Monday, December 19, 2011

~ Duhai Hatiku~




Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah izinNya ana masih merasai kesejukan pagi serta merasai nikmat Allah yang tidak terperi..Alhamdulillah ku panjatkan kepada Illahi..Sudah lama ana tidak meng"update" blog ini..Kesibukan sebagai pelajar membatasi waktu untuk mencoretkan warkah hati yang tersimpan dalam di sudut hati..

Alhamdulillah,semalam ana sudah mencapai umur 21 tahun...Ana bersyukur kerana Allah masih memberi nikmat hidup kepada ana..Syukur alhamdulillah..Semalam hari yang istimewa buatku.. Namun,Allah ingin mengujiku dengan beberapa dugaan buatku..Ana cuba berfikiran positif menerima segala ketentuan dengan hati yang redha dan pasrah dengan kehendakNya..Kita hanya sebagai hamba yang lemah sering lalai dan leka dengan duniawi ..Saat menerima musibah ,segera ana bermuhasabah diri agar diri ini tidak terus lalai dan leka dengan dunia yang fana ini..
Ana berasa sangat sedih apabila mendapat perkhabaran yang menyedihkan di kampung...Ayahanda ana cuba merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan ana..Rumah ana dipecah masuk..Masyaallah bagai terhenti degupan jantung ana ini..Air mata terus membasahi pipi..Astaghfirullahalazim.. Tersentap hatiku tatkala mendengar berita ini..Alhamdulillah keluarga ana selamat..Itu yang paling penting buat ana..Keluarga ana..Keluarga ana menerima perkhabaran ini dengan redha dan tabah .. Semua ini ujian daripada Allah..Segala-gala yang kita ada di dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata..Ana risaukan family ana tetapi tuntutan sebagai pelajar perlu dilunasi..Ana perlu menghadiri beberapa kelas dahulu sebelum ana pulang menemui keluarga yang tercinta.. Terus terang ana katakan,hati ana tidak tenang di sini.. Ana ingin pulang ke kampung dengan kadar yang segera...

Hati itu adalah raja..Apabila kita menghadapi masalah hati,maka pelbagai persoalan yang timbul di benak fikiran..Ana mempunyai seorang sahabat yang paling ana hormati,paling beerti buat ana dan paling istimewa di sudut hati ana..Walaubagaimanapun,persahabatn kami mempunyai batas yang perlu dijaga..Kami berada sangat jauh...Tidak berhubung...Sejujurnya ana menanti ucapan selamat daripadanya namun tiada ..Terasa hati juga dengan sikapnya...Namun,apa yang boleh ana buat.. Dan ana yakin dan pasti ana bukanlah sesiapa lagi buat dirinya..Sedih yang teramat..Mengalir air mata ini.. Tidak tertahan lagi..Sukar untuk ana singkirkan dari sudut hati ana..Pelbagai cara ana lakukan untuk melupakannya..Ya Allah,beratnya ujianMu untukku..Ketenangan hatiku direnggut pergi.. Ana berdoa agar dikuatkan hati dan diberikan ketabahan untuk menghadapi dugaan ini..Kini,harapan yang ana pegang selama ini hancur berderai...Sukar untuk ana luahkan dengan kata-kata..Kepedihan dan kesakitan yang menyucuk jiwa ana..Namun,ana sandarkan semuanya kepada Allah..Mungkin ini yang terbaik buat diri ana dan juga sahabat ana..Ana bahagia bila melihat dirimu bahagia..Ana lepaskan kamu dari sudut hati ana ..Biarkan susah,perit, namun ana masih ada Allah untuk bergantung harapan. Allah adalah segala-galanya bagi ana disamping keluarga yang tercinta..Mereka sering berada di sisi ana tika ana memerlukan mereka..

Setiap orang pasti mempunyai sahabat yang baik di sekeliling mereka..Begitu juga dengan ana.. Ana bersyukur kerana mempunyai sahabat yang sentiasa berada di sisi ana tika ana susah dan senang.. Namun,ana keliru dan buntu memikirkan sahabat ana,,Terdapat dua pihak yang perlu ana hadapi.. Kadang kala salah satu pihak akan cemburu apabila ana rapat dengan satu pihak yang lain..Ana berada di persimpangan.Kedua-duanya sangat baik..Ana sedaya upaya tidak mahu melukakan hati mana-mana pihak..tapi apakan daya ana ..Hanya insan yang lemah dan biasa..Melakukan kesalahan dan kesilapan..Salah satu pihak pasti akan terasa apabila ana keluar dengan satu pihak lagi.. Andai ana boleh membahagikan diri ana dengan seadilnya,pasti ana lakukan..Sahabat-sahabatku, maafkan ana jikalau kalian terasa dengan ana..Ana tersepit ..Ana tidak tahu untuk berbuat apa-apa..Maafkan ana..

ikhlas
































No comments: