Tuesday, February 14, 2012

~ BeLaHaN JiWa ~




 

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya ana masih dapat bernafas dan melihat keindahan ciptaan Allah S.W.T. Nikmat yang telah Allah berikan kepada hambaNya untuk disyukuri..Alhamdulillah... Subhanaallah sungguh indah ciptaanMu yang tiada bandingnya.. Salam rindu dan kasih buat junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Hati ini terdetik untuk mencoret belahan jiwa ini di dalam blog yang amat beerti buat ana..Segala isi hati dan curahan rasa pasti akan diukir di sini untuk menjadi titik kenangan buat ana.. Sebelum ini ana menulis dalam diary tetapi sekarang blog inilah menjadi curahan hati buat ana..Tidak semua perkara ana update di sini..

Ana berasa gelisah dan pelbagai rasa bercampur baur dalam jiwa.. Sedih,pilu,kecewa,sakit dan banyak lagilah..Semuanya menjadi rencah yang menggusarkan hati..Ya Allah,hambaMu merintih lagi memohon pertolonganMu,..Ana terus terusan melakukan istikharah agar Allah melorongkan hati ini ke jalan kebenaran..Membuka hijab yang ana tidak pasti..Memohon di pagi yang sunyi dan sepi bertemankan unggas yang menyanyi..Kian hari,kian sebak menahan di jiwa..

Tidak dapat ana menebak hati manusia..Sungguh payah ana mahu melupakan sahabat ana..Seseorang yang amat beerti buat ana..Ana sungguh kecewa..Kecewa dengan sikapnya.. Lari atau cari? Kadangkala,kita tidak perlukan pengucapan di mulut tetapi cukuplah perlakuan yang menggambarkan segalanya..Melarikan diri bukanlah jalan yang terbaik.. Sekiranya kehadiran ana menggusarkan hatinya, menyusahkan dirinya,beritahu ana dan ana tidak akan muncul di hadapannya lagi.. Jika kamu mahu cari sahabat lain,silakan jika itu yang terbaik buat dirimu..Ana turut mendoakan kebahagiaan kamu..

Sungguh sukar bagi ana kerana mengingati kamu sahabat sedangkan kamu tidak menghargainya.. Air mata ini menjadi saksi segalanya..Bila mengingatimu,sedar tidak sedar pasti air hangat membasahi pipi..Tahukah kamu peritnya hati ini,,Melawan segenap rasa yang bertamu di hati.. Ana ingin jadi yang terbaik..Ana ingin jadi solehah buatmu..Ana sedang memperbaiki diri untuk setaraf denganmu.. Tahukah kamu? Jika kamu mengatakan ana tidak memerlukan kamu..Kamu sudah silap.. Sememangnya ana memerlukan kamu..Peritnya hanya Allah yang tahu.. Tetapi ana sandarkan semua harapan kepada Allah.. Hanya Allah tempat ana mengadu..mencurahkan rasa hati.. Walaupun ana diam dan tidak berbicara,namun ketahuilah bahawa kamu tetap di hatiku..

Namun,jika kamu sudah bertemu sahabat yang benar-benar dapat membahagiakan kamu, silakan menuju arah itu..Silakan dengan sepenuh ikhlas..Sekalipun ana kecewa,ana tetap berasa bahagia.. Kerana kamu bahagia..Air mata kebahagiaan pasti tumpah buatmu sahabat.. Ana tidak mahu sejarah bakal berulang tetapi jika itu pilihanmu silakan..Bonda ana mengetahui segala-galanya tentang diri ini..Mujurlah bonda menguatkan ana..Ana yakin dengan janji Allah..

Ana mimpikan kamu..Bukan sekali tetapi banyak kali..Ana tidak mampu mengkhabarkan apa-apa berita buat kamu..Ana malu..Sekarang ana pasti kamu sedang berbahagia.. Ana turut berbahagia buat kamu..Sungguh ..

Hati kian rungsing..Hari ini sepatutnya ada appoinment dengan doktor tetapi ana tidakpergi..Cukuplah sekali..Takut untuk ana hadapinya lagi..Ubat masih berbaki..Ana bukan jenis suka makan ubat.. Makan pun tak ikut masa yang ditetapkan..Ana kurang makan sekarang..Entah, tidak mahu ditelan..Perit rasanya...Sementara ana masih di rumah,ana ingin membahagiakan ayahanda dan bonda.. Ana tidak mahu ayahanda dan bonda risau pasal ana..

Ana jadi superbibik di rumah..Tinggal 4 hari lagi mahu menempah alam kampus .. Sedih mahu meninggalkan rumah..Banyak kenangan di rumah..Sedih mahu meninggalkan ayahanda dan bonda.. Dan juga anak-anak didik ana 13 ekor semuanya..Pasti ana akan rindu dengan keletah mereka.. Pagi-pagi sudah nampak mereka di depan pintu rumah..Adik ana sekarang tengah ada perlawanan badminton..Adik,akak doakan adik menang tau..U are the best..Adik yang paling bongsu.. Paling rapat.. Suka bergaduh manja dengan dia..Walaupun hero,tapi ada sensitifnya..Dan dialah bodyguard ana..Bila ana mahu keluar,dia pasti ada bersama..Jadi ,ayahanda dan bonda tidaklah risau sangat kerana segala maklumat pasti diperolehi daripada dia.. Bila berjauhan,rasa rindu sangat-sangat kat dia..Rasa mahu terbang balik rumah..

Ana risau sangat pasal dia..Dia terlampau aktif di sekolah..Kesian pun ada..Minggu depan mahu lawan hafazan dan tilawah pulak..Dialah kebanggaan ana...Dialah paling rapat dengan ana... Kadang-kadang geram sangat dengar dia berceloteh..Tak henti-henti..Kalau bab merapu dialah juara.. Adik oh adik..Pengubat jiwa..Selalu berebut laptop..Mahu main game kereta..Last2 ana pun terminat main game kereta..Aduhaii adik..

Result akan keluar esok lusa..Takut.. Tak tahulah macam mana keputusan ana kali ini..Semoga ana dapat membahagiakan ayahanda dan bonda dengan result ana..Insyaallah..Ya Allah,bantulah hambaMu ini..Esok lusa juga merupakan walimah ibu saudara ana..Selamat Pengantin Baru.. Semoga Berbahagia Hingga Ke Akhir Hayat..Insyaallah..Sahabat-sahabat,terima kasih kerana sudi menjengah blog ana..Doakan ana cepat sembuh ye..May Allah Bless Us..

Wassalam..

No comments: