Monday, August 22, 2011

DOA MEMOHON KEBAIKAN DIRI SENDIRI

DOA MEMOHON KEBAIKAN DIRI SENDIRI

Segala puji bagi Allah Tuhan Pentadbir Semesta Alam.Selawat dan salam ke atas nabi dan Rasul,keluarganya dan sahabat handainya.
Allahumma Ya Allah,jadikanlah kami semua serta anak cucu kami menjadi manusia-manusia yang selalu ingat kepadaMu,selalu bersyukur dan berterima kasih atas segala rahmat dan nikmat yang Engkau curahkan kepada kami.
Ya Allah,jangan sesekali kami menjadi orang yang lupa dan kufur,tidak pandai berterima kasih dan bersyukur kepadaMu.
Ya Allah,jadikanlah aku seorang yang selalu mengingatiMu,banyak mensyukuri pemberianMu,berbakti kepada perintah-perintahMu,tunduk dan taat kepadaMu.Ya Tuhan,terimalah taubatku ,sucikanlah dosa-dosaku ,kabulkanlah doa-doaku,tetapkanlah pendirianku. Tunjukanlah hatiku ke arah kebenaran dan lisanku ke arah kebaikan.
Ya Allah,bukakanlah hatiku agar dapat merasakan keagunganMu.Jadikanlah dahiku dahi yang selalu nikmat bersujud kepadaMu,jadikanlah kedua mataku mata yang gemar membaca ayat-ayatMu dan mata yang mudah menangis bila mengenangkan dosa di masa lalu serta mata yang mudah menangis  bila melihat kesusahan orang lain.
Ya Allah,kurniakanlah kepadaku hati yang bening ,hati yang tidak lalai kepadaMu,hati yang tidak pernah kesepian kerana selalu ingat kepadaMu,hati yang terpesona pada keagunganMu,yang selalu tenteram kerana yakin akan jaminanMu,hati yang selalu kaya kerana yakin dengan pemberianMu,hati yang selalu merasa aman kerana yakin akan perlindunganMu.
Ya Allah,hanyalah Engkau segala-galanya.Aku hanya sekadar makhlukMu yang tiada erti  bagiMu, tapi Engkau adalah segala-galanya bagiku.
Ya Allah,perbaikilah agamaku yang menjadi sandaran  segala urusanku,perbaikilah duniaku yang menjadi tempat penghidupanku.Perbaikilah akhiratku tempat di mana aku dikembalikan .Jadikanlah hidupku ini sebagai tambahan setiap kebaikan untukku,dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan dari segala kejahatan untukku.
“Wahai Tuhanku, aku berlindung dengan Engkau dari kemalasan dan dari umur tua yang amat sangat, dan dari bebanan yang memberatkan aku dan dosa. Ya Allah,akau berlindung dengan Engkau dari azab neraka,fitnah neraka,azab kubur dan kejahatan fitnah kekayaan dan kejahatan fitnah kepapaan..
“ Dan aku berlindung dengan Engkau dari kesesatan hati,kelalaian ,kepapaan,kehinaan, dan kemiskinan. Aku berlindung  dengan Engkau dari kepapaan,dan kekafiran,kefasiqan,pertengkaran ,sifat menunjuk-nunjuk dan riak.Aku berlindung dengan Engkau dari penyakit-penyakit yang memudaratkan diriku.
“ Ya Allah,aku bermohon kepadaMu syurga , dan perkara  yang mendekatkan aku kepadanya ,sama ada  yang berupa perkataan atau amalan. Dan aku berlindung dengan Engkau dari neraka dan perkara yang mendekatkan diriku kepadanya sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
Wahai Dzat yang maafNya lebih sering daripada seksaNya.Wahai Dzat yang redhaNya lebih besar dari murkaNya,wahai Dzat yang selalu menganugerahkan ampunan kepada makhlukNya ,wahai Dzat yang menerima taubat hambaNya ,naungilah aku dengan  awan rahmatMu .Jangan biarkan pada hari kiamat dari sejuknya maghfirahMu.
Wahai penabur kurnia,wahai penolak bencana,wahai nur yang menerangi kegelapan,inilah hamba-Mu yang daif  dan lemah,yang hina lagi papa,yang tidak pernah berputus asa dalam mengharap dan meminta kepadaMu..
Tuhanku! Aku tidak layak untuk syurgaMu tetapi tidak pula aku sanggup menanggung seksa  nerakaMu .Dari itu, kurniakanlah ampunan kepadaku,ampunkanlah dosaku. Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar.
“ Wahai Allah,ampunkanlah untukku dan kedua orang tuaku,semua orang Islam lelaki dan wanita, orang mukmin lelaki dan wanita yang hidup dan yang mati..
Rabbana Ya Tuhan,andai suatu saat malaikat maut menjemputku,Ya Allah,mudahkanlah aku dalam menghadapi sakaratul maut dan aku memohon kepadaMu khusnul khatimah dan berlindung kepadaMu Su’ul khatimah.
Ya Allah,jadikanlah lidahku menjadi lidah yang terpelihara ,yang selalu basah menyebut asmaMu,yang dapat menjadi cahaya ilmu,yang dapat menjad lidah ketika pulang ke ribaaMu,yang menjadi lidah yang dapat menyebut LAA ILA HA ILLAALLAHU,MUHAMMAD RASULULLAH.
Ya Tuhanku,terimalah doaku,sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Terimalah taubatku kerana Engkau lah yang menerima taubat lagi Maha Penyayang. Ya Allah,inilah doaku dan Engkaulah mengabulkannya dan inilah kesungguhanku dan Engkaulah tempat tumpuan harapanku. Tidak ada daya dan kekuatan melainkan mendapat pertolonganMu.

(dipetik daripada sebuah buku)

No comments: