Tuesday, April 26, 2011

~ Psikologi Cinta~

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum w.b.t.

PERLUKAH CINTA ?

Cinta adalah fitrah semula jadi yang dianugerahkan oleh Allah kepada manusia malah cinta juga wujud di dalam kalangan haiwan,dan makhluk-Nya yang lain. Cinta yang didambakan adalah cinta yang merangsang perasaan,menaikkan semangat perjuangan dan memberi makna dalam kehidupan. Cinta yang diperlukan adalah cinta yang menguatkan bukan melemahkan,cinta yang menyucikan perasaan dan kehormatan,bukan mengotorkan dan merosakkannya.Semangat untuk bangkit diperolehi melalui cinta tulus yang sentiasa subur menuju ke arah penyempurnaannya..

Kata-kata cinta itu buta adalah frasa yang mampu mencemarkan kemuliaan cinta.Hal ini kerana terdapat cinta yang menjadikan pengamalnya tidak dapat melihat kebenaran dan hakikat kehidupan yang sebenar. Dia mudah terjerumus ke dalam kancah maksiat.Cinta yang berlandaskan ilmu adalah sebaik-baiknya kerana mampu menjadi cahaya penyuluh kehidupan ,yang menunjukkan kebenaran,keadilan dan keamanan.

APA KATA PAKAR MENGENAI CINTA

Robert J. Sternberg menyatakan cinta berpaksi kepada tiga unsur penting iaitu keintiman,nafsu ,dan komitmen.Sigmund Freud pula membayangkan cinta sebagai rangkaian kehendak seksual yang tidak dipenuhi sepenuhnya atau sublimated sexuality.Theodore Reik melihat cinta sebagai perkara yang terbit lantaran rasa tidak puas hati kepada diri sendiri dan bahagian yang diperolehinya dalam kehidupan. Erich Fromm melihat cinta sebagai unsur yang terbit daripada perasaan mengambil berat dan bertanggungjawab,hormat dan mengambil tahu mengenai keadaan orang lain.

Pakar psikologi cinta Islam pula menjalankan kajian mengenai cinta berlandaskan wahyu yang diturunkan oleh Allah.Cinta yang digambarkan dalam kebanyakan  ayat-ayat Quran dan hadis Rasulullah didapati sebagai cinta yang mempunyai pelbagai versi ,tujuan dan matlamat .Cinta tidak hanya dipandang sebagai hubungan sesama manusia sahaja tetapi melibatkan hubungan dengan Tuhan,perbuatan dan seluruh kehidupan manusia.

( Dipetik daripada Psikologi Cinta)
* Dr Mohd Fadzilah Kamsah*
* Syaidatun Nazirah Abu Zahrin *

No comments: