Tuesday, April 26, 2011

~ Titisan Embun Pagi~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah syukur kepada Allah atas segala nikmat dan rahmat daripadaNya...Menjalankan tanggungjawab sebagai hambaNya membuatkan jiwa yang bergelora ini tenang dan damai... Sesungguhnya hanya Dia yang memahami dan mengerti perasaanku tika ini...

Menulis warkah buat tatapan  mak cik amat sukar bagiku..Titisan air mata membasahi pipiku.. Namun, demi kebahagiaan banyak pihak kuteruskan dengan hati yang tabah.. Walaupun air mata ini murah dan mengalir dengan laju,ku usahakan agar penaku menari di atas kertas pilihanku... Mak cik,ketahuilah bahawa diri ini lelah dan pilu...

Mak cik,saya sedaya upaya merungkai persoalan yang timbul buat tatapan mak cik..Ana tak tahu mahu berbuat apa lagi..Dalam warkah itu,ana curahkan segala isi hati ini..Ana harap mak cik memahami hati ini..Bukan sengaja ana berbuat keputusan tersebut... Mak cik,maafkan saya.. Setulus hati saya amat menghargai mak cik...Saya dah anggap mak cik macam emak saya sendiri..

Akhirnya,terhasil satu warkah lengkap buat tatapan mak cik..Mak cik,ana persembahkan surat itu khas untuk mak cik..Ana harap mak cik sudi membacanya dengan ikhlas. Warkah itu hasil luahan hati dan perasaan hati ana yang ikhlas dan tulus..

Mak cik,sebelum ana mengundur diri,ana memohon jutaan ampun dan maaf sekiranya ana melukakan hati mak cik..Sungguh tiada niat di hati ana ingin melukakan hati sesiapa... Salam kemaafan daripada ana.. Terima kasih kerana sudi membahagiakan ana..


No comments: