Wednesday, June 22, 2011

~ InSaN BerNaMa WaNiTa~

Dalam kegelapan, ada sinaran-Nya.Dalam kealpaan,ada ingatan-Nya.Dalam kedukaan,ada kebaikan-Nya.Dalam perjuangan,ada pengorbanan-Nya dan dalam menempuhi hidup ini,ingatlah tiada yang lebih berharga dari ingatan kita kepada Pencipta.Berdoalah semoga jalan yang ditujui kekal dalam lindungan dan Hidayah-Nya”.
Wahai insan yang bernama wanita…
Alangkah mulianya peribadimu…penuh kelembutan dan dihiasi sifat keibuan. Wahai wanita, jalan kehidupanmu dipenuhi ranjau yang berliku dan onak yang berduri.Namun, janganlah dikesali dan ditangisi kerana hidup adalah satu perjuangan yang perlu engkau teruskan. Janganlah sia-siakan masamu yang semakin berharga kerana hidup ini hanyalah sekali.Tancapkan keazaman dan nekad yang membara dalam sanubari agar jiwamu tidak goyah dengan tipudaya duniawi.Sematkan benteng keimanan dan nur ketakwaan agar menjadi pagar yang memayungi diri dari terjerumus ke lembah kebinasaan..
Wahai insan yang bernama wanita…
Akurlah dirimu pada suratan takdir Yang Maha Esa.Jangan disesalkan andai kau diterjah dengan pelbagai ujian dan cubaan. Ingatlah, itu adalah tanda kasih dan sayang Ilahi yang tak bertepi terhadapmu.Diturunkan ujian untuk menemani perjalanan hidupmu dan dikirimkan kedukaan agar engkau lebih mengerti bahawa hidup ini bukanlah untuk kesenangan dan kegembiraan sepanjang masa.Akan tiba waktunya di mana engkau akan menemui kenikmatan dari kesengsaraan dan kedukaan yang dialami.Kenikmatan yang akan mengingatkanmu bahawa engkau adalah insan pilihan yang diberi sepenuh kepercayaan untuk memikul tanggungjawab yang diberi sebagai seorang mujahidah..insan pilihan untuk ditempatkan bersama kekasih-kekasih Allah S.W.T. sekiranya engkau redha dengan ujan yang diberi dan tidak lalai dari menunaikan amanah yang diberi.Wahai insan yang bergelar wanita, sedarlah..tiada jalan mudah mengecap kebahagiaan,dan tiada jalan mudah untuk setiap perjuangan.Aturkanlah langkahmu kehadapan dan seiringkan nawaitu yang satu,semoga engkau mampu meredah kehidupan ini dan selamat tiba ke destinasi penghujungnya tanpa meninggalkan cebisan dosa dan noda yang mampu menggugat dan membakar imanmu..
Wahai insan bernama wanita…
Seandainya langkahmu tersasar di persimpangan, kembali dan sujudlah ke pangkuan Ilahi.Basuhlah dan siramilah dosa-dosa lalu dengan penyesalan setinggi gunung dan taubat nasuha dengan seikhlas hati. Ingatlah kecintaan Allah kepada hamba-Nya tidak bertepi..Selagi pintu taubat terbuka, selagi itulah dosa-dosa hambanya diampunkan berkat kasih dan sayang kepada umatnya.Ingatlah, manusia tidak dapat lari dari membuat kesilapan.Justeru,taburkan benih-benih keinsafan agar menjalar dan menjadi rimbun ketakwaan, yang memutikkan bunga-bunga Nur Hidayah-Nya, yang membuahkan gugusan keimanan dan menerbitkan daun-daun keinsafan terhadap keagungan cinta Ilahi…Sedarlah, hidup tiada makna andai kau biarkan dirimu dilambung ombak yang menghempas tiada erti dan kau hanyutkan dirimu dalam keseronokan dunia ini.Ingatlah keseronokan dunia hanyalah sementara dan akhirat jualah jalan penyudahnya…Semoga berbahagia wahai insan bergelar wanita

No comments: