Monday, May 16, 2011

~ Kesedihanku Bertamu di Hati ~




Syukur kepada Allah atas segalanya...Ya Allah,hambaMu ini memohon ketabahan dan kekuatan hati bagi menghadapi segala dugaan dan cabaran... Masyaallah,empangan air mataku tumpah dan membasahi pipiku...


Sungguh hatiku ini dirundung pilu...Sejak akhir-akhir ini, air mata menjadi teman setiaku.. Ana berasa sangat tidak dihargai...Semua orang asyik mencari salahku.. Kenapa kalian mahu membuat sebegini padaku..Kenapa semua orang meninggikan suara padaku?? Masyaallah,ana terlalu sedih...Sebak kian bermaharajela dalam diriku..Apa yang ana buat ,semuanya tidak betul.. Tiada siapa dapat memahami hati ini kecualiMu ya Allah..HambaMu berserah diri padaMu atas segalanya...


Ana berpura-pura ceria walaupun orang menyalahkan ana..Pedih hati namun ana tidak mahu menunjukkan pada sesiapa..Biarlah hanya diri ini yang tahu dan merasainya... Ana tidak mahu orang mengetahui gelodak hati ini.. Ana perlu kuat... Ana telah sedaya upaya untuk membahagiakan semua orang..Biarlah ana berkorban asalkan semua orang di sekeliling ana bahagia.. Insyaallah....

Semalam ana ada main application dekat facebook..Masyaallah ada nama dia naik... Secara automatik akan tag nama dia... Namun,sekarang ana sudah pasti sememangnya dia telah lupakan ana..Ana tahu dia tak mahu ada kaitan apa lagi dengan ana.. Ana akan memadamkan semua yang ada kena mengena dengan dia... Mungkin itu yang dia mahukan..

Untuk kamu,jangan risau ,ana tidak akan mengganggu kamu... Ana akan pergi jauh dari penglihatan kamu..Semoga kamu berbahagia... Ana minta maaf seandainya adik ana mengganggu kamu.. Ana tidak tahu akan hal itu.. Salam kemaafan...







No comments: