Wednesday, November 21, 2012

~ Titisan Embun buat Bondaku ~




 

Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah... Syukur kepada Allah atas segala nikmat yang telah diberikan kepada kita.  Walaupun kadang-kadang kita terleka dan lalai kepada-Nya, Dia masih menyelimuti kita dengan kasih sayang dan cinta-Nya kepada kita. Allah..Allah..Allah... Salam rinduku buat junjungan mulia Nabi Muhammad S. A.W.

Kali ini ana berceloteh tentang insan yang bertakhta di hatiku dari dulu,kini. dan selama-lamanya.. Insyaallah, selagi  ana bernafas di dunia ini. Bondaku yang akak kasihi, tabahkan hatimu dengan ujian yang Allah timpakan buatmu serta kita sekeluarga.. Bonda yang akak kenal seorang yang tabah dan kuat menghadapi dugaan. Bonda selalu kuatkan hati ini ketika diri ini goyah dan tersungkur lemah. Bondaku yang tersayang,ketahuilah kami  anak-anakmu sangat berbangga denganmu.. Kami sayangkan bonda setulus hati kami.Duhai bondaku,sapulah air matamu yang mengalir di pipi. Ketahuilah anakmu disini sangat membimbangkan bonda... Seperti ingin lari pulang untuk menenangkanmu dan meminjamkan bahu ini untukmu..

Duhai insan yang amat bererti buatku, akak sayang bonda..akak sayang keluarga kita.. Bonda dan keluarga kita adalah harta yang paling bernilai buat akak. Akak tahu kadang-kadang akak nakal.. Selalu mengusik bonda dan kadang-kadang bonda terasa dengan akak..Akak mohon ampun dan maaf kepada bonda..Ampunkan dosa akak bonda..Bondaku, senyumlah..Kerana senyumanmu itu mampu menjadi penawar kami..Kekuatan akak adalah bonda..Akak tidak sanggup melihat tangisan bonda.. Akak tidak mahu melihat titisan jernih itu menitis di pipimu.. Kita sama-sama mengadu pada Dia ya bonda..Kerana Dia Maha Mendengar segala rintihan kita..

Bondaku,ketahuilah bahawa kami anak-anakmu sentiasa di sisimu..Bonda,sekiranya dapat anakanda bersamamu tika ini,pasti anakanda memelukmu dan memberikan kata-kata semangat kepadamu.. Bonda, Allah itu Maha Penyayang dan Maha Pengasih..Dia pasti merencanakan yang terbaik buat kita..Pasti terselit hikmah yang indah buat kita khususnya anakmu. Akak yakin dia  mampu menerima dengan redha dan sabar. Walaupun dia ceia,namun akak tahu dalam hatinya pasti terselit duka yang amat dalam . Bondaku,we always support you..

Bondaku, sebak hatiku apabila berbicara denganmu..andai boleh anakanda terbang pulang,sekarang jua anakanda ingin berada di sisimu.. Bonda,kuatkan hatimu ya.. Anakanda risau dari kejauahan.. Akak risau bonda..

Bondaku yang teristimewa, akak doakan bonda tabah .. Setiap kebaikan yang kita taburkan pasti ada ganjaran daripada-Nya. Bergantung harap kepada Allah adalah yang terbaik..Semuanya datang daripada-Nya. Daripada Dia kita datang dan kepada Dia jualah kita kembali.. Insyaallah, semuanya akan kembali seperti biasa dan bonda pasti tersenyum kembali.. Bonda, wo ai nie... Nan unnai khalidikeren.. Salam sayang dan rindu dari anakanda yang kejauhan...

To my brother, i'm proud of you.. May Allah Bless You .. Akak sayang adik akak sangat-sangat .. Semoga dirimu terus tersenyum dan senyum... Jaga diri..Jaga iman ye adik... Tunggu akak balik..

Wassalam w.b.t.

No comments: