Wednesday, July 6, 2011

~ gelaGat aDik-aDikku~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t.

Syukur alhamdulillah kepada Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang kerana masih memberikan peluang kepada hambaMu ini untuk terus bernafas sehingga ke hari ini..

Hari ini ana ingin menceritakan sedikit pengalaman yang lucu dalam hidup ana...Kejadian itu berlaku pada hari ini..

SITUASI A

S 1 - Kakak,belanja!!!
Ana - Tiap-tiap hari belanja ye...Hurmm..Lama-lama nipislah duit akak.. ( dalam nada gurauan)
S 1- Alaaaa..akak..Boleh lah...
S 1 pun membayar harga dua bungkus keropok yang berharga RM 0.60 dengan duit kertas bernilai RM 1..
S 1- Akak..ambiklah duet ini..
Ana : Okay mai lah..
S 1 dan Ana lawan tarik duit..
Akhirnya ana dapat duit tersebut..
Ana : Keep the change ye..Hihihi..
S 1- Mana boleh akak...Owwwhhh..
Ana : Tak apa lah buat amal kebajikan..Hehehe..
S 1 mengambil duit baki di dalam kotak duit syiling ...
S 1 mengambil duit baki RM 0.70
Ana pun ingin mengambil duit baki yang S 1 ambil
S 2 Amboihhh ,sehati sejiwa ahh mereka..Tak boleh berpisah dengan akak...
Ana hanya mampu tersenyum..

SITUASI 2

P 1 Assalamualaikum akak...
Ana : Wassalam w.b.t.
P 2 : hai akak..
Ana : Hai..
P 1: Sambil melihat ana...Akak,akak dah kawen?
Ana: Kenapa tanya soalan macam tu?
P 2: Entah..apa lah..
P 1 : Akak dah tunang?
Ana tersenyum mendengar soalan yang diajukan kepada ana...
P 2: Hang tengok kat jari akak tu ada cincin tak? Kalau tak ada tu single lagi lah tu..
P 1 : Tak ada pun...Ada can lah...
Ana : Klau pakai cincin tu tanda dah berpunya ye?
P 2: kalau pakai tu ada orang tanda dah..
Ana : Can apa?
P 1 : Ngorat akak..
Ana gelak sepuas-puasnya..Lawak betul adik-adik nih..
P 2 : Hang tak da peluang arhh..Akak pun tak mahu dekat hang...

SITUASI 3

P 1 : Hai akak...
Ana: Assalamualaikum..hai...
P 1: Saja mai nak menyembang ngan akak
Ana: Tak ada cikgu ke? Akak takut cikgu disiplin marah nanti.
P 1 : Cikgu tak masuk pun..Boringlah akak..Kami nak dok kat sinilah..
Ana : Boleh,tapi akak takut cikgu marah nanti
P 1: Akak,akak umur berapa??
Ana : Cuba teka ??
P 1 :23
Ana : Salah..
P2 : 20
Ana: salah..cuba teka..siapa pandai teka..
P 1: Tak larat nak teka dah akak..Akak ni main teka teki pulak..
Ana : Akak sahaja mahu menguji minda adik-adik..Jangan marah ye..
P 2: 21 kowt akak...
Ana : Pandainya adik teka..
P 2- Tengoklah siapa yang teka..
P 1 : Akak,nak tanya nih..
Ana: Tanyalah adik,jangan malu2..
P 1: Akak ada pakwe dah?
Ana: Kenapa adik tanya macam tu?
P 1 : Saja tanya akak..
Ana : Siapalah yang mahukan akak ni dik..Akak banyak sangat kelemahan...
P 2 : Kenapa akak cakap macam tu?
Ana: Sebagai hamba Allah yang lemah,akak ada banyak buat salah dan silap..

Kadang-kadang adik-adik ini membuatkan ana runsing..Kadang-kadang adik-adik ini jugalah pengubat jiwaku yang lara..Gelaran untuk ana

~  Kakak dua ribu
~ Kakak suka gelak...

Ada adik-adik sengaja buat  ana gelak sebab ana gelak lawak..Macam-macam kenangan bersama kalian yang akan tersimpan di dalam memori akak..Good Luck buat adik-adikku..

Tuesday, July 5, 2011

~ Cebisan Kenangan ~

ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga
meski pun kini kita terpisah demi kasih-Nya
namun cebisan kenangan kita
sentiasa bermain di bayangan mata
detik waktu yg berlalu
menjadi memori kau dan aku

sewaktu kita bersama saling setia menimba ilmu
tanpa mengeal erti penat jemu
igatkah kau lagi
kita bersama memijak onak duri
ditanah gersang mengutip semangat suci
kini segalanya tersurat dalam sanubari

bersabarlah dengan ketetentuan-Nya
ada rahmat yg tersembunyi
bertemu berpisah kerana Allah
lumrah kehidupan insan beriman
moga saat nan indah
ku harap berulang lagi

~ Hikayat Cinta Adam dan Hawa ~

Alunan puisi rindu
Yang berlagu di hatimu
Membisikkan rasa sayu
Bait-bait kesepian
Meronakan keresahan
Dambakan seorang teman.

Tika asyik dalam lena
Di hamparan taman syurga
Impianmu menjadi nyata
Dari rusukmu sendiri
Hawa kurniaan Illahi

Tersedar Adam disentuh cinta
Bagai bermimpi tidak percaya

Siapakah gerangan sesuci kejadian
Adam aju pertanyaan
Ku adalah milikimu meraikan fitrahmu
Jawapan Hawa tersipu

Gembira jiwa tidak terhingga
Alhamdulillah

Namun akalmu terhakis
Diracun hasutan iblis
Musuh insan terwaris
Pohon yang jadi larangan
Buahnya jadi santapan
Terbukalah keaiban
Kesalnya atas keterlanjuran
Taubat dipohon kehadrat Illahi

Kami telah menzalimi diri kami sendiri
Andainya kau tak memaafi
Dan juga merahmati kami
Maka jadilah kami
Kalangan orang yang rugi

Ampunkan kami
Kesalahan kami
Nastagfirullah

Adam dan Hawa
Tersingkir ke dunia
Hukuman penebus dosa
Hawa di timur
Adam di barat
Terpisah jauh berdekad

Akhirnya cinta bertaut semula
Di tanah tandus Arafah
Berkat pengorbanan juga keimanan
Bersemi kasih ke Syurga

Tersingkir bukan hanya kifarah
Tapi permulaan kisah khilafah

~ Maafkanku Teman~

Hembusan bayu yang bertiup
Bersama deruan ombak
yang memukul pantai
Hatiku sayu bila mengenangkan
Perpisahan yang tak diundang

Bertahun kita melangkah bersama
Sela cita-cita buat bekalan ke sana
Harapan ayah bonda janji pada agama
Kitakan terus mara biarpun
badai yang datang melanda

Kita hanya mampu berusaha
Hanya Allah menentukannya
segalanya adalah milik-Nya
Dalam berusaha kita diuji
Kekadang tohmah kita dicaci
Diturutkan rasa hati ingin
dilepaskan beban ini

Mujur ada teman membantu
Sokonganmu buat inspirasi
Berpeganglah pada janji
kita yang dibina

Semoga kitakan dirahmati
Oh teman....