Thursday, February 23, 2012

~ Coret- coret Kehidupan ~





Alhamdulillah ,syukur kepada Allah kerana dengan limpah dan kurniaNya kita masih diberikan peluang untuk menjadi hambaNya..Alhamdulillah..Semoga kesempatan ini akan kita penuhi dengan amar makruf dan nahi munkar..Insyaallah..Marilah kita bersama-sama memburu taman-taman syurga yang telah Allah sediakan buat kita..Marilah kita sama-sama mempersiapkan diri untuk kembali kepada kekasih agung kita, Allah S.W.T. Salam rindu buat Nabi Muhammad S.A.W.

Alhamdulillah ..Pada 19 Ferbruari 2012,ana selamat tiba di USM.. Terima kash buat keluarga ana yang sanggup menghantar ana pulang..Terima kasih ayahanda dan bonda..Pelbagai rasa yang bercampur dalam hati..Takut+Gelisah+gembira+sedih dan yang paling kritikal ialah "homesick".. Walaupun sudah dua tahun ana bergelar mahasiswi USM,namun penyakit ini sukar untuk diubati.. Rindu bertamu di hati ..Teringat keluarga yang ditinggalkan di kampung..Alangkah sedihnya ..Namun, ana mesti kuat dan tabah untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran demi mencapai segulung ijazah..Ingin ana hadiahkan kejayaan buat keluarga ana terutama ayahanda dan bonda.. Permata hati..

Sudah semester empat..Cepat masa berlalu..Paper yang ana ambil semester ini sukar..Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku..Hanya padaMu tempat ana bergantung harap..Hanya padaMu tempat ana mengadu..Alhamdulillah,hubungan bersama sahabat-sahabat kian akrab.. Hidup ana ceria dengan sahabat-sahabat yang sentiasa memberikan kata-kata semangat kepada ana..Alhamdulillah.. Ana bersyukur kerana mendapat sahabat-sahabat yang sangat baik..

Dalam meniti arus kampus,hati ana tetap terusik..Masyaallah,begitu berat dugaan Allah tetapi ana cuba sedaya upaya untuk kuat dan tabah..Pada Allah,ana mengadu..Sukar untuk ana fahami.. Kadang kala,ana rasa putus asa tetapi ayahanda dan bonda penguat ana..Ujian itu sentiasa membuatkan ana lebih matang untuk menjalani kehidupan seharian.. Sungguh,ana rasa mahu menangis.. Menangis dan menangis..tetapi sampai bila ana harus menangis?? Ana perlu bangkit dan kuatkan hati untuk menempuh hidup yang penuh ranjau dan duri..

Sebenarnya,ana sedar bahawa ana sepatutnya bersyukur..Kenapa ana cakap sedemikian..?? Kerana ujian itu tanda kasih sayang Allah buat hambaNya..Ana adalah insan yang terpilih untuk Allah uji.. Beruntungkan ana??? Alhamdulillah..suatu hakikat yang membuatkan ana tersenyum.. Allah mahu sediakan pelangi yang indah setelah hujan turun..Cantikkan pelangi??

Ana ingat kepada sahabat ana..Sungguh ana ingat..Adakah sahabat ana ingat ana? Hanya Allah yang Maha Mengetahui..Ana sediakan sesuatu buat sahabat ana..Sekalung doa yang ikhlas dari hati ana.. Biarpun ana tidak bersua muka..namun kalungan doa tetap mesra buatnya..Sememangnya hati itu tidak akan berubah..

Alhamdulillah,sudah ramai sahabat ana yang mendirikan masjid..Ana tumpang gembira buat mereka.. Sering kali soalan cepu mas diajukan buat ana terutama bila ana balik kampung.. Ana mampu tersenyum dan memberitahu jodoh itu rahsia Allah.. Allah adalah penentu yang terbaik..Insyaallah bila tiba waktu dan saatnya,giliran ana pasti tiba..Dengan siapa,bila ? Itu semua rahsia Allah.. Sekarang,ana perlu mempersiapakan diri dengan sebaiknya agar dapat menjadi zaujah yang solehah.. Dapat menenangkan hati zauj ana..Bukan mudah untuk mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental.. Ana mahu menjadi kebanggaan zauj ana.. Insyaallah.. Walau apa pun, ana berdoa agar mendapat zauj yang soleh agar dapat membimbing ana ke jalan yang diredhai..Insyaallah..

Kehidupan di alam kampus sememangnya memberikan ana erti perjuangan,pengorbanan,dan semangat setia kawan.. Ana perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh agar mendapat kecemerlangan di dunia dan di akhirat..Insyaallah..Setakat ini dahulu coretan ana buat kali ini.. 

Wassalam..

No comments: