Wednesday, June 22, 2011

~ PeSaNaN Al- SahraWaRDi kEpaDa AnaknYa..~

~ wahai anakku,tiadalah akal bagi orang yang memungkiri janji
~ tiadalah maruah bagi orang yang tidak jujur
~ tiadalah ilmu bagi yang tidak berminat
~ tiadalah taubat bagi orang yang tidak mendapat taufik daripada Allah
~ tiadalah kekayaan yang lebih besar nilainya dari ilmu
~ tiadalah harta yang lebih bernilai daripada sikap lemah lembut
~ tiadalah kedudukan yang lebih tinggi daripada adab sopan
~ tiadalah teman yang paling cekap daripada akal
~ tiadalah bukti yang lebih terang daripada mati
~ tiadalah kemuliaan yang lebih tinggi daripada meninggalkan maksiat
~ tiadalah beban yang lebih berat daripada hutang
~ tiadalah ibadah yang lebih baik daripada diam sambil berfikir
~ tiadalah kejahatan yang lebih dasyat daripada dusta
~ tiadalah kemiskinan yang lebih dasyat daripada kejahilan
~ tiadalah kehinaan yang melebihi tamak
~ tiadalah sesuatu yang lebih baik daripada sifat qana”ah

~ InSaN BerNaMa WaNiTa~

Dalam kegelapan, ada sinaran-Nya.Dalam kealpaan,ada ingatan-Nya.Dalam kedukaan,ada kebaikan-Nya.Dalam perjuangan,ada pengorbanan-Nya dan dalam menempuhi hidup ini,ingatlah tiada yang lebih berharga dari ingatan kita kepada Pencipta.Berdoalah semoga jalan yang ditujui kekal dalam lindungan dan Hidayah-Nya”.
Wahai insan yang bernama wanita…
Alangkah mulianya peribadimu…penuh kelembutan dan dihiasi sifat keibuan. Wahai wanita, jalan kehidupanmu dipenuhi ranjau yang berliku dan onak yang berduri.Namun, janganlah dikesali dan ditangisi kerana hidup adalah satu perjuangan yang perlu engkau teruskan. Janganlah sia-siakan masamu yang semakin berharga kerana hidup ini hanyalah sekali.Tancapkan keazaman dan nekad yang membara dalam sanubari agar jiwamu tidak goyah dengan tipudaya duniawi.Sematkan benteng keimanan dan nur ketakwaan agar menjadi pagar yang memayungi diri dari terjerumus ke lembah kebinasaan..
Wahai insan yang bernama wanita…
Akurlah dirimu pada suratan takdir Yang Maha Esa.Jangan disesalkan andai kau diterjah dengan pelbagai ujian dan cubaan. Ingatlah, itu adalah tanda kasih dan sayang Ilahi yang tak bertepi terhadapmu.Diturunkan ujian untuk menemani perjalanan hidupmu dan dikirimkan kedukaan agar engkau lebih mengerti bahawa hidup ini bukanlah untuk kesenangan dan kegembiraan sepanjang masa.Akan tiba waktunya di mana engkau akan menemui kenikmatan dari kesengsaraan dan kedukaan yang dialami.Kenikmatan yang akan mengingatkanmu bahawa engkau adalah insan pilihan yang diberi sepenuh kepercayaan untuk memikul tanggungjawab yang diberi sebagai seorang mujahidah..insan pilihan untuk ditempatkan bersama kekasih-kekasih Allah S.W.T. sekiranya engkau redha dengan ujan yang diberi dan tidak lalai dari menunaikan amanah yang diberi.Wahai insan yang bergelar wanita, sedarlah..tiada jalan mudah mengecap kebahagiaan,dan tiada jalan mudah untuk setiap perjuangan.Aturkanlah langkahmu kehadapan dan seiringkan nawaitu yang satu,semoga engkau mampu meredah kehidupan ini dan selamat tiba ke destinasi penghujungnya tanpa meninggalkan cebisan dosa dan noda yang mampu menggugat dan membakar imanmu..
Wahai insan bernama wanita…
Seandainya langkahmu tersasar di persimpangan, kembali dan sujudlah ke pangkuan Ilahi.Basuhlah dan siramilah dosa-dosa lalu dengan penyesalan setinggi gunung dan taubat nasuha dengan seikhlas hati. Ingatlah kecintaan Allah kepada hamba-Nya tidak bertepi..Selagi pintu taubat terbuka, selagi itulah dosa-dosa hambanya diampunkan berkat kasih dan sayang kepada umatnya.Ingatlah, manusia tidak dapat lari dari membuat kesilapan.Justeru,taburkan benih-benih keinsafan agar menjalar dan menjadi rimbun ketakwaan, yang memutikkan bunga-bunga Nur Hidayah-Nya, yang membuahkan gugusan keimanan dan menerbitkan daun-daun keinsafan terhadap keagungan cinta Ilahi…Sedarlah, hidup tiada makna andai kau biarkan dirimu dilambung ombak yang menghempas tiada erti dan kau hanyutkan dirimu dalam keseronokan dunia ini.Ingatlah keseronokan dunia hanyalah sementara dan akhirat jualah jalan penyudahnya…Semoga berbahagia wahai insan bergelar wanita

~ Di Antara Dua Tangisan ~

AIR MATA ada kalanya penyubur hati, penawar duka dan ada kalanya ia menjadi buih kekecewaan yang menghimpit perasaan dan kehidupan ini. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor yang berlimpahan. Namun setitis air mata kerana takut kepada ALLAH SWT persis perata indah yang bergemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru. Penghuni syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata demi ALLAH SWT dan RasulNya, bukan semata-mata kerana harta dan kedudukan serta hal duniawi. Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat pula menangis kerana dunia yang datang. Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil… alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan (pemuja dunia). Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung akhirat yang dirasakan dekat, mengalirlah air mata keinsafan mengharap kemenangan serta rindu akan RasulNya.
“Penghuni syurga itulah orang-orang yang menang.” (al-Hasr:20)

Tangis adalah basahan hidup. Justeru, hidup dimulakan dengan tangis, dicela oleh tangis dan diakhiri dengan tangis.. Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sabda Rasulullah SAW, “Ada titis yang ALLAH SWT cintai, pertama
Nabi Muhammad SAW bersabda lagi, “Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH kasihi daripada tasbih para wali.” Oleh itu, berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang membawa bahagia untuk selamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosanya adalah lebih baik daripada seorang ‘abid. Nabi Muhammad SAW bersabda, “Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.” Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulama’ dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya. Nabi Muhammad SAW bersabda “Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.”
Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal, bimbang tidak diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar kita kosong daripada amalan. Lupakah kita? Sabda Nabi SAW, “Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis.” Kita gembira jika apa-apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau apa yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.
Namun ALLAH SWT telah berfirman,
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH SWT mengetahui sedangkan kamu tidak.” (al-Baqarah:216)

Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak dikemudian hari kerana engkau belum tahu nasibmu dihisab kanan atau hisab kiri. Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, meyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafa’at Rasulullah SWT yang dikasihi Tuhan.
Kenangilah sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menagis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat. Menagislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata, “Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu. “Menangis Ummu Sulaim apabila ditanya, “Kenapa engkau menangis?” Jawabnya, “Aku tidak mempunyai anak lagi untuk ku kirimkan ke medan perang.” Menangislah seperti Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya memandang langit seumur hidup, lalu berkata, “Engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu.”
Ibnu Mas’ud r.a berkata, “Seseorang yang mengerti al-Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur , dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya diwaktu orang lain ketawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusyuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al-Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai bersuara keras dan marah.” Tanyakan kepada orang-orang yang soleh mengapa tidak berhibur. “Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur dihadapan kami dan perhentian kami ialah ALLAH SWT”
titisan darah para syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH SWT.” Seseorang Hukama pernah bersyair, “Aku hairan dan terperanjat melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan.”

~ MiMPi Rasulullah~

Mimpi adalah sesuatu yang sering dialami oleh setiap manusia terutamanya di waktu sedang tidur. Adakala mimpi itu buruk dan ada pula yang baik. Apabila bermimpi sesuatu yang baik seperti sedang membaca Al-Quran,solat, disanjung orang dan seumpamanya, ucapkanlah syukur dan memuji Tuhan. Sebaliknya jika ia mengerikan dan menakutkan sehingga membuat kita keluh kesah, segeralah mengucap istighfar dan memohon keampunan kepada Allah SWT. Kadang-kadang mimpi itu akan menjadi kenyataan dan kadang-kadang ianya hanyalah mainan tidur. Ulama-ulama dan wali Allah sering dapat melihat alam ghaib seperti suasana di dalam kubur (seksa dan nikmat) melalui mimpi. Petikan dari sebuah hadis yang telah disebut oleh Imam As Sayuthi, Al Tabrani,Al Hakim At Termizi dan Al Isfahani dalam kitab mereka yang bermaksud:
1) Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi yang ajaib malam kelmarin. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh Malaikat Maut untuk mengambil nyawa, maka malaikat itu telah terhalang oleh ketaatannya kepada kedua ibu bapanya.
2) Aku melihat juga seorang dari umatku telah disediakan untuk menerima seksa kubur, maka dia telah diselamatkan oleh kesan wuduknya.
 3) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan, maka ia telah dibebaskan dari bahayanya oleh berkat zikrullah.
4) Aku melihat juga seorang dari umatku diseret oleh Malaikat Azab maka segera muncul solatnya serta melepaskannya dari azab tersebut.
 5) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang ditimpa dahaga yang teramat sangat, setiap ia mendatangi sesuatu perigi, dihalang untuk meminumnya, maka segera datang puasanya serta memberinya minum hingga ia merasa puas.
6) Aku melihat juga seorang dari umatku yang mengunjungi kumpulan para nabi, yang ketika itu sedang duduk berkumpul-kumpul, setiap kali dia mendekati mereka, dia diusir dari situ, maka menjelmalah mandi junubnya sambil memimpinnya ke kumpulan itu seraya menunjukkan supaya duduk di sisiku.
7) Aku melihat juga seorang dari umatku dikabusi oleh suasana gelap, di hadapannya gelap, di kanannya gelap, di kirinya gelap, di atasnya gelap, di bawahnya juga gelap, sedang ia dalam keadaan bingung. Maka datanglah pahala haji dan umrahnya, lalu mengeluarkan dari suasana gelap-gelita itu lalu memasukkannya ke dalam suasana terang-benderang. 8)
8) Aku melihat juga seorang dari umatku berbicara kepada Mukminin, akan tetapi tidak seorang pun dari mereka yang mahu berbicara dengannya, maka menjelmalah silaturrahimnya seraya menyeru orang-orang itu, katanya:“Wahai kaum Mukminin sambutlah bicaranya,” lalu mereka pun berbicaralah dengannya.
9) Aku melihat seorang dari umatku sedang menepis-nepis bahang api dan percikannya dari mukanya, maka segera datanglah pahala sedekahnya lalu melindungi muka dan kepalanya dari bahaya api itu.
10) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang diseret oleh Malaikat Zabaniah ke merata tempat, maka menjelmalah Amar Makruf dan Nahimunkar seraya menyelamatnya dari cengkaman neraka serta menyerahkannya pula kepada Malaikat Rahmat.
 11) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang merangkak-rangkak, antaranya dengan Tuhan dipasang tabir, maka menjelmalah budi pekerti seraya memimpinnya sehingga dibuka pemisah tadi dan masuklah ia ke hadrat Allah Taala.
 12) Aku melihat juga seorang dari umatku terheret ke sebelah kiri oleh buku catatannya, maka menjelmalah perasaan kepada Allah menukarkan tujuan buku catatan itu ke arah kanan.
 13) Aku melihat juga seorang dari umatku terangkat timbangannya, maka menjelmalah anak-anaknya yang meninggal sewaktu kecil lalu menekan timbangan itu sehingga menjadi berat.
14) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang berdiri di pinggir Jahanam, maka menjelmalah perasaan gerunnya terhadap seksa Allah Taala lalu membawa jauh dari tempat itu.
15) Aku melihat juga seorang dari umatku terjerumus ke dalam api neraka, maka datanglah air matanya yang mengalir kerana takut kepada Allah Taala lalu menyelamatkanya dari api neraka itu.
16) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang meniti sirat manakala seluruh tubuhnya bergoncang seperti bergoncangnya dedaun yang ditiup angin, maka menjelmalah baik sangkanya terhadap Allah Taala lalu mententeramkan kegoncangan itu lalu dengan mudah meniti hingga ke hujung titian itu.
 17) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang meniti atas titian sirat, kadangkala ia merangkak dan kadangkala ia meniarap, maka menjelmalah solat menyeru kepadaku lalu aku memimpin tangannya dan mengajaknya berdiri dan meniti hingga ke penghujung titian itu.
18) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang hampir tiba di pintu syurga, tiba-tiba pintu-pintunya ditutup, maka menjelmalah penyaksiannya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah lalu membukakan pintu-pintu syurga itu untuknya sehingga ia boleh memasukinya.
 19) Aku melihat ada ramai orang yang digunting-gunting lidahnya, maka aku bertanya kepada Jibril siapakah mereka itu, maka Jibril menjawab:“Mereka itulah orang-orang yang suka ‘membawa mulut’ ke sana ke mari.”
20) Aku melihat juga orang-orang yang digantung dengan lidah-lidah mereka, maka aku bertanya Jibril siapakah mereka itu, maka Jibril menjawab: “Mereka itulah orang-orang yang melempar tuduhan terhadap kaum Mukminin dan Mukminat dengan tuduhan tanpa bukti dan palsu.”

~ MuSLiMaH IdaMaN~

muslimah idaman,,,
yang hatinya disalut taqwa kepada Allah
yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
yang sentiasa haus dengan ilmu
yang sentiasa dahaga akan pahala
yang solatnya maruah dirinya
yang tidak pernah takut untuk berkata benar
yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
yang sentiasa bersama kumpulan orang orang berjuang di jalan Allah
muslimah ialah…yang menjaga tutur katanya
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
yang mempunyai ramai kawan
dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang
muslimah idaman ialah…wanita yang menghormati ibunya
yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarga
yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
yang akan mendidik suami dan anak-anak mendalami islam
yang mengamalkan hidup penuh sederhana
kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat
muslimah idaman adalah yang sentiasa bersedia untuk menjadi insan
yang hidup dibawah naungan al quran dan mencontohi sahabiyyat…
yang boleh diajak berbincang dan berbicara
yang menjaga matanya dari berbelanja
yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya
wanita idaman lelaki ialah…tidak pernah membazirkan masa
matanya kepenatan kerana penat membaca
suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
tidurnya lena dengan cahaya keimanan
bangunnya subuh penuh kecergasan
kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan
muslimah idaman…ialah yang sentiasa mengingati mati
yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian
muslimah idaman….
yang tidak terpesona dengan buaian dunia
kerana dia mengimpikan syurga
di situlah rumah idamannya
jika ada lagi muslimah sebegini..alhamdulillah…
.alangkah bertuah sesiapa yg dapat memiliki hatinya...

Tuesday, June 21, 2011

~ CeTuSaN RaSa~






Alhamdulillah,syukur kepada Allah kerana masih memberikan kesempatan kepada ana untuk bernafas dan terus beribadah kepada Allah S.W.T.  Segala puji- pujian hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam... Hanya kepadaNya kita berserah dan bergantung harap...

Ana berasa bersyukur kerana sering diingatkan oleh Allah dengan ujian yang menimpa diri. Sesungguhnya ujian itu tanda kasih sayang dari Allah...Allah yang Maha Mengetahui segalanya..Tidak Allah timpakan ujian atau dugaan yang tidak mampu ditanggung oleh hambaNya..Syukur atas nikmat ini Ya Allah..Engkau selalu mengingatkanku dengan cabaran yang Engkau turunkan kepadaku agar daku tidak terus lena diulit kesenangan duniawi yang sementara ini...Alhamdulillah..

 Ana menghadapi masalah yang amat mencengkan jiwa ana..Baru-baru ini ana mendapat pekerjaan tanpa ana pinta..Ana bekerja di tempat dahulu sebagai pembantu guru di koperasi sekolah. Syukur kepada Allah kerana mendapat pekerjaan ..Ana dapat memegang duit hasil titik peluh ana sendiri..Ana mahu berdikari..  Setiap pekerjaan pasti ada cabarannya yang tersendiri..Ana turut mempunyai cabaran yang tersendiri... Orang mengatakan pekerjaan ini senang tetapi hakikatnya bekerja di koperasi sekolah turut mengundang beberapa masalah yang kian berat dari hari ke hari...

Ana perlu berurusan dengan guru termasuklah guru lelaki..Hal ini yang amat menggusarkan hati ana.. Bos ana sendiri merupakan guru lelaki tetapi ana tidak menghadapi sebarang masalah dengan bos ana..Bos ana selalu keluar dari biliknya jadi ana berasa sangat lega..Ana jadi kekok untuk melakukan sesuatu pekerjaan apabila ada orang yang melihat ana..Ana menjadi risau lantaran ada guru lelaki yang datang koperasi untuk berbual... Masyaallah ana jadi takut dan bimbang..Tambahan pula bila ana perlu menutup pintu koperasi kerana pelajar sering masuk koperasi sewaktu pengajaran dan pembelajaran dijalankan... Ya Allah, selamatkanlah hambaMu ya Allah..Ana menunggu detik untuk berhenti apabila masalah ini timbul.. Ana tidak mahu menjadi fitnah bagi kaum Adam ya Allah..Lindungilah hambaMu dari fitnah dunia ini...Ana takut sekiranya guru-guru lain memandang serong terhadap ana..Ana paling takut kemurkaan Allah...

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya syaitan ada baginya bisikan ke hati anak Adam, dan Malaikat juga ada bisikannya; ada pun bisikan syaitan itu ialah galakannya supaya seseorang melakukan kejahatan dan mendustakan.. kebenaran, dan bisikan Malaikat pula ialah galakannya supaya seseorang mengamalkan kebaikan dan meyakini kebenarannya; oleh itu sesiapa yang terasa bisikan yang baik, maka hendaklah ia mengetahui bahawa perkara itu dari Allah, serta hendaklah ia bersyukur kepada Allah, dan sesiapa yang terasa bisikan yang satu lagi maka hendaklah ia meminta perlindungan Allah dari angkara syaitan."




 
Ibn Mas'ud r.a
 
Duhai adik-adik,gelisah dan bimbang akak dengan adik-adik..Adik-adik masuk berehat di koperasi sewaktu pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan.. Bukan bermaksud akak tidak membenarkan adik-adik memasuki koperasi tetapi adik-adik,akak tidak mahu adik-adik kecewa di kemudian hari..Akak tidak mahu adik-adik mengikut jejak langkah akak apabila tidak dapat melanjutkan pelajarn di menara gading selepas SPM.. Ketika itu hanya Allah yang Maha Mengetahui perasaan akak..Melihat sahabat-sahabat akak menjejakkan kaki ke universiti menimbulkan rasa cemburu di hati akak..Tetapi akak yakin bahawa Allah adalah pengatur kita yang terbaik...Insyaallah ada hikmah di sebaliknya .. AKak gembira kerana akak dapat menyambung pelajaran di tingkatan enam.. Masih ada sinar untuk akak menjejakkan kaki di menara gading..Alhamdulillah dengan izin yang Maha Esa akak berjaya menempatkan diri di menara gading... Kekecewaan ayahanda dan bonda akak akhirnya dapat ditebus..Kekecewaan yang terpamer di wajah ayahanda dan bonda akak adalah pendorong dan motivasi akak...Adik-adik,ketahuilah bahawa setipa ibu bapa ingin melihat kejayaan anak-anak mereka..Marilah kita bersama-sama menghadiahkan kejayaan kepada mereka..Marilah kita sama-sama berusaha agar kebahagiaan sentiasa mengiringi hidup mereka..
 
 
Doa adalah jambatan seorang hamba untuk menyampaikan keinginannya. Namun hendaknya kita tidak hanya meminta sesuatu yang hanya mencakupi urusan dunia semata, melainkan mencakupi urusan dunia dan akhirat sekaligus sebagaimana yang disebutkan dalam al-Quran yang maksudnya:” "Maka di antara manusia ada yang berdoa, 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia'. dan tiadalah baginya kebahagiaan di akhirat. Dan di antara mereka ada yang berdoa, 'Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka.' Mereka itulah orang-orang yang mendapat kebahagiaan dari apa yang mereka usahakan. Dan, Allah sangat cepat perhitungan-Nya." (al- Baqarah : 200-202).
 
Ana bersyukur kerana Allah memberikan yang terbaik buat ana..Ada hikmah di sebalik apa yang terjadi,,,Ana berasa bersyukur dapat belajar di tingkatan enam.. Pelbagai pengalaman manis dan pahit ana tempuhi..Ana mendapat sahabat yang benar-benar baik..Walaupun kami berbeza karakter tetapi kami boleh menjadi sahabat baik.. Ana dapat menceburi bidang yang ana minat..Alhamdulillah..Impian ana untuk menjadi seorang guru bakal tercapai..Insyaallah dengan izinNya..Pada mulanya banyak pihak yang menyokong dan ada pula yang bertanya tentang bidang yang ana ceburi iaitu Pendidikan Khas..Banyak orang memandang rendah terhadap kos yang ana ambil.. Tetapi ketahuilah kalian bahawa bidang ini amat membahagiakan ana.. Bersama orang kelainan upaya memberikan banyak pengalaman manis buat ana.. Jangan memandang rendah terhadap golongan ini kerana mereka adalah permata sebenarnya..Bersabarlah ibu dan ayah yang mempunyai anak kurang upaya ..Mereka mungkin memerlukan tumpuan yang lebih..Mereka adalah ahli syurga yang bakal menarik ibu bapa mereka.. Mengajar golongan ini memerlukan kesabaran yang tinggi namun apabila mereka dapat menguasai sesuatu perkara baru,guru tersebut akan mendapat kepuasan yang tidak terhingga..Ibu bapa akan berterima kasih kepada guru... Mendidik kesabaran dalam jiwa bagai siraman salju ... Bonda ana mengatakan bahawa kos ini amat sesuai dan sebati dengan jiwa ana..Ana yang sangat menyayangi kanak-kanak...Ana rasa sangat bersyukur... Itulah hikmah yang tersembunyi di sebalik kekecewaan ana dalam SPM..
 
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut.”
 
Riwayat al-Hakim