Friday, August 5, 2011

~ DeTiK TeRaKhiR Di KopEraSi ~





Syukur ke hadrat Illahi kerana Allah masih memberi kesempatan kepada ana untuk menghirup udara segar serta melihat keindahan ciptaanMu ,Ya Allah..Alhamdulillah kupanjatkan rasa syukurku padaMu.. Rasa sedih menguasai hatiku saat ini kerana akan berpisah dengan adik-adikku yang mempunyai pelbagai ragam,majikanku yang baik hati, serta guru-guru yang penyayang..Kelmarin adalah hari terakhirku  bekerja di koperasi sekolahku dahulu..

Sekolah itu melakarkan banyak kenangan manis dan pahit..Sekolah itu memberikanku seribu satu kebahagiaan yang berpanjangan..Sekolah itu juga menghadiahkan diriku pengalaman yang amat bermakna.. Dan,sekolah itu juga menjadi sekolah yang menjadi hadiah terindah buatku..6 Rendah dan 6 Atas 3 meninggalkan sejuta keceriaan buatku...Rasa sebak ketika melangkah keluar dari sekolah ini.. Menjadi pelajar dan pekerja di sekolah ini amat berbeza situasinya namun pasti meninggalkan memori yang indah..Apa yang boleh ana katakan walaupun ana belajar dan bekerja di sekolah ini dalam tempoh masa yang singkat,ada sesuatu yang istimewa di sekolah ini...

Pertama sekali,ana ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada majikan ana yang sudi menawarkan pekerjaan kepada ana..Ana tidak menyangka bahawa ana akan kembali berkhidmat di sekolah ini setelah setahun meninggalkan koperasi sekolah ini..Ana bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan seorang majikan yang sangat baik ..Sukar untuk mendapat bos yang baik seperti majikan ana...Majikan ana tidak pernah meninggikan suara kepada ana malah bercakap lembut dengan ana walaupun ana hanya pekerjanya.. Ana boleh berkongsi pendapat dengan beliau walaupun ana sedar ana hanya pekerja..Ana rasa sangat dihargai.. Terima kasih cikgu kerana menjadi seorang majikan yang sangat baik buat ana..Terima kasih cikgu kerana sudi mendengar pendapat saya..Terima kasih cikgu atas segalanya..Hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan yang cikgu taburkan kepada saya..

Buat guru-guruku yang diingati selalu...Terima kasih kerana sudi memberi layanan yang baik kepada ana.. Saya amat terharu kerana cikgu-cikgu sentiasa mesra dan senyum kepada ana..Ana minta maaf kerana beberapa kali tidak hadir ke jamuan yang cikgu jemput..Ana malu sangat-sangat..Ana rasa rendah diri... Ana hanya pekerja biasa namun cikgu-cikgu sering membuatkan ana terhibur..Cikgu Norain,Cikgu Suzana, dan banyak lagi..Ana sering bergurau dengan cikgu..Ana mahu mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu -cikgu yang banyak membantu saya..Mak cik library yang baik hati..Rindu menggamit kalbu..Mak cik library selalu melambaikan tangan apabila beliau melintasi koperasi dan kadang-kadang singgah berbual dengan ana di koperasi..Mak cik yang sangat-sangat baik..Ketika ana dilanda masalah,mak ciklah tempat ana meminta pandangan..Kakak kerani yang comel mengajak ana makan di kantin tetapi ana malu sangat..Akhirnya ayahanda ana yang membeli makanan dan minuman buat ana..Sifat pemalu ini sukar dikikis..

Adik-adik akak yang baik,akak ingat kalian..Ingat sangat-sangat..Tambahan yang rapat dengan akak.. Suka buat akak gelak..Suka mengusik akak...Suka ketawakan akak...Akak ingat kalian.. Walaupun ada adik-adik akak yang membuatkan akak sedih,akak tension,akak segan...tetapi akak tetap ingat kalian..Akak doakan yang terbaik buat kalian..Akak mahu lihat adik-adik akak berjaya di dunia dan akhirat..Insyaallah..Akak yakin adik-adik akak mampu mencapainya..Yang penting usaha,berdoa dan tawakal kepada Allah.. Pembantu akak,Amin..do your best in PMR..Akak tak boleh belanja adik dah..Akak tak boleh suruh adik beli ayam lagi..Hehe..Adik pun tak boleh usik akak lagi..Adik dah tak boleh buat akak gelak lagi..
Vee,adik yang sangat rajin..Ada masalah cinta ..Hehe2..Cemburu dengan adik form 1..Makan ubat selalu dik..Wish u good luck..Naem dan Wan yang selalu datang koperasi untuk mengata ana,mengusik ana dan paling akak ingat Naem cakap dekat akak.."Akak gelak macam burung hantu"..Sampai hati ye..Tapi akak tahu adik-adik akak ngusik akak..Terserempak dengan akak waktu dating..Hehe2..Tapi memang comel teman adik.. Wani dan Farhana yang berkawan baik..Cerita masalah dekat ana..Terasa macam kaunselor pun ada..Adik-adik perempuan Form 1 yang selalu minta nak duduk dalam koperasi... Macam-macam gelagat yang mencuit hati ana..Sedikit sebanyak mengubati hati ana..Adik-adik akak yang nakal.. Yang suka ketuk pintu koperasi bila akak tutup..adik-adik yang suka mengata akak..Adik-adik yang marah bila akak tutup koperasi..maafkan akak ye dik..Akak sudah cuba menjadi yang terbaik untuk kalian..Akak doakan adik-adik dapat akak pembantu koperasi yang sangat baik..Memahami adik-adik serta dapat membuatkan adik-adik gembira selalu..Maafkan akak ye adik-adik...

Detik melangkah keluar dari koperasi memberi seribu kepuasan..Walau pun sebak mencengkam dada,air mata kesyukuran menitis jua..Amanah yang ana pikul kini terlerai...Alhamdulillah..Ya Allah,ana bermohon padaMu,berikanlah kami kesejahteraan hidup serta limpahkan kami dengan rahmat kasih sayangMu.. Kurniakanlah maghrifahMu serta didiklah hati-hati kami menuju jalanMu..Amin...

 


No comments: