~ wahai anakku,tiadalah akal bagi orang yang memungkiri janji
~ tiadalah maruah bagi orang yang tidak jujur
~ tiadalah ilmu bagi yang tidak berminat
~ tiadalah taubat bagi orang yang tidak mendapat taufik daripada Allah
~ tiadalah kekayaan yang lebih besar nilainya dari ilmu
~ tiadalah harta yang lebih bernilai daripada sikap lemah lembut
~ tiadalah kedudukan yang lebih tinggi daripada adab sopan
~ tiadalah teman yang paling cekap daripada akal
~ tiadalah bukti yang lebih terang daripada mati
~ tiadalah kemuliaan yang lebih tinggi daripada meninggalkan maksiat
~ tiadalah beban yang lebih berat daripada hutang
~ tiadalah ibadah yang lebih baik daripada diam sambil berfikir
~ tiadalah kejahatan yang lebih dasyat daripada dusta
~ tiadalah kemiskinan yang lebih dasyat daripada kejahilan
~ tiadalah kehinaan yang melebihi tamak
~ tiadalah sesuatu yang lebih baik daripada sifat qana”ah
No comments:
Post a Comment