Ku panjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana masih diberi ruang untuk menghirup udara segar serta melihat keindahan alam yang diciptakanNya..Tidak terhitung segala nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku..Ya Allah,hambaMu ini menadah tangan kesyukuran kepadaMu atas segala yang telah Engkau berikan kepadaku...Menitis air mataku ini apabila mengingatkan dosa yang telah ana lakukan kepadaMu..Walaupun berbagai dosa yang telah kulakukan,namun rahmat dan kasih sayangMu sentiasa mengalir buatku..Ya Allah,ampunkanlah segala dosa yang pernah ana lakukan ..Ampunilah segala dosa ibu bapa ana yang telah banyak berkorban untuk ana selama ini..Berkatilah perjalanan hidup mereka..Kuatkanlah mawaddah di antara mereka untuk mencari keredhaanMu...Ya Allah,ketatkanlah hubungan kekeluargaan kami untuk menjadi pejuang agamaMu yang suci..Bersihkanlah segala kekotoran yang melingkari hati kami...Amin ya rabbal alamin....
13 Julai 2011 bersamaan hari Rabu hari yang cerah..Sejuk embun pagi memeluk tubuhku dan kedinginan menguasai diriku...Ku syukuri nikmat sihat serta pagi yang indah...Lafaz syukur menari di bibir lantas mengingati Tuhan kerana memberikan daku kehidupan setelah mati sebentar..Ada orang yang menemui ajal dalam tidur...Ajal itu tidak kira masa dan tempat..Apabila sudah sampai masanya,kita semua akan menghadap kekasih hakiki kita ..Allah S.W.T...Kekuasaan Allah tidak terjangkau dek akal kita ini..Maha Suci dan Maha Tinggi hanya milikNya..Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah S.W.T..Ana tidur pukul empat pagi kerana mata ana ini tidak mahu tertutup ..Mengenangkan pada pagi ini ana harus meneruskan amanah yang diberi sebagai pekerja,lafaz bismillah,doa tidur serta mengucap dua kalimah syahadah menjadi bacaanku sebelum ana tidur..Ana perlu tidur untuk mengembalikan tenaga yang telah dikerah sebelumnya..Badan kita perlu rehat yang secukupnya..Allah menjadikan siang untuk kita mencari rezeki dan malam pula untuk kita beristirehat serta beribadah kepadaNya... Bangun sepertiga malam untuk bermunajat kepadaNya...
Hari ini memberikan pengalaman yang baru buat ana..Kesabaran ana teruji dengan tingkah adik -adikku... Kedatangan majikanku dinantikan...Barangan jualan dipegang oleh beliau..Majikanku tidak datang pada masa ditetapkan..Risau menguasai diri kerana tiada sebarang pesanan buatku..Selalunya majikanku akan memberitahu ana tentang perkara yang penting...Akhirnya majikanku tiba di koperasi dan menjelaskan bahawa beliau mempunyai hal yang tidak dapat dielakkan..Apabila majikanku membawa barangan jualan,pelajar berpusu-pusu masuk ke koperasi untuk membeli ..Masyaallah,ketika itu amaran dan larangan guru terus dilupakan...Pelajar tidak boleh membeli sewaktu pengajaran dan pembelajaran dijalankan.. Majikanku terpaksa mengunci pintu koperasi memandangkan pelajar masuk membeli..Majikanku perlu berkursus di Sungai Petani..Sebelum meninggalkan koperasi,beliau mengamanahkan ana untuk mengunci pintu koperasi..Ana pun mengunci pintu koperasi kerana apabila pintu tidak dikunci,pelajar akan masuk ke dalam koperasi...
Selepas mengunci koperasi,pelajar tetap datang ke koperasi..Mengetuk-ngetuk pintu koperasi...Ana sedang berbual dengan sahabat ana mengenai urusan yang perlu diselesaikan dengan segera..Urusan minor di universiti menjadi topik perbualan kami...Pelajar-pelajar masih tidak berganjak dari pintu koperasi.. Telah ana berikan isyarat bahawa koperasi tidak boleh dibuka saat ini,namun reaksi yang kurang sopan ana terima..Perkataan yang tidak sepatutnya keluar dari bibir mereka telah mengguris hati ana.. Ana cuba mengawal emosi ana agar air mata ini tidak mengalir membasahi pipi ana...Duhai adik-adikku, kenapa kalian mengeluarkan perkataan kesat untuk menjadi hidangan telinga akak..Tahukah kalian apa itu erti " anak haram"..Apakah perasaan kalian kalau orang mengatakan kalian anak haram? Bagaimana perasaan ibu bapa akak jikalau mendengar butir-butir kata yang terkeluar dari bibir adik-adik..Adik-adik akak,akak ini lahir hasil mawaddah ibu bapa akak...Ibu bapa akak yang melalui proses akad dan nikah..Hubungan yang halal... Ibu akak mengandungkan akak selama 9 bulan 10 hari kerana hubungan suami isteri yang sah dik... Mungkin bagi adik-adik, perkataan itu tidak menjadi gurisan rasa buat adik-adik tetapi ketahuilah perkataan itu sangat berbisa bagi akak..Pedih dan sangat perit untuk akak terima...
Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak, hendaklah diam." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Ini membawa maksud bahawa seseorang yang beriman itu perlu sentiasa mengawasi lidahnya dan apabila berkata hanya kepada perkara-perkara yang memberi kebaikan kepada dirinya dan orang lain. Kalau tidak dapat memberi sesuatu yang membawa kebaikan maka adalah lebih baik berdiam diri sahaja
Adik-adik akak, terdapat perkataan-perkataan lain yang mengguris rasa di hati akak namun biarlah perkataan-perkataan itu menjadi lipatan sejarah hidup akak...Adik-adik,akak bercakap telefon bukan sewaktu tugas akak menjual barangan kepada adik-adik..Akak bercakap telefon sewaktu akak mempunyai waktu senggang ..Waktu akak rehat...Adik-adik akak memerli akak tanpa memikirkan perasaan akak.. Adik-adik akak kata akak bergayut dan bercinta..Itu tuduhan melulu adik-adikku... Adik-adik kata akak bersibuk bercinta sewaktu bertugas...Masyaallah adik-adikku..Ketahuilah kalian bahawa kalian sedang memfitnah akak...
Al-Quran dalam surah al-Hujuraat ayat 12 dengan jelas menghuraikan persoalan fitnah.
"Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi maha Pengasihani".
"Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi maha Pengasihani".
Adik-adik akak,janganlah kerana akak menutup pintu koperasi adik-adik marah dan protes dengan akak.. Adik-adik perli dan fitnah akak...Akak memegang amanah orang dan akak tidak mahu menjadi orang yang tidak amanah..Tidak jujur..Akak tidak mahu dik..Akak takut balasan Allah..Akak ini hanya insan biasa dik.. Kalau adik duduk di tempat akak,barulah adik-adik akan mengerti perasaan akak..Banyak hati yang perlu akak jaga dik..Adik-adik melihat bidang tugas akak mudah tetapi dik hakikatnya amat berat untuk akak tanggung...Akak mengaku hati akak tidak tenang...Akak rasa serba salah dengan adik-adik.. Akak faham adik-adik lapar dan dahaga tetapi fahami tuntutan kerja akak adik-adik..Janganlah protes sampai sedemikian..Apabila tiba waktu rehat,adik-adik tidak datang pun koperasi tetapi kenapa waktu P&P baru adik mahu datang..Adik-adik,cukuplah selama ini akak menghadapi masalah dengan pihak atasan.. Sebelum ini,kerana kasihan dengan adik-adik,akak buka juga koperasi sewaktu P & P.. Guru atasan sudah memandang serong terhadap akak..Tidak cukup lagikah adik-adik untuk adik-adik akak mengerti situasi akak..Bukan akak tidak kasihan,tetapi akak sendiri ada masalah nanti..Biarlah kita sama-sama mencegahnya ya adik-adik..Akak tidak sanggup lagi untuk bertemu dengan pihak atasan..
Adik-adikku,akak ingin menegur kalian...Mencuri itu berdosa adik..Akak terkelu ..Tidak tahu mahu berkata apa..Kenapa adik-adik melakukan perkara ini?? Tahukah kalian jikalau memakan rezeki yang haram akan menjadi tompok-tompok hitam yang kotor..Masyaallah..Sedih dan sebak mengenangkan kalian...Akak tegur demi kebaikan kalian adik-adik akak...Walaupun sampai sekarang akak masih tidak tahu siapa yang mengambilnya,namun Allah itu mengetahui segalanya dik..Jangan diulangi kesilapan yang lama... Bertaubatlah adik..Semoga Allah menerima taubatmu dan minta maaf kepada majikan akak...Jangan ditambah bebanan yang ditanggung oleh cikgu kalian..Adik-adik akak,mengertilah bahawa perbuatan mencuri ini akan memberikan impak yang besar dalam kehidupan kalian nanti..Akak hanya manusia biasa..Tidak boleh mengawasi kalian yang ramai dalam satu masa..Akak berdoa semoga kalian insaf dan tidak mengulangi perbuatan yang tidak baik ini..Insyaallah,Allah akan membuka pintu hidayah kepada adik-adik sekalian...
”Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana”
(Surah Al- Maidah ayat 38)
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
”Tidak dipotong tangan seseorang pencuri itu kecuali seperempat dinar atau lebih daripada nilai wang mas”
(Riwayat Bukhari Muslim)
Adik-adik,sebelum akak mengundurkan diri,akak memohon jutaan ampun dan maaf jikalau sekiranya akak mengguris rasa di hati adik-adik..Akak sudah cuba yang terbaik untuk memberikan perkhidmatan kepada adik-adik..Adik-adik jangan risau,akak bakal mengundur diri tidak lama lagi..Semoga kalian akan mendapat akak yang lebih memahami kalian serta yang terbaik buat kalian..Akak berdoa semoga kalian berjaya dalam hidup serta mendapat redha Allah sepanjang perjalanan hidup kalian...Mungkin silap akak apabila kalian membuat protes..Akak akan bermuhasabah diri...Kalian tetap adik-adik akak yang baik...Kenakalan kalian boleh diubah jikalau kalian mahukannya..Hidup di dunia ini hanyalah sementara ..Marilah kita bersama-sama mencari bekal untuk dibawa pulang ke sana nanti..Salam kemaafan dari hati yang ikhlas...
BISIKAN NURANIKU..
“
No comments:
Post a Comment