Syukur alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia-Nya kita masih dipertemukan di alam maya ini.. Tidak terhitung nikmat yang Allah turunkan kepada hamba-Nya ..Walaupun kita sering membuat dosa dan khilaf ,Allah masih melimpahkan rahmat dan kasih sayang-Nya kepada kita..Namun,kita seharusnya bersyukur dan sentiasa memperbaiki diri dari hari ke hari untuk menjadi hamba yang soleh dan solehah..Insyaallah..
Sudah lama ana tidak berceloteh dalam blog ana ini..Apabila bermula semester baru,maka bermulalah pelbagai kegiatan yang menuntut perhatian yang penuh..Assignment yang banyak perlu diselesaikan.. Kuliah dan tutorial perlu dihadiri dengan penuh semangat dan azam yang kuat bagi mencapai kejayaan di dunia dan akhirat..Kadangkala rindu bertamu di hati ingin melampiaskan segala rasa yang bermukim di jiwa..Terasa ingin meringankan segala bebanan yang ditanggung sendirian..
Sudah lama ingin ana bicarakan tentang hati ini..Entah kenapa kenangan lama menyapa di sukma..Terasa segala memori silam terlayar di mata..Sungguh rindu menggebu di hati.. Biarpun jauh tetapi sahabat tetap di hati..Namun,ana sedar ana bukanlah sahabat yang baik...Ana mahu segala yang berlaku dengan redha-Nya..Biarpun pahit untuk menelan tetapi ana percaya dengan janji Allah.. Menanggung ujian bukan mudah tetapi kemanisan tetap akan dirasai apabila dimeterai dengan lafaz yang suci..
Melihat statusnya sudah membuatkan terasa kecewa melanda jiwa..Andai jalan itu yang terbaik buatmu,teruskanlah...Doaku tetap mesra buatmu..Biarpun pedih,namun akanku terima dengan seikhlasnya..Biarlah ana berkorban ..Berat untuk melepaskan sahabat yang baik sepertimu .. Seandainya ada sahabat yang mampu memberikan kebahagiaan padamu,itu sudah cukup membahagiakanku..Linangan air mata ini menandakan ana rela dengan seikhlas hati..Pergilah sahabat andai itu yang mampu menggembirakanmu..Akan kudidik jiwa ini dengan penuh ketabahan dan kesabaran...
Sahabat,kudoakan semoga kebahagiaan dan kejayaan mengiringimu..Izinkan ana meletakkan kamu dalam hati ana sebagai kenangan yang terindah..Akan ana bingkaikan dengan bingkisan doa buatmu.. Sukar melupakan kamu walau pelbagai cara ana lakukan..Insyaallah semoga Allah akan memberkati perjalanan hidupmu.....
Salam kebahagiaan buatmu..
No comments:
Post a Comment