Ya Allah..
pada detik kelahiran sahabat ku ini,
dia suci daripada memungkiri perintahmu,maka pada hari ini ampunkanlah dosanya sesuci kelahirannya...
Ya Allah..
sewaktu dia mula melihat dunia,
dia telah diazankan & diiqomahkan dengan seruan agamu Mu,
maka janganlah engkau biarkan dia walau sekadar sekelip mata atau kurang daripada itu..
Ya Allah..
dia amat lemah dengan ujian Mu,
tetapkanlah hatinya pada agamaMu..
& sentiasa mentaati perintahMu serta didiklah dia dengan al-quran
& sunnah rasulMu..
Ya Allah..
aku sayang kepadanya,
jadikanlah dia dikalangan tenteraMu..
& jauhkan dia dari melakukan maksiat..
serta terimalah ibadahnya agar dia tidak mencium azabMu..
Ya Allah..
berkatilah usianya agar dia sentiasa berada dalam rahmat Mu,
sekiranya rezeki yang diberikan kepadanya melebihi keperluannya..
Engkau campakkanlah rasa kesyukuran dihatinya,
agar dia tidak lupa kepada makhlukMu yang lain..
Ya Allah...
terimalah doa hambaMu yang kerdil ini..amin
No comments:
Post a Comment