Saturday, February 25, 2012

~ NoTa HaTi ~



Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah izin-Nya kita dapat melihat kebesaran Allah yang luas terbentang ini..Alhamdulillah..Ana panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Tuhan Semesta Alam.. Allah masih memberikan nikmat sihat,nikmat kecukupan dalam kehidupan dan pelbagai nikmat lagi..Walaupun kita ini sering lalai dan leka dengan keindahan duniawi,Allah masih mengurniakan nikmat yang tidak terhitung kepada kita..Sayangnya Allah pada hamba-Nya..Oleh itu,kita hendaklah bersyukur dan berterima kasih kepadaNya..Kita hanya makhluk yang lemah serta dhaif,hanya kepada-Nyalah kita berserah
dan bergantung harap..




Kadang kala bila kita terleka,Allah hadiahkan dugaan dan cubaan..Masyaallah,terasa perit dan sakitnya bila ujian Allah menimpa..Dugaan dan cubaan itu sebenarnya tanda kasih sayang Allah..Allah menghadiahkan kita dugaan itu kerana ingin menyedarkan kita tentang kekuasaan-Nya..Allah mencintai hamba-Nya yang merintih dan memohon pertolongan Allah dengan sepenuh hati..Bila kita ditimpa ujian,kita mempertingkat doa dan memohon bantuan-Nya..Titis air mata membasahi pipi..Menyedari diri hamba yang hina serta terpalit dosa.. Kita tidak mampu berbuat apa-apa tanpa-Nya..Semua yang berlaku di atas kehendak-Nya.. Kita perlu pasrah dan redha.. Setiap apa yang berlaku kepada kita pasti ada hikmah-Nya..Jangan sesekali menyalahkan takdir yang menimpa kerana Allah itu Maha Mengetahui..Dia tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya..

Allah itu pengatur yang terbaik..Manusia hanya boleh merancang tetapi Allah yang menentukan..Apabila sesuatu rencana kita tidak menjadi,pasti ada sebabnya..Allah itu menyediakan yang terbaik buat kita.. Walaupun ujian dan dugaan yang mendatang,tetapkanlah hatimu di jalan Allah..Allah sentiasa ada bersamamu... Biar apa jua keadaan,Dia pasti ada untukmu..Allah tidak akan turunkan sesuatu dugaan atau ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hamba-Nya..Apabila kita berasa  nasib kita sangat teruk,palinglah dan lihatlah masih banyak orang yang lebih teruk nasibnya daripadamu..Bersyukurlah di atas segalanya..

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.            [Al-Baqarah: 286]

Selain itu,Allah juga turunkan ujian dan dugaan untuk menguji keimanan hamba-Nya..Kita akan lebih mendekatkan diri kepada Allah bagi menghadapi ujian-Nya..Kadangkala kita berasa kita sudah cukup kuat untuk menghadapi dugaan yang Allah turunkan namun kadangkala kita sangat lemah..Sangat dhaif untuk menelan segala keperitan ..Namun,kita jangan lupa Allah sentiasa ada untuk kita ..Berdoalah kepada-Nya..
Insyaallah Dia akan mengabulkan permintaan hamba-Nya..Ikhlaskan diri menerima takdir yang menimpa..

أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]


No comments: