Wednesday, August 17, 2011

~ ImPiaN ~






Ana bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga ana bertemu dengan Ramadhan yang mulia ini..Alhamdulillah ,syukur kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Allah itu Maha Mendengar segala permintaan hambaNya..Kini,tiba Ramadhan yang dirindui  datang memberi seribu erti buat hambaNya yang mencari keredhaan Allah... Ramadhan bakal pergi dan Syawal bakal menjelang.. Marilah kita bersama-sama melipat gandakan amalan dalam bulan Ramadhan yang rahmat ini..Insyaallah..


Sudah lama ingin ana coretkan bingkisan hati ini tetapi berat pula jari-jemari ini untuk menari-nari di keyboard..Pelbagai kejadian yang berlaku kepada ana..Ya Allah,hanya kepadaMu hambaMu ini bergantung harap..Ujian datang menimpa-nimpa tetapi ana bersyukur kerana ujian itu tanda kasih sayang Allah buat ana.. Allah sangat menyukai hambaNya yang merintih dan memohon kepadaNya..Ana hanya ada Allah untuk mengadu..Allah Maha Mengetahui setiap apa yang berlaku kepada hambaNya dan Allah juga adalah perancang yang terbaik..Kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya..


Sejak dua tiga hari ini,ana berasa susah hati..Rasa tak tenang..Masyaallah...Malam sukar untuk ana lelapkan mata..Disusuli mimpi yang membuatkan ana tertanya-tanya..Apakah petanda bagi mimpi itu? Sesetengah orang menganggap mimpi itu mainan tidur..Mulanya ana juga menganggap begitu..Tetapi sudah dua kali ana bermimpi tentang orang yang sama... Dulu,sahabat inilah yang setia menemani ana di kala sukar dan senang.. Dulu,sahabat inilah yang menceriakan ana di saat ana genting menghadapi ujian Allah..Ahh,menyebut namanya sudah cukup membuatkan air mata ana mengalir..Ana minta maaf..Tidak terniat di hati ini untuk melukakan hati kamu tetapi percayalah apa yang ana lakukan adalah yang terbaik buat kita..Sama-sama menjaga agar ukhuwah yang dibina lebih indah di sisi Allah..Walaupun ana cuba untuk menghindari tetapi hukum Allah tetap yang utama..Sahabatku,andai perlakuan ana ini tidak kamu fahami dan membenci diriku,ana pasrah..Andai dirimu menganggap diri ini sengaja menyakitkan hatimu..kamu tersilap kerana diriku juga sakit..Ya Allah,Engkau Maha Mengetahui segalanya..Berikanlah hambaMu ini petunjuk dan rahmatMu.. Ya Allah,pimpinlah hati sahabatku ke jalan yang lurus..Berikanlah dia kesihatan yang baik bagi memikul dakwah yang diamanahkan kepadanya..Peliharalah dia dan keluarganya dari sebarang kecelakan..Limpahkanlah rahmat dan maghfirah kepadanya..




Kali ini ana ingin membicarakan tentang impian ana...Semua orang mempunyai impian masing-masing..Begitu juga dengan ana..Banyak impian yang ingin ana capai di dunia dan di akhirat...Impian yang ingin ana capai ini amat sukar..Ana ingin memakai purdah..Memang niat di hati sudah lama tetapi belum dapat dilaksanakan..
Ana belum mendapat lampu hijau daripada emak ana..Emak ana memberikan pendapat kepada ana tentang diri ana..


Ana: Emak,cantikkan orang pakai purdah
Emak : Memang cantik..
Ana : Emak ,akak nak pakai purdah boleh?
Emak ana memberikan jawapan yang panjang lebar kepada ana..Ana tersenyum lantas menanamkan azam dalam diri..
Emak : Emak bukan tak bagi tetapi emak harap akak faham..
Ana : Kenapa mak?
Emak : Akak perlu memantapkan diri dahulu sebagai gadis yang solehah..Orang luar memandang orang yang memakai purdah ini alim..Emak tak mahu nanti orang salah faham..Akak,akak perlu menyiapkan diri dengan sebaiknya untuk memakai purdah ini..
Ana : Masyaallah..mendalam maksud emak ana tersebut..Ternyata bukan mudah untuk memakai purdah ini.. Mempersiapkan diri dengan ilmu serta perlu istiqamah...Insyaallah emak..Doakan anakmu ini supaya menjadi muslimah solehah ...
Emak tersenyum...


Bila sebut tentang purdah ,serta merta fikiran ini melayang kepada seorang sahabat yang baik dan sentiasa memberikan nasihat kepada ana..Dia memberikan dorongan kepada ana untuk ana berpurdah.Katanya dia suka melihat perempuan yang berpurdah..Sejuk mata memandang..Insyaallah sahabatku..Doakan sahabatmu ini..Walaupun kamu jauh dari ana,ana tahu kamu sentiasa mendoakan sahabatmu ini..Ana perlu menyiapkan diri ana dahulu sebelum ana memakai purdah..Terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat dengan ana..Ana tahu wajah ana tidaklah rupawan tetapi ana berharap agar suatu hari nanti ana dapat memakainya..
Insyaallah..Amin..


Wajib wanita muslimah memakai niqab النقاب atau purdah adalah pendapat sebahagian para ulama. Sementara jumhur (majoriti) ulama berpendapat muka wanita tidak termasuk di dalam auratnya. Wanita yang memakai purdah berpegang dengan pendapat golongan ulama yang mewajibkannya. Ini adalah hak mereka. Selagi mereka berkeyakinan pendapat yang menyatakan ianya wajib itu kuat, maka mereka wajib memakainya. Ini kerana seseorang itu berpegang kepada apa yang dia yakin. Seseorang individu tidak wajib mengikut mazhab orang ramai, tetapi hendaklah mengikuti apa yang dia faham dan yakin yang berpandukan perbahasan-perbahasan para imam ahli sunnah wal jama`ah.

Saya menyokong pendapat jumhur ulama yang menganggap purdah bukanlah suatu kewajipan. Wajah wanita bukanlah aurat. Namun saya tidak berhasrat untuk memerangi wanita yang berpurdah, selagimana saya dapati mereka cuba melaksanakan tuntutan agama yang mereka faham. Ini adalah hak dan kebebasan yang wajar diiktiraf. Bahkan di satu sudut ianya lambang kesungguhan iltizam terhadap apa yang diyakini sebagai kewajipan. Untuk apa kita menekan golongan yang berpurdah sedangkan dalam masa yang sama kita membiarkan wanita-wanita lain yang mendedahkan tubuh dan aurat secara berleluasa sehingga memadam nilai diri mereka sebagai wanita muslimah dan beriman.Di zaman ini, antara ulama yang kuat menegaskan wajah wanita adalah aurat ialah al-Syeikh Ibn Baz r.h. (mufti Saudi yang telah meninggal) dalam fatwa-fatwanya yang banyak, diikuti oleh kebanyakan para ulama di Saudi. Sebelum itu `Abu al-`Ala al-Maududi r.h dalam bukunya al-Hijab.

Sementara yang menyatakan wajah wanita bukan aurat adalah majoriti ulama semasa, antaranya Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunyaالنقاب للمرأة Al-Niqab li al-Marah” Al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani r.h. dalamجلباب المرأة المسلمة في الكتاب والسنة Jilbab al-Marah al-Muslimah fi al-Kitab wa al-Sunnah” dan kitabnya yang akhir sebelum beliau meninggal sebagai jawapan dan tambahan kepada kitab tersebut iaituالرد المفحم Al-Radd al-Mufhim. Begitu juga Muhammad al-Ghazali r.h. dalam banyak tempat dalam buku-bukunya.
Alasan-alasan yang dibawa oleh jumhur ulama yang menyatakan wajah wanita muslimah bukannya aurat adalah jelas dan nyata.


 




Ana juga berharap agar ana dapat menjadi seorang guru yang dapat memikul amanah dengan baik.Rasa tidak sabar untuk menunggu tempoh tiga tahun lagi..Insyaallah sekiranya Allah masih memberikan ana nikmat sihat dan hidup..Sayu hati ana apabila memandang bakal anak-anak didik ana nanti..Anak didik ana yang sangat istimewa..Istimewa di hati ana..Biarpun kalian insan istimewa,namun kalian juga merupakan anugerah yang terindah buat ibu bapa kalian..Anak itu dilahirkan umpama kain putih,ibu bapalah yang mencorakkannya..Sering kali guru ana bertanya kepada ana..

Guru : Kamu belajar di mana?
Ana : USM cikgu..
Guru : Alhamdulillah,kos apa?
Ana : Alhamdulillah cikgu..syukur kepada Allah..Saya ambil kos pendidikan khas cikgu..
Guru : Kenapa kamu ambil kos itu?
Ana : Saya berminat dengan kos ini cikgu.Saya ingin mendalami tentang ilmu pendidikan khas. Saya suka kanak-kanak..
Guru : Ooo..

Kadang-kadang ada juga yang memandang rendah dengan kos yang ana ambil..Pendidikan Khas..Apa yang ana boleh katakan,ana bangga kerana ana dapat mendalami ilmu Pendidikan Khas..Ya Allah,satu nikmat yang Allah berikan kepada ana..Syukur ,alhamdulillah..Insan istimewa ini mempunyai banyak keistimewaan tersendiri..Ada yang cacat penglihatan,tetapi masyaallah..Hatinya terang..Mudah mendapatkan ilmu pengetahuan..Mudah menghafal Al-Quran..Indahnya ciptaan Allah..Ana sendiri malu kerana insan yang tidak dapat melihat ini dapat menghafal Al-Quran sedangkan ana yang celik belum mampu menghafal Al-Quran.. Janganlah kita memandang rendah dengan insan yang istimewa ini kerana setiap orang Allah telah tentukan kita ada kelebihan dan kekurangan..Ana sangat sedih apabila ada orang yang memandang rendah dengan pelajar Pendidikan Khas..Indahnya perasaan seorang guru apabila mampu mengajar anak didik khas dengan hanya menyebut huruf A yang tidak mampu disebutnya sebelum itu.Ibu bapa mengucapkan jutaan terima kasih malah menitiskan air mata kegembiraan..Masyaallah..Subhanaallah.. Ada pelajar yang tidak mampu menyebut perkataan "ibu" namun setelah dilatih oleh guru,pelajar tersebut mampu menyebutnya.. Ibu tersebut menitiskan air mata malah menghadiahkan pelukan hangat buat guru..

Ana akui,menjadi guru Pendidikan Khas bukanlah mudah..Kesabaran amat diperlukan tetapi tetap merasa kemanisannya..Ana dapat mendidik kesabaran di dalam jiwa.Ana sudah jatuh cinta dengan bidang ini.. Walaupun pada mulanya ana ragu-ragu dengan diri ana untuk memilih bidang ini,namun Allah itu pengatur yang terbaik..Wajah insan istimewa sangat menyentuh jiwa..Ketika berhadapan dengan mereka, ana berasa sangat bersyukur kepada Allah atas nikmat yang Allah berikan kepada ana..Terasa diri ini begitu kerdil di hadapan yang Maha Esa..Allah itu Maha Mengetahui segalanya..Buat ibu bapa yang mempunyai anak istimewa,bersyukurlah kerana anda mempunyai anak yang istimewa..Biarpun mereka istimewa,ketahuilah bahawa anak istimewa itu anugerah Allah..Insan yang akan menarik ibu bapanya ke syurga..Insyaallah..Didiklah mereka dengan penuh kasih sayang..Sesungguhnya anda adalah insan pilihan..Setiap apa yang berlaku,pasti ada hikmahya..


Lagu ini amat menyentuh perasaan ana..titis air mata berjuraian membasahi pipi..
BUKAN KU PINTA

senyum ku tak seghairah,
gerak gaya tidak selincah'
mataku x seayu,
kicau burung pun x semerdu.

namun ku punya hati,
juga gayaku perasaan,
hidupku yg begini,
kadar waktu diizin tuhan.

tidak ku minta lahir ke dunia,
tidak ku duga cacat begini.
bukan ku minta kasih dan manja,
bukan ku rayu bantu simpati.

maafkan wahai teman,
ku menumpang di sudut dunia,
mencari ketenangan,
sampai masa ku pergi jua.

tidak ku minta lahir ke dunia,
tidak ku duga cacat begini.
bukan ku minta kasih dan manja,
bukan ku rayu bantu simpati.

biarkan wahai teman,
ku menumpang di sudut dunia,
mencari ketenangan,
sampai masa ku pergi jua.


Soalan ini sering ditanya oleh kawan-kawan malah sanak saudara serta adik-adik di sekolah tempat ana bekerja..
Kawan: Bila nak kawen? Calon dah ada kan?
Adik-adik : Akak ada pakwe? Tak kan tak ada kot?
Sanak saudara : Hurmm..lepas nih rumah belah hulu pulak..Berapa ekor lembu? Orang mana?

Ana hanya gelak dan tersenyum bila orang bercakap pasal jodoh..Dan jawapannya ialah :


Jwpnku tntg pkahwinan
knp lmbt?=krn Allah tahu masa yg trbaik untukku
da berpunya?=ya..krn setiap org telah ditetapkn jodoh msing2
siapa?=nanti Allah akan prkenalkan kpdku...
bila?=bila kami da dipertemukan..insyaAllah jemput dtg ke walimatul urusku nnti...
...
...
Jgnlah slalu brtnya bila org tu nak kawen..krn smua rahsia dia,trletak di tgn Allah...smpai masa Allah akn membongkarknnya..(^_^)
semoga kita redha dgn apa yg Allah tentukn...
( copy and paste )
Setiap perempuan pasti ingin menempuhi alam perkahwinan..Semua orang ingin membina masjid (perkahwinan) untuk menuju keredhaan Illahi..Semua orang telah ditetapkan jodoh masing-masing..Kadang- kadang ada sahabat kita yang kahwin awal..Ada orang kata dah sampai seru..Ana juga seperti perempuan di luar sana..Ingin mempunyai keluarga yang mawaddah dan sakinah..Insyaallah..Allah telah tetapkan jodoh ana belum tiba..Dengan siapa? Bila bertemu? Semua itu rahsia Allah yang belum ana ketahui..Bila tiba waktunya,insyaallah segala persoalan akan terjawab..
Ana ingin menjadi yang terbaik untuk suami ana kelak..Walaupun ana sedar,ana ini hamba yang serba kekurangan serta lemah,tetapi insyaallah ana akan cuba memperbaiki diri ana..Percintaan selepas perkahwinan sangat indah.Ana melihat perkahwinan ayahanda dan bonda tanpa cinta sebelum berkahwin.. Alhamdulillah...Hati remaja kadang kala cemburu melihat kawan-kawan yang mempunyai pasangan ..Namun,apabila mengingatkan janji-janji Allah..Hati ana terubat..Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.. Bila mengingati hukum Allah,segera perasaan cemburu itu hilang malah bersyukur kerana Allah menjaga kita..Ujian hati memang amat menyakitkan..Rindu kepada pasangan dapat melalaikan..Zina hati sudah diperoleh..Susah untuk mendidik jiwa apabila hati ditawan dengan pasangan..Ana takut kecewa kerana kecewa sangat perit..
Ana yakin dengan aturan Allah..Allah akan memberikan pasangan mengikut diri kita..Jikalau kita ingin mempunyai pasangan yang soleh/ solehah,kita juga harus menjadikan diri kita soleh/solehah..Itulah pesanan bonda ana..Kadang-kadang bila ujian menimpa diri,terasa sangat memerlukan insan di sisi..Oleh itu,berdoalah kepada Allah..Allah itu Maha Mendengar segala rayuan dan rintihan hambaNya... Apabila sudah mempunyai ikatan yang sah setelah adanya akad dan nikah,maka bermulalah tanggungjawab baru yang perlu digalas..marilah kita sama-sama berdoa agar mendapat zauj /zaujah yang solehah..Insyaallah..









~MAHABBAH~

Cinta menuju jalan Ilahi
Cinta hakiki yang amat suci
Tenang terasa rindu kepadaNya
Bila mendapat siraman hidayah
Insan bertasbih berzikir dengan makrifah
Taubat menyusul memohon maaf padaNya
Menyesali..menyesal..menyesal atas dosa-dosa
Jiwa insani hidup bernadi
Tulus sejernih embun syurgawi
Saat melakar cinta sejati
Allah disembah sering diingati
Rela diuji asalkan kasih bersemi
Biarlah derita pengubat kasih sayangNya
Itulah tajalli..cintakan Allah
Mahabbah..Mahabbah..Mahabbatullah
Kesunyian jiwa..kegersangan iman
Kehilangan bahagia sesat di persimpangan
Pengajaran bayangan siksa dunia
Kembali..kembali..kembalilah pada Allah
Carilah..carilah..carilah..cintaNya
Rela diuji asalkan kasih bersemi
Biarlah derita pengubat kasih sayangNya
Itulah tajalli..cintakan Allah
Mahabbah..Mahabbah..Mahabbatullah
"Sesiapa yang berkahwin, sesungguhnya dia telah menyempurnakan sebahagian agamanya, maka bertakwalah pada sebahagian yang lain."

Lagu yang sangat indah..
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia istri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan
Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa dia mengingatkan

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita dia betulkan
Penghibur diwaktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

Dia umpama tongkat sibuta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia istri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

2 comments:

Ratna Syazana said...

saya sokong bisikan nuraniku berpurdah...tapi betul jugak cakap mak bisikan nuraniku tu..semoga terus berjaya dunia dan akhirat.. :)

p/s : yang tulisan warna kuning tu tak boleh nak baca la.. :)

Bisikan Nuraniku said...

~Assalamualaikum w.b.t. Terima kasih kepada Ratna Syazana yang sudi ziarah dan memberikan komen..Jutaan terima kasih juga kerana menyokong saya dari belakang..Sokonganmu amat saya hargai..Insyaallah..amin..Semoga apa yang diperkatakan oleh Ratna Syazana menjadi kenyataan..

p/s : saya sudah ubah..maaf atas kesilapan teknikal...