak sedap kerana anakanda masih dalam proses belajar..

Ayahandaku,semoga cepat sembuh..Jaga diri..Anakanda amat hargai keluarga kita..

No comments: