Sunday, April 24, 2011

~ Camar Kelukaan~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t.

Ya Allah,hambaMu bersyukur atas nikmat sihat dan masa lapang... Segala nikmat yang Kau berikan amat ana syukuri.. Alhamdulillah...

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan... Begitu juga kisah ana dengan seorang hamba Allah yang amat bermakna buat ana...Sedih dan terluka amat mendalam buat ana.. Namun, ana harus kuat dan tabah menghadapinya...Insyaallah aturan Allah adalah yang terbaik..

Mengenalinya membuatkan ana rasa bahagia kerana dia seorang yang istimewa... Sentiasa tenang dan tabah menghadapi apa jua situasi... Ana sangat menghormati dan menghargai dia... Kebahagiaan dia merupakan kebahagiaan ana juga...Ana akui ana sukar untuk melupakannya namun ana berdoa agar hati ini mampu berbuat sedemikian...Ana akan cuba menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti agar dapat melupakan bayangan dia...

Bagaimanakah harus ana menghadapi dugaan ini ? Basuhilah diri dengan air wudhuk, solat dan basahkan bibir dengan zikrullah...Al-Quran akan kujadikan nadi hidupku.. Allah tidak akan timpakan dugaan yang hamabaNya tidak mampu hadapi...Ingat keluarga yang banyak memberi dorongan dan semangat serta kawan-kawan yang sentiasa ada di sisi...Tabahkan hati walaupun perit...

Masyaallah tidak sanggup ana untuk menghadapi dia...Semoga dia kuat dan tabah menghadapi dugaan.. Ana tahu dia mampu walaupun pedih dan sakit...Ketahuilah kamu ,ana juga turut alami apa yang kamu rasa tetapi inilah cubaan dan dugaan yang Allah turunkan buat kita...

Bila menyebut namamu,air mata pasti menitis ...Pilunya rasa hati...

Salam Kemaafan..


No comments: