Monday, January 2, 2012

~ Bicara Indah ~



Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: ALLAH SWT berfirman : Wahai anak Adam! Luangkanlah dirimu untuk beribadat, nescaya Aku akan penuhkan dadamu dengan kecukupan, dan Aku akan menutup kefakiran kamu. Jika kamu tidak melakukannya nescaya Aku akan membuatkan diri kamu sentiasa dalam keresahan dan Aku tidak menutup kefakiran kamu. 
(Riwayat Tarmizi)

Dlm kta melangkah, terkadang di uji dgn ujian yg terasa berat.., hingga kita terduduk & menangis. Peritnya terasa, tp ketahuilah dan renungkanlah kembali ke dlm diri, kerana mungkin air mata yang hadir tika itu adalah kerana DIA mahu kita menjahit kembali sejadah iman kita yg kian terkoyak, lantaran ada langkah2 yg tersasar dari KEIKHLASAN dan KEIMANAN
“Jangan resah andai ada yang membencimu,kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia.Tetapi resah dan takutlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat.”
JANGAN ditanya KENAPA ~

JANGAN ditanya KENAPA dan MENGAPA ALLAH MEMBERI SESUATU UJIAN itu kepada KITA, Kerana, DIA LEBIH MENGETAHUI APA YANG DITENTUKANNYA. JANGAN ditanya KENAPA dan MENGAPA NIKMAT itu TIDAK DAPAT kepada KITA, Kerana DIA LEBIH MEMAHAMI KEPERLUAN dari KEHENDAK DIRI KITA.
tetapi,

TANYALAH, KENAPA dan MENGAPA kita SUKAR MENERIMA SESUATU dengan IKHLASNYA, KENAPA dan MENGAPA kita TIDAK PERNAH MENSYUKURI NIKMAT yang DIBERI oleh DIA, KENAPA dan MENGAPA kita SELALU BERSANGKA BURUK dengan PENCIPTA KITA, KENAPA dan MENGAPA kita SENTIASA MELAKUKAN APA yang DILARANG-NYA ..
 
Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Bahasa yang paling manis adalah SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK..
=►Aku bukanlah hebat bila post2 ku berunsur Islamik tapi # ku harapkan dengannya ALLAH akan memimpinku menjadi lebih baik...
=►Aku bukan seorang yang tahan diuji bila selalu berbicara soal sabar # tapi ku harapkan ALLAH akan mendidikku menjadi insan yang tegar dan tabah...
=►Aku bukanlah kuat beramal walaupun selalu bercerita soal kematian # tapi ku berharap dengannya aku pun lebih bersedia menghadapi kematian...
:. Aku hanyalah hamba-Nya sekadar menyampaikan walaupun sepotong ayat .
:. Aku hanya ingin kita sama2 menjauhi lorong2 ke neraka . .
:. Aku hanya ingin kita sama-sama ke Syurga nanti . . insya-Allah ♥ ♥
 
DUNIA itu akan pergi MENJAUH, sedangkan AKHIRAT akan MENDEKAT..dunia dan akhirat tersebut memiliki anak, jadilah anak-anak akhirat dan janganlah kita menjadi anak dunia..hari ini (di dunia) adalah hari BERAMAL dan bukanlah hari PERHITUNGAN (hisab)..sedangkan esok (di akhirat) adalah hari perhitungan (hisab) dan bukanlah hari beramal.."
(Saidina Ali Bin Abi Talib)

>>> Allah MELAPANGKAN bagimu supaya kamu tidak selalu berada dalam KESEMPITAN dan Allah menyempitkan bagimu supaya kamu tidak dalam KEGELAPAN, dan Allah MELEPASKAN dari keduanya, supaya TIDAK BERGANTUNG kepada sesuatu selain Allah..♥♥♥
 
 

No comments: