Wednesday, October 26, 2011

~ SeLaMaT PeNgaNtiN BaRu ~





Setinggi kesyukuran kuucap pada-Mu ,Ya Allah..Alhamdulillah..Tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah..Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita masih diberi kesempatan untuk menghirup udara segar serta melihat keindahan ciptaan-Nya..Masih boleh mendengar ayat-ayat Allah yang sungguh indah..Subhanaallah...


Ketika ana sedang membuat assignment,hati ini mengingati seorang sahabat baik.. Sahabat baik ana baru sahaja menjadi seorang zaujah ..Semoga tidak terlambat untuk ana ucapkan Selamat Pengantin Baru..Semoga Yanie serta zauj membina sebuah keluarga sakinah ..
Barakallahhulakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair.. Bila ana mula memutarkan kembali kenangan bertaaruf denganmu ,ana berasa sangat gembira..Mengenali seorang muslimah solehah..Insyaallah..Sesuatu yang amat beerti buat ana.. Pelbagai kata-kata semangat serta ilmu baru yang ana peroleh sewaktu bersama denganmu..Bergenang air mataku melihat ukhti bahagia.. Ana bahagia untukmu sahabatku..


 
Saat  ana perlukan kamu,kamu sentiasa berada di samping ana..Dorongan serta bicaramu amat menyentuh hati ana..Sungguh ana amat menghargaimu.. Terima kasih sahabatku..Ana tidak menyangka kamu akan disatukan dengan kenalan ana..Alhamdulillah..Jodoh itu rahsia Allah..Sungguh bertuah zauj kamu kerana memiliki kamu sebagai zaujahnya..Ana dengan rendah diri memohon maaf kepada ukhti seandainya ana ada berbuat sesuatu yang menyakitkan hati kamu..Bicara ana yang melukakan hati kamu.. Tindakan ana yang mengundang kemarahan kamu..Maafkan ana..

Ukhti,walaupun ana tidak dapat menghadiri walimahmu,,ketahuilah bahawa ana sentiasa mendoakan yang terbaik buat kamu.. Ana ada hal yang tidak dapat dielakkan..Ana doakan kebahagiaan ukti bersama zauj yang tercinta..Insyaallah.. Allah telah memberikan pelangi yang indah setelah hujan lebat..Alhamdulillah..Allah itu Maha Adil.. Dia telah membalas setiap titis air matamu yang mengalir dengan senyuman yang kini terukir di bibirmu..  Ana  sebak bila melihat foto perkahwinan kamu.. Sungguh berseri wajah ukhti ..Linangan air mata adik beradik ukhti membuktikan betapa mendalam kasih sayang mereka kepada ukhti.. Berat untuk melepaskan ukhti ..
 
 


Ana doakan kita akan ditemukan di alam realiti..Insyaallah..Selamat menjadi warga Perlis..hehe.. Jemputlah datang ke teratak ana... Ukhti,sebelum ana akhiri celoteh ana buat ukhti...Ana mahu bagitahu ukhti bahawa ana sangat menghargai ukhti..Rindu kamu selalu... May Allah Bless You..
Take Care..Nice Knowing You.. Selamat Menempuh Alam Baru.. Selamat Pengantin Baru..

Lagu untukmu sahabatku,

 
 







No comments: