Thursday, April 28, 2011

~ Jiwaku Berbicara~

      Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t.

Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah izinNya dapat juga ana berceloteh dalam blog ana ini.. Ana bersyukur kepada Allah S.W.T kerana diberi ruang dan peluang untuk ana bertemu dengan ayahanda dan bonda ana..

Ana berasa sangat gembira dapat berjumpa ayahanda dan bonda.. Perjalanan yang jauh dirasakan dekat apabila hati ini meronta-ronta untuk bertemu ayahanda dan bonda.. Bas mula bergerak dari Sungai Nibong pada pukul 6.40 petang...Balik bersendirian membuatkan hatiku  berdegup kencang... Namun,ana yakin Allah selalu bersama hambaNya...

Apabila sampai di sempadan Kedah-Perlis, UPP telah menjalankan pemeriksaan.Pertama kali ana perlu menunjukkan kad pengenalan kepada pegawai mereka...Setelah selesai pemeriksaan,bas meneruskan perjalanan seperti biasa... Pada detik 9.40 malam,ana telah menjejakkan kaki di bumi kelahiran ana... Syukur alhamdulillah... Menunggu ayahanda dan bonda di stesyen bas juga membuatkan ana berasa takut kerana ana hanya berseorangan..Hanya Allah yang mengetahui degupan jantungku berlari dengan pantas...

Hati ini berasa tidak tenang...Memikirkan pelbagai persoalan yang kian timbul di benak hatiku.. Ana mengingati seseorang.. Sungguh ana tidak mampu untuk menghilangkan bayangannya... Ya Allah,bantulah hambaMu... Jika ini yang terbaik buat hambaMu ini,bantulah hambaMu ini... Air mata ini murah sekali menitis di pipi.... Ana malu dengan apa yang berlaku pada ana... Semakin ana cuba melupakan,semakin hampir bayangan itu menghampiri...

Ana tidak mampu berbuat melainkan merintih padaNya... Dia yang mendengar jeritan hatiku dan Maha Mengetahui... Duhai Tuhan yang membolak-balikkan hati, ana berserah padaMu ... Ana malu padaMu ya Allah...Ana hambaMu yang lemah...Masyaallah... Bisikan Nuraniku, Allah itu sentiasa berada bersama hambaNya...Kuatkan semangat dan tenangkan fikiranmu... Insyaallah pasti ada jalan penyelesaiannya..

BismillahitawakaltualaAllah.....

No comments: