Kupanjatkan sejuta kesyukuran kepada-Mu yang memberikan limpah rahmat kepada hamba-hamba-Mu yang sering dahagakan kasih sayang serta kasih-Mu..Rindu pada-Mu tidak bertepi.. Kasih pada-Mu menggunung tinggi..Rimbunan sayang kian bercambah pada-Mu..Tiada siapa yang dapat menandingi-Mu dalam hatiku.. Bergetar jiwaku ketika warkah cinta-Mu ku alunkan dengan penuh syahdu..Ya Allah,sungguh besar harapanku untuk kembali kepada-Mu dengan penuh ketaqwaan serta keimanan pada-Mu..
Ingin ana coretkan segala memori indah yang bersemi di jiwa sebagai kenangan manis.. Ana amat suka dengan kanak-kanak..Memang sejak kecil ana suka kanak-kanak..Ana diasuh untuk menjaga adik-adik ..Tugas anak sulung sememangnya sangat berat ..Ana bertanggungjawab untuk membantu ayahanda dan bonda..Ana suka bermain dengan bayi dan kanak-kanak.. Geram sangat..Comel dan gelagat mereka mencuit hati ana..Kesedihan yang bertamu di hati akan hilang dengan kehadiran mereka..Penawar bagi segala kesedihan dan kesakitan.. Senyuman dan tawa mereka akan menceriakan hidup ana..Rindunya pada Adriana Sofea ,sepupuku yang comel..Sekarang suka merangkak dan akan mencapai barang di sekelilingnya..Sudah lama tidak bertemu..Apabila kamera dihalakan kepadanya, pelbagai pose menarik akan diberikan..Masyaallah,sejak kecil sudah pandai beraksi depan lensa.. Akak menanti kepulanganmu adik..
Baru-baru ini,ana perlu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah . Tugas sebagai pelajar amat berat untuk dipikul tetapi memberi seribu kemanisan buat diri ana..Amanah dari ayahanda dan bonda akan cuba ana jaga dengan sebaiknya..Mencari ilmu pengetahuan di rantauan merupakan pengalaman yang baru serta mencabar diri ini..Berada di kota metropolitan sedikit sebanyak menimbulkan kerisauan dan kebimbangan dalam hati..Doa dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana hanya Dialah pelindung diri ini..Ana mengambil jurusan Pendidikan Khas.. Sesetengah orang memandang rendah dengan kos yang ana pilih..Ana sangat berbangga kerana dapat menyelami orang berkeperluan khas.. Kadang kala air mata ini mengalir menuruni pipi kerana tidak sanggup melihat penderitaan mereka..Namun,mereka sangat kuat dan tabah menghadapi dugaan hidup.. Ana berbangga dengan kalian.. Ana bersama lima orang rakan menyewa sebuah kereta untuk pergi ke Kulim.. Alhamdulillah,kami tiba di sekolah pilihan yang terletak di Kulim...Kami dimaklumkan bahawa ada majlis perpisahan berlangsung..Kami melihat suasana yang sedih menyelubungi warga sekolah..
Selepas itu,kami lihat pelajar Pendidikan Khas keluar rehat..Pelbagai rasa mencengkam rasa..Takut + berdebar + seronok + Getar...Apa yang pasti,kebahagiaan mula terasa..Melihat wajah mereka yang suci menarik hatiku untuk mendekati mereka..Walaupun mereka insan istimewa,tetapi mereka ada kelebihan yang tersendiri..Mereka juga ramah bila berbicara..Hati ini mula terasa sedih kerana mengenang nasib mereka..Kaki mula melangkah ke kelas mereka..Indah...Kemas dan teratur... Ana mengambil seorang pelajar untuk melihat dan mengkaji penyakit yang dihadapinya..Pelajar hyperaktif menjadi pilihan ana..Pada mulanya kawan-kawan terkejut dengan sikapnya yang hyperaktif..Ana cuba beranikan diri untuk menghadapi pelajar ini..Alhamdulillah..Dia mampu memberikan komitmen dengan ana..Adik ini hanya akan diam apabila diberikan sebatang pensil dan sekeping kertas.. Dia pandai melukis dan mewarnakan lukisannya..Mendekatinya memerlukan kesabaran..Pengalaman diketuk kepala dengan permainan merupakan pengalaman yang menarik dalam hidup ana.. Ana tidak marah malah semakin ingin mendekatinya serta memberikan peneguhan buatnya.. Ana pasti akan tersenyum bila mengingati detik itu..Kini,rindu pada mereka mencengkam kalbu..
Apabila ana menguji pelajar ADHD tadi,beberapa kawannya datang menghampiri ana..Mereka juga mahu ana memberikan perhatian kepada mereka..Salah seorang dari mereka melukis gambar dia,ayah ,dan ibunya..Air mataku menitis..Adik,akak sangat mengingatimu saat ini..Panggilan cikgu daripada mereka sangat bermakna buatku..Senyuman sentiasa terukir di bibirnya..Senyum dan terus tersenyum... Rindu...Walaupun pertama kali bersua,hati ini mula jatuh sayang pada mereka.. Ana bersyukur kerana Allah telah memilih ana untuk mendekati mereka..Satu nikmat yang tidak terhingga buat ana..Dua lagi kawan mereka mengajak ana bermain...Mengajar mereka menulis perkataan.. Tidak tergambar kegembiraan apabila bersama mereka...
Kini,tiba detik untuk berpisah dengan mereka..Sedih menyelubungi hati..Akak mendoakan semoga akak dapat bertemu dengan kalian semula...Rindu pada kalian..Akak sentiasa mendoakan kalian ..Semoga kalian tabah dan sabar menghadapi cabaran di dunia ini..Biarpun kalian jauh dari akak, namun kalian tetap berada di dalam hati akak..Insyaallah..Kenangan bersamamu merupakan kenangan yang indah dalam hidupku..

No comments:
Post a Comment