Monday, November 7, 2011

~ CiNta daN RiNDu~

~♥~Cinta dan rindu datangnya dari Allah..andai seseorang menyampaikan kata cinta padamu..janganlah kamu menyalah dirinya..sebaliknya dengar dengan hati terbuka..Tiap yang Allah berikan adalah ujian..ingni melihat dirimu sama ada akan terjebak akan lembah maksiat..atau membawa cinta itu ke jalan Allah..~♥~

~♥~Jika kamu mencintainya tapi dirinya tidak mencintaimu..bermakna..Allah sedang menguji ak...an ketabahan dirimu..sama ada..kamu akan ke lembah maksiat andai si dia tidak menerima..atau kamu menerima ujian itu dgn hati terbuka..~♥~

~♥~Jika kamu tidak mencintanya..tapi dia mencintaimu..bermakna Allah juga sedang mengujimu..Allah ingin melihat bagaimana layananmu terhadapnya..sama ada secara baik..atau kamu mempermainkan dia..~♥~

~Sesungguhnya ujian dari Allah..mendidik iman hambaNya..dan mengetahui siapa hambaNya yang beriman dan siapa hambaNya yang kufur atau sombong dalam dunia ciptaanNya..dan Dia juga dapat tahu siapakah yang munafik~

~Bersangkalah akan segala ujian Allah..Tiap yang Dia berikan ada hikmahnya~

( Copy and paste )

~ SeAnDainYa ~

~♥~Seandainya~♥~

~♥~Diriku takut andainya ku menerimamu kerana rupamu..
~♥~Diriku takut andainya diriku menerimamu kerana hartamu..
~♥~Diriku takut andainya diriku menerimamu kerana pangkatmu..
~♥~Diriku takut andainya diriku menerimamu kerana kepetahanmu berkata2..

~♥~Tetapi diriku tidaklah memandang akan rupamu..
~♥~Tetapi diriku tidaklah memandang hartamu..
~♥~Tetapi diriku tidaklah memandang pangkatmu..
~♥~Tetapi diriku tidaklah memandang akan kepetahanmu berkata2

~♥~Tetapi diriku tertarik padamu kerana ilmu agamamu..
~♥~Tetapi diriku tertarik padamu kerana akhlak yang ada padamu..
~♥~Tetapi diriku tertarik akan kasih sayangmu terhadap saudara seislammu..
~♥~Tetapi diriku tertarik akan kepetahanmu membicarakan tentang agama..
~♥~Tetapi diriku tertarik akan ketegasanmu menegakkan agama islam..
~♥~Tetapi diriku tertarik akan cintamu pada Allah Yang Esa..

~♥~Cinta didunia tidaklah penting bagiku..Tetapi..Bercinta selepas pernikahan demi mengapai cinta Allah adalah amat bermakna bagiku..Cinta hadirnya dari Allah..dan perginya juga atas kehendak Allah..Allah hadirkan sebagai ujian..dan menariknya juga sebagai ujian..agar hambaNya sentiasa mengingatiNya..Mengingati bahawa betapa pentingnya Allah..~♥~

~♥~Semakin kita lari dariNya..semakin Allah dekat dgn kita..Semakin kita dekat dgnNya..semakin Allah rapat dgn kita..Dan semakin Dia rapat..Semakin Kuat ujian yang Allah berikan..Sungguh Allah Maha Kuasa~♥~

(copy and paste from Mas Intan)

~ FoRuM CaFe CiNTa ~


~ KeNaNgaNkU bErSaMaMu~

 
 
Kupanjatkan sejuta kesyukuran kepada-Mu yang memberikan limpah rahmat kepada hamba-hamba-Mu yang sering dahagakan kasih sayang serta kasih-Mu..Rindu pada-Mu tidak bertepi.. Kasih pada-Mu menggunung tinggi..Rimbunan sayang kian bercambah pada-Mu..Tiada siapa yang dapat menandingi-Mu dalam hatiku.. Bergetar jiwaku ketika  warkah cinta-Mu ku alunkan dengan penuh syahdu..Ya Allah,sungguh besar harapanku untuk kembali kepada-Mu dengan penuh ketaqwaan serta keimanan pada-Mu..

Ingin ana coretkan segala memori indah yang bersemi di jiwa sebagai kenangan manis.. Ana amat suka dengan kanak-kanak..Memang sejak kecil ana suka kanak-kanak..Ana diasuh untuk menjaga adik-adik ..Tugas anak sulung sememangnya sangat berat ..Ana bertanggungjawab untuk membantu ayahanda dan bonda..Ana suka bermain dengan bayi dan kanak-kanak.. Geram sangat..Comel dan gelagat mereka mencuit hati ana..Kesedihan yang bertamu di hati akan hilang dengan kehadiran mereka..Penawar bagi segala kesedihan dan kesakitan.. Senyuman dan tawa mereka akan menceriakan hidup ana..Rindunya pada Adriana Sofea ,sepupuku yang comel..Sekarang suka merangkak dan akan mencapai barang di sekelilingnya..Sudah lama tidak bertemu..Apabila kamera dihalakan kepadanya, pelbagai pose menarik akan diberikan..Masyaallah,sejak kecil sudah pandai beraksi depan lensa.. Akak menanti kepulanganmu adik..

Baru-baru ini,ana perlu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah . Tugas sebagai pelajar amat berat untuk dipikul tetapi memberi seribu kemanisan buat diri ana..Amanah dari ayahanda dan bonda akan cuba ana jaga dengan sebaiknya..Mencari ilmu pengetahuan di rantauan merupakan pengalaman yang baru serta mencabar diri ini..Berada di kota metropolitan sedikit sebanyak menimbulkan kerisauan dan kebimbangan dalam hati..Doa dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana hanya Dialah pelindung diri ini..Ana mengambil jurusan Pendidikan Khas.. Sesetengah orang memandang rendah dengan kos yang ana pilih..Ana sangat berbangga kerana dapat menyelami orang berkeperluan khas.. Kadang kala air mata ini mengalir menuruni pipi kerana tidak sanggup melihat penderitaan mereka..Namun,mereka sangat kuat dan tabah menghadapi dugaan hidup.. Ana berbangga dengan kalian.. Ana bersama lima orang rakan menyewa sebuah kereta untuk pergi ke Kulim.. Alhamdulillah,kami tiba di sekolah pilihan yang terletak di Kulim...Kami dimaklumkan bahawa ada majlis perpisahan berlangsung..Kami melihat suasana yang sedih menyelubungi warga sekolah..

Selepas itu,kami lihat pelajar Pendidikan Khas keluar rehat..Pelbagai rasa mencengkam rasa..Takut + berdebar + seronok + Getar...Apa yang pasti,kebahagiaan mula terasa..Melihat wajah mereka yang suci menarik hatiku untuk mendekati mereka..Walaupun mereka insan istimewa,tetapi mereka ada kelebihan yang tersendiri..Mereka juga ramah bila berbicara..Hati ini mula terasa sedih kerana mengenang nasib mereka..Kaki mula melangkah ke kelas mereka..Indah...Kemas dan teratur... Ana mengambil seorang pelajar untuk melihat dan mengkaji penyakit yang dihadapinya..Pelajar hyperaktif menjadi pilihan ana..Pada mulanya kawan-kawan terkejut dengan sikapnya yang hyperaktif..Ana cuba beranikan diri untuk menghadapi pelajar ini..Alhamdulillah..Dia mampu memberikan komitmen dengan ana..Adik ini hanya akan diam apabila diberikan sebatang pensil dan sekeping kertas..   Dia pandai melukis dan mewarnakan lukisannya..Mendekatinya memerlukan kesabaran..Pengalaman diketuk kepala dengan permainan merupakan pengalaman yang menarik dalam hidup ana.. Ana tidak marah malah semakin ingin mendekatinya serta memberikan peneguhan buatnya.. Ana pasti akan tersenyum bila mengingati detik itu..Kini,rindu pada mereka mencengkam kalbu..


Apabila ana menguji pelajar ADHD tadi,beberapa kawannya datang menghampiri ana..Mereka juga mahu ana memberikan perhatian kepada mereka..Salah seorang dari mereka melukis gambar dia,ayah ,dan ibunya..Air mataku menitis..Adik,akak sangat mengingatimu saat ini..Panggilan cikgu daripada mereka sangat bermakna buatku..Senyuman sentiasa terukir di bibirnya..Senyum dan terus tersenyum... Rindu...Walaupun pertama kali bersua,hati ini mula jatuh sayang pada mereka.. Ana bersyukur kerana Allah telah memilih ana untuk mendekati mereka..Satu nikmat yang tidak terhingga buat ana..Dua lagi kawan mereka mengajak ana bermain...Mengajar mereka menulis perkataan.. Tidak tergambar kegembiraan apabila bersama mereka...


Kini,tiba detik untuk berpisah dengan mereka..Sedih menyelubungi hati..Akak mendoakan semoga akak dapat bertemu dengan kalian semula...Rindu pada kalian..Akak sentiasa mendoakan kalian ..Semoga kalian tabah dan sabar menghadapi cabaran di dunia ini..Biarpun kalian jauh dari akak, namun kalian tetap berada di dalam hati akak..Insyaallah..Kenangan bersamamu merupakan kenangan yang indah dalam hidupku..