Thursday, March 22, 2012

~ Sahabat Pendidikan Khas ~




 

 

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan rahmatNya kerana masih diberi kesempatan untuk memperbaiki diri agar menjadi hamba yang taat kepada penciptaNya.. Alhamdulillah kerana dengan limpah kurniaNya kita masih dipertemukan dalam alam maya ini..Biarpun hanya bertemu di sini tetapi ikatan ukhuwah itu tetap terjalin dan tersemat di hati..Insyaallah...

Sudah lama ana ingin kembali berceloteh di sini tetapi ana menghadapi kekangan masa untuk melakukannya..Alhamdulillah,hari ini jari jemari ana kembali menari di atas keyboard ini..Sebenarnya esok ana ada pembentangan tetapi ana tetap mencuri masa ini untuk bercerita..Ana suka untuk berceloteh di sini ..Ana terasa beban semakin berkurangan apabila dapat meluahkannya di sini.. Bukan semua perkara boleh dikongsi tetapi sekadar untuk berkongsi..Ana harap kawan-kawan tidak jemu untuk membaca perkongsian ana di sini..

Hari berlalu demi hari..Sudah dua tahun ana menjadi mahasiswi Universiti Sains Malaysia.. Tidak pernah terjangkau di fikiran ana untuk memasuki universiti ini kerana ana merasakan ana tidak layak untuk berdiri dan bergelar pelajar di sini.. Tetapi alhamdulillah Allah telah menetapkan rezeki ana untuk menyambung pelajaran di sini..Satu kurniaan yang amat bernilai bagi ana..Alhamdulillah.. Apa yang penting bagi ana ,ana mampu membuatkan buah hati ana ayahanda ,bonda dan adik-adik berasa gembira..Ana mahu lihat senyuman terukir di bibir mereka..Ana sangat menyayangi keluarga ana.. Merekalah permata ana.. Dan tidak dilupakan kepada sahabat yang tidak jemu memberikan dorongan kepada ana..Terima kasih awak..Walaupun kita jauh tetapi awak merupakan salah satu inspirasi saya..

Sudah empat semester ana di sini..Pelbagai pengalaman manis dan pahit ana tempuhi..Tetapi ana bersyukur kerana mempunyai sahabat-sahabat yang sentiasa di sisi ana..Buat kalian,ana bahagia bersama kalian..Ana bersyukur kerana Allah mengurniakan ana sahabat-sahabat yang baik serta sentiasa memberikan sokongan tika susah dan senang..Roomate yang akak kasihi selalu.. Terima kasih kerana menceriakan hidup akak...Terima kasih kerana menjadi roomate yang baik..Gurau senda bersamamu mampu menjadi penawar keresahan akak..Akak memohon jutaan ampun dan maaf sekiranya akak ada membuat salah dan silap kepadamu..Semoga ukhuwah ini kekal harum dan mewangi selalu..

Ana mempunyai 36 orang classmate..Alhamdulillah semuanya sangat baik dan ramah.. Enam orang lelaki dan 30 orang perempuan..Lelaki minoriti dalam kelas tetapi sudah mampu menggegarkan kelas kami..Alhamdulillah,ukhuwah yang indah..Terdiri daripada tiga kaum ..Melayu, Cina ,dan Bumiputera.. Ana mempunyai beberapa sahabat yang amat rapat ..Ana selalu bersama mereka..
Apabila memerlukan kerjasama antara pelajar-pelajar,mereka mampu memberikan komitmen yang tinggi..Pelbagai rancangan yang kami ingin laksanakan bagi menggerakkan program Pendidikan Khas. Insyaallah,doakan rancangan berjalan dengan lancar dan mungkin boleh bertukar-tukar idea dengan pelajar-pelajar universiti lain..Insyaallah..

Ana ingin menceritakan tentang seseorang yang amat ceria bagi ana..Seorang lelaki dan merupakan pemuda Cina.. Dia merupakan salah seorang lelaki yang sangat happening dan go lucky.. Bila dia ketawa mampu membuatkan orang lain ketawa kerana dia ketawa.. Dean list digenggam setiap semester..Pandai orangnya..Ana menganggap dia seorang yang unik..Sangat unik.. Dia sangat baik dan tidak lokek ilmu..Kenapa ana bercerita tentang dia? Kerana dia sentiasa menolong sahabat-sahabatnya tidak kira kaum yang berbeza.. Kalau dia melihat sahabt-sahabatnya dalam kesusahan dia pasti akan cuba menggembirakan sahabatnya.. Dia merupakan lelaki yang berani menegur ana .. Ana seorang yang pemalu tetapi ana senang berkawan dengan dia.. Dia telah memberikan satu nama panggilan kepada ana..Sungguh lucu dan ana tidak tahu kenapa.. Dia memanggil ana "badut " . Ana sering tertanya-tanya kenapa dia memanggil ana dengan nama panggilan sebegitu.. Bila dia jumpa ana pasti dia akan menarik pipinya dan tersenyum ke arah ana..Mengusik ana adalah satu keharusan bila bertemu dengan ana..

Ana sentiasa berdoa agar ukhuwah yang terjalin akan mekar dan subur kerana redhaNya..Insyaallah.. Semoga kita berjaya di dunia dan akhirat..Buat sahabat-sahabatku,tegurlah ana jikalau ana ada melakukan kesalahan dan kesilapan ..Sesungguhnya ana hanyalah insan yang lemah dan sering membuat kesilapan..Sama-samalah kita berdoa agar kita sama-sama dapat menjadi guru Pendidikan Khas yang berdedikasi dan bertanggungjawab ..Insyaallah.. Mengajar insan teristimewa adalah perkara yang membahagiakan dan mendekati mereka mengajar kita erti syukur atas segala nikmat.. Didiklah hati kita dengan kesabaran yang tinggi serta renungilah mata insan istimewa yang mengharapkan kita untuk membantu mereka..

Terima kasih sahabat-sahabatku yang sudi membantu ana sepanjang kita menjadi classmate .. Semoga kita persahabatan tetap utuh sehingga ke akhir hayat..Insyaallah..




No comments: