Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya kita masih dipertemukan walaupun hanya di alam maya..Alhamdulillah,kita masih diberikan kesihatan yang baik untuk terus melakukan ibadah kepadaNya..Rabb..Tuhanku..Allahu akbar..Salam rindu kepada Nabi Muhammad ..Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Pertama sekali, maafkan ana jikalau ana ada melakukan kesilapan dan kesalahan kepada sesiapa sahaja..Ampun dan maaf ana pohonkan..Seikhlas hati.. Hati berasa sayu..Ujian Allah datang bertamu namun ana bahagia..Kerana Allah memberikan peringatan kepada ana agar ana tidak terus lalai dan leka dengan kehidupan yang sementara.. Hari ini ana terpaksa ke klinik.. Bertemu dengan doktor memberikan sejuta debaran buat ana..Takut menguasai diri.. Ana dapat mc untuk hari ini.. Makan ubat dan berehat.. Perkara yang ana paling takuti berjumpa dengan doktor lelaki..Ya Allah,malunya ana.. Segan dan kalau boleh akan dielakkan..Hehe..
Mesej dari seorang sahabat lama membuat ana berasa gembira ..Walaupun hanya satu mesej tetapi amat bermakna..terima kasih sahabat kerana masih sudi menghubungi ana dan tidak lupakan sahabatmu walaupun ana tahu kamu begitu sibuk dengan kehidupanmu.. Dan jutaan terima kasih buat sahabatku yang sudi mengirimkan madah-madah indah buat ana..Nasihat dan teguran yang ana harapkan bagi memperbaiki diri ini.. Kadang-kadang ana melakukan kesilapan dan perlukan teguran yang ikhlas..Semoga Allah memberikan rahmat buat kalian.. Walaupun kalian tidak pernah ana temui secara bersemuka, tetapi kehadiran kalian ke dalam hidup ana amat beerti.. Sahabat,syukran jazilan..
Dan buat kamu sahabat yang jauh,usahlah melarikan diri..Jangan risau ana tidak akan sesekali menganggu kamu..teruskan kehidupan dengan sebaiknya..Insyaallah,nanti ana akan memadamkan kamu..Maafkan ana kerana sebelum ini ana pernah menghubungi kamu..Sahabat, minta maaf sekiranya kata-kata ini bakal mengguris hatimu.. Jagalah ibu bapamu sebaiknya kerana mereka adalah harta yang paling bernilai buatmu..Ana tahu kamu adalah anak yang baik..Anak harapan keluarga.. Semoga kamu mampu membahagiakan mereka dengan kejayaanmu ..Insyaallah.. Ana akan berdoa dari kejauhan.. Kamu,jaga iman..Jaga diri..Jaga hubungan dengan Allah..Banyakkan berdoa kepadaNya..Jangan sesekali lupakan Dia..Kalau ada masalah,rintihlah dan minta daripada Dia,RabbMu..Jikalau kamu tertekan,ambillah wudhuk dan solat.. Sahabat,semoga kejayaan dan kebahagiaan menjadi milikmu..Insyaallah..Kamu,ana minta maaf...Anaminta kamu halalkan atas segalanya..Kamu,ana minta izin untuk undur diri..Ana bukanlah sahabat yang baik.. Maafkan ana sekali lagi..
Kelmarin ana keluar bersama seorang sahabat..Aini namanya..Seorang yang baik dan memahami.. Sahabatku penawar dukaku,terima kasih kerana sudi menemani sahabatmu ini..Ana keluar untuk membeli barang keperluan seharian..Sesuatu kejadian telah berlaku..Ana malu sangat-sangat namun itulah dugaan daripada Allah..Ana terjatuh di sebuah tempat yang dipenuhi dengan ramai orang..Lantai yang licin menyebabkan ana jatuh dan ramai orang menyaksikan kejadian tersebut.. Sakit hanya Allah yang tahu..Pengurus tempat tersebut memohon maaf kepada ana disebabkan kejadian tersebut..Memang ana akui ana malu dengan kejadian tersebut tetapi bukankah kemaafan itu lebih bernilai ...Ana tidak marah kerana bagi ana kejadian itu berlaku dengan izin Allah.. Walaupun ana sudah berhati-hati tetapi Allah jua yang telah meletakkan qada dan qadar ana akan jatuh..Jika bukan ana yang jatuh,orang lain yang akan jatuh..Kemaafan itu adalah indah..semua orang memandang ana..Tetapi ana cuba menenangkan diri dengan memberikan senyuman..
Seorang sahabat ana telah jatuh cinta..Jatuh cinta terhadap seseorang yang tidak terjangkau dek akalnya..Ujian daripada Allah..Solat istikharah dilakukan bagi meminta petunjuk daripada Allah tentang jodohnya..Ana berasa kasihan dan sedih melihat situasinya.. Betapa hebat perasaan itu kepada dirinya..Tidak lalu makan dan sering teringat kepada lelaki tersebut.. Masyaallah.. Air mata pasti berlinangan di pipinya..Lelaki tersebut ana rasa mempunyai perasaan yang sama tetapi tidak meluahkannya kepada sahabat ana..Sahabat ana masih meragui tentang si dia namun petunjuk daripada Allah telah diketahuinya..Banyak kebetulan berlaku..Mimpi dan gerak hati.. Ana tidak tahu bagaimana untuk membantu sahabat ana..Sebagai sahabat, ana mahu melihat sahabat ana bahagia.. Sungguh ana mahu melihat senyuman terukir di bibirnya..
Ana ada satu kumpulan sahabat yang sangat akrab..Ana sangat bersyukur kerana memiliki sahabat yang sudi menemani suka dan duka..Alhamdulillah.. Sekiranya ana mempunyai sebarang masalah,mereka sentiasa di sisi ana.. Tetapi sekiranya ana mempunyai masalah, ana suka melarikan diri daripada mereka..Ana tidak sanggup untuk membebankan mereka dengan masalah ana..Ana akan pastikan senyuman terukir walaupun hati ana sangat perit dan sakit.. Ana akan berusaha untuk menjadi ceria di hadapan mereka..Ana lakukan sedemikian kerana rasa kasih kepada mereka.. Buat sahabatku sekalian, uhibbuki fillah abadan abada..Insyaallah..
Sekian buat kali ini..Wassalam..

No comments:
Post a Comment