Thursday, May 12, 2011

~ Hatiku Berbicara~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t.

Syukur alhamdulillah kerana dengan limpah kurniaNya ana dapat meluahkan rasa hati kian menghimpit ini..Ana tidak tahu untuk meluahkan kepada siapa tentang tekanan yang kian menghempas hatiku...Ana meluahkan rasa hati ini untuk melepaskan sedikit bebanan yang kian menekan jiwaku ini..

Ayahandaku,puas anakanda berlakon di depanmu..Biarlah ayahanda lihat kegembiraan dan keriangan anakanda tetapi dalam hati anakanda hanya Allah yang tahu..Anakanda sangat sedih.. Air mata ini tumpah kerana melihat penderitaanmu wahai ayahandaku.. Anakanda tahu ayahanda cuba berlagak seperti biasa namun anakanda tahu bebanan ayahanda..Anakanda menitis air mata namun cepat-cepat anakanda hapuskan kerana tidak mahu ayahanda melihat mutiara jernih ini mengalir membasahi pipi anakanda..Anakanda mahu ayahanda lihat anakanda penuh dengan senyuman dan tertawa padamu..Bila ayahanda sebut pasal kematian,ayahanda mengguris hati anakanda..Anakanda tidak sanggup mendengar perkataan itu keluar dari bibir ayahanda... tak mahu...Anakanda tahu mati itu pasti ,tetapi tolonglah ayahanda jangan sebut perkataan itu lagi..Sayu hati ini ayahanda...

Ayahandaku,anakanda mahu melihat ayahanda pulih seperti biasa..Mengusik anakanda .. Sungguh anakanda rindu saat-saat itu..Anakanda sayang sangat dekat ayahanda..Anakanda tahu anakanda sukar menuturkan sayang tetapi ketahuilah ayahandaku,anakanda sangat menghargaimu..sangat memerlukanmu..Ayahandaku,ayahanda cuba menyembunyikan kesakitanmu namun sebagai anakmu,anakanda dapat merasakannya.. Anakanda terbayang sewaktu tahun lepas ayahanda berjumpa dengan seseorang di Jitra untuk bagi mempelam harum manis ..Alangkah manis saat itu ayahanda...Ayahandaku,anakanda tahu ayahanda berasa tidak selesa kerana sebelum ini ayahanda tidak tahu penat lelah untuk mencari rezeki buat kita sekeluarga... Sekarang,pergerakanmu terbatas... Sungguh sayu hatiku ini wahai ayahandaku..

Ayahandaku,bila ayahanda pulang dengan membawa sekeping kertas x-ray,hati anakanda berdegup pantas..Entah kenapa hati anakanda berasa tidak sedap hati... Betul sangkaan anakanda namun anakanda cuba berlagak biasa..Bagai empangan yang mahu mengalirkan air tetapi anakanda menahan dari mengalir depan ayahanda.. Anakanda melayan keluarga kita untuk makan tengah hari..Ayahanda bertanya tentang sayur kangkung namun anakanda tidak sediakan.. Anakanda minta maaf.. Anakanda mahu menjaga pemakanan ayahanda... Anakanda tidak betah melihat kesakitan ayahanda..

Ayahandaku,ayahanda menyembunyikan kesakitanmu dari anakandamu ini..Ayahanda berdalih agar anakanda tidak terganggu dalam menghadapi exam...Kenapa ayahanda??? Perkara serius ayahanda sembunyikan dari anakanda...Anakanda sedih bila ayahanda tidak menjemput anakanda pulang...Rupa-rupanya ayahanda sakit...Anakanda berjanji dengan tok untuk jaga tok tetapi anakanda tidak boleh tinggal ayahanda..Anakanda mesti jaga ayahanda dulu..Anakanda ingin melihat ayahanda..Mengucup tanganmu wahai ayahanda... Apabila sampai di rumah, anakanda melihat ayahanda bersusah payah untuk keluar dari rumah..Masyaallah...Ayahandaku, sebak hati ini...Menyambut anakanda pulang...Pilu hatiku...Namun,nanti anakanda akan jaga tok pula...
Anakanda mahu menjaga ayahanda dengan sebaiknya...Insyaallah..Tok juga begitu..

Ayahandaku,anakanda tahu ayahanda kecewa dengan keputusan anakanda pada hari itu.. Ayahanda,maafkan anakanda..Tidak terniat untuk anakanda mengecewakan hati ayahanda.. Anakanda tahu ayahanda mempercayai dia yakin dengan dia..Anakanda serba salah... Anakanda sedih..anakanda buntu..Semuanya sudah jadi bubur ayahanda..Biarlah dia bahagia dengan kehidupannya..Biarlah dia tidak tahu tentang kita ayahanda...Asalkan dia bahagia... Anakanda mengakui bahawa sukarnya anakanda ingin menyisipkan memori anakanda bersamanya... sampai hari ini ayahanda,hati ini masih mengingatinya...Air mata ini mengalir kerananya.. Kenapa ayahandaku??? Kenapa anakanda tidak dapat melupakan seraut wajah itu??? Anakanda mendidik hati ini supaya melupakannya tetapi semakin kerap wajahnya menari di tubir mata anakanda...Kenapa anakanda masih mengharapkan dia duhai ayahanda... Kenapa anakanda menantikannya?? Anakanda tahu anakanda akan kecewa kalau berterusan seperti ini.. Sedangkan dia sedang berbahagia...

Ayahandaku,anakanda seorang yang lemah..Anakanda mohon ampun dan maaf... Anakanda tidak mampu untuk mengusir bayangannya...Anakanda menipu hati anakanda sendiri... Anakanda sering berdoa agar ada jalan penyelesaian yang terbaik...Anakanda berdoa agar ayahanda sembuh dan mendidik anakanda...Anakanda perlukan ayahanda...Anakanda tidak punya teman untuk berbicara lagi...Anakanda mahu ayahanda pulih...Ayahandaku, ayahanda dapat membaca hati anakanda...Ayahanda dan bonda permata anakanda..

Buat ayahandaku yang anakanda rindui selalu,Allah menguji kita kerana Allah tahu kita mampu menghadapinya..Kita insan bertuah wahai ayahanda kerana kita insan terpilih untuk diuji.. Ujian dan dugaan itu tandanya kasih sayang Allah..CintaNya pada hambaNya..Marilah kita sama-sama bersyukur atas segala limpah kurniaNya kepada kita.. Kita sama-sama berdoa agar ayahanda pulih seperti biasa ...Ayahanda yang suka mengusik anak-anaknya..Anakanda berjanji akan menjaga ayahanda dengan sebaiknya..Insyaallah...Anakanda akan menjaga makan minum ayahanda.. Anakanda tidak akan bekerja kerana apa yang lebih penting ialah kesihatan ayahanda..Biarlah anakanda berkorban demi ayahanda dan keluarga... Anakanda harap ayahanda dan keluarga tidak kisah kalau anakanda masak tidak sedap kerana anakanda masih dalam proses belajar..

Ayahandaku,semoga cepat sembuh..Jaga diri..Anakanda amat hargai keluarga kita..

Wednesday, May 11, 2011

~ Istikharah Cinta~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t.

Syukur ke hadrat Illahi atas segala kurniaannya..

Lagu ini amat menyentuh jiwa ana..Air mata akan mengalir bila ana mendengar lagu ini..Ada kenangan di sebalik lagu ini..Ya Allah,kuatkanlah hatiku...Hanya untuk kamu..

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..


Tuesday, May 10, 2011

~ KenaNgan BertauT~

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t.

Segala puji pujian hanya bagi Allah...Terima kasih ya Allah atas nikmat yang telah Allah berikan padaku.. Tidak terhitung dan besarnya nikmatmu buatku... Hanya Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Penyayang..

Sejak kebelakangan ini,hati ini berasa tidak tenang...Bagai ombak yang menghempas badai hatiku..Masyaallah..Sungguh berat ujian hati...Sungguh ana cuba melupakan wajah seseorang yang amat bermakna buat ana tetapi semakin kerap wajahnya muncul di layar mata ana...Air mata ini bagai empangan yang sudah kekeringan air.. Ana malu ..malu hanya Allah sahaja yang tahu..

Sungguh payah untuk memlupakan seraut wajah itu...Ana dihambat rasa bersalah namun ana tahu semakin ana berada di sisinya,hati ini makin parah... Ya Allah, bantulah hambaMu ini..Berikanlah jawapan bagi setiap persoalanku... Ana dihambat rasa bersalah...Masyaallah..

Duhai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,hambaMu yang lemah ini memohon berikanlah ketenangan hati..Berikanlah rahmat dan magfirahMu... Selimutilah ana dengan cinta dan kasih sayangMu...Kuatkanlah hambaMu ini... Hulurkanlah segenggam ketabahan padaku Ya Allah...

Ya Allah ,lindungilah dia walau di mana sahaja dia berada..Jagalah imannya padaMu ya Allah..Berikanlah ketabahan dan kekuatan padanya... Lindungilah dia dan keluarganya ya Allah... HambaMu memohon rahmatilah dan berikan kebahagiaan padanya... HambaMu ini hanya mampu berdoa dari kejauhan...

Ana yakin dia sedang berbahagia...Mungkin dia sudah berjaya melupakan ana... Ana turut bahagia bagi pihaknya..Kebahagiaan dia merupakan kebahagiaan ana juga.. Sesungguhnya kita hanya mampu merancang tetapi hanya Allah yang menentukan.. Segala yang terjadi pasti ada hikmahnya..Perancangan Allah adalah yang terbaik..

Salam kemaafan..