Sunday, May 15, 2011

~ DileMa ~



Ana bersyukur kepada Allah atas nikmat sihat dan segala kurniaaNya pada hambaNya ini...Alhamdulillah...

Pada 19 Mei 2011 genaplah umur insan kesayanganku 48 tahun.. Alhamdulillah ,syukur kepada Allah kerana memberikan ana seorang ibu yang sangat baik ...Ibu yang sentiasa mendidik anak-anaknya dengan kasih sayang dan penuh kesabaran... Pelbagai karenah kami ,anak-anaknya yang perlu emak hadapi dan kadang kala memerlukan kesabaran yang tinggi... Karenah anak yang semakin menginjak alam remaja dan bakal masuk dewasa..hehehe..

Ana sedang merangka untuk membuat satu majlis doa selamat untuk bondaku dan juga ayahandaku... Namun,dengan berat hati ana terpaksa membatalkannya kerana nenekku lebih memerlukan ana di sisinya... Nenekku jatuh sakit di kampung dan hanya berseorangan di sana... Walaupun ada anak-anak yang sering bergilir menjaganya,namun sebagai cucu ana berasa terpanggil untuk menjaganya walaupun dalam jangka tempoh masa yang singkat.. Ana perlu pulang ke universiti atas tuntutan tugas sebagai pelajar..

Kami sekeluarga mengajak nenek tinggal di sini namun pelbagai alasan yang diberikan ..Ayam tidak ada siapa yang mahu bagi makan.. Pokok tidak ada yang mahu jaga..dan  pelbagai alasan yang diberikan ..Nenekku,sebenarnya niatmu cuma tidak mahu meninggalkan rumahmu itu yang mempunyai pelbagai kenangan manis dan pahit dalam lipatan sejarahmu.. Ana mengerti kehendakmu... Keadaanmu semakin membimbangkan.. Mujur ada pak ngah sekeluarga yang membantumu..Kini, cucumu akan pulang untuk menjagamu...

Insyaallah jikalau tiada aral yang melintang... Semoga Allah memudahkan urusan hambaNya ini...Ana risau jika ana tidak dapat menjagamu seperti yang diharapkan tetapi insyaallah ana akan cuba sehabis daya untuk menjagamu...  Hati ini berat untuk meninggalkan ayahandaku yang kian pulih..Alhamdulillah..Kawan-kawan sering memberi nasihat supaya ayahandaku membuat rawatan kampung tetapi ayahanda hanya makan ubat yang dibekalkan oleh doktor...Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi mendoakan kesembuhan ayahandaku...Kini,usikan demi usikan bertamu antara kami..Riuh rendah rumah ana dengan jeritan ana.. Orang kata ana manja dengan ayah...Ana hanya rasa biasa..Tidak manja pun...

Mula-mula emak mencadangkan hari selasa untuk pulang ke kampung kemudian emak mahu balik esok pula... Emak,anak emakk ini mahu memberikan sesuatu padamu memandangkan anak emak ini tidak boleh melaksanakan majlis itu...Ana belum beli apa-apa lagi..Kita hanya boleh merancang tetapi hanya Allah yang menentukan.. Ana berdoa agar ana sempat membelikan sesuatu pada emakku sebelum ana pulang ke kampung.. Ya Allah,permudahkanlah segala urusanku..Hanya padaMu tempatku mengadu dan berserah..Ya Allah,ana baru diberitahu USM dilanda banjir.. Tempat yang ana selalu pergi untuk menenangkan hati dan fikiran terjejas... Bagaimanakah keadaan di sana..Rasa ingin berlari untuk melihat keadaan di sana ... Bisikan Nuraniku,banyakkan bersabar...

Tadi semasa keluar makan bersama keluarga, ana termenung kerana mengingati seseorang...Emak menegur..Usahlah mengenang lagi.. Apakan daya,ana cuba untuk melupakan tapi ana tidak boleh.. Entah mengapa hati ini akan mengenang insan jauh..Ya Allah,bantulah hambaMu ini yang lemah dan tidak berdaya.. Ana berdoa agar menguatkan hati ini .. Emak, ketahuilah bahawa ana berusaha mak tetapi ana tetap mengingati... Masyaallah..apalah yang akan terjadi denganku..Wahai bisikan nuraniku,peganglah prinsipmu... Cekal dan tabah menghadapi dugaan Allah..Jangan menjadi lemah kerana wanita mampu menggoncangkan dunia..

Masih ada insan yang memerlukanmu...keluargamu..sahabat-sahabatmu... Kesatlah air matamu dan jangan biarkan mengalir lagi.. Pasti ada hikmah disebaliknya... Semuanya sudah tersurat ...Bangun Bisikan Nuraniku... Sucikan hatimu dengan zikrullah... Jangan mengingati memori lama lagi.. Sahabat menasihati, jikalau kita menyayangi seseorang,lepaskanlah dia pergi seandainya dia bahagia tanpamu... Ya Allah, hambaMu ini menerima segala ketentuan ini dengan redha ... Ana mendoakan yang terbaik buatnya.. Semoga kamu berbahagia...Di dunia dan akhirat...

Begitu mudah air mata ini mengalir walaupun sekadar mengingati... Sekarang ana mahu tumpukan pada nenek dan ayahandaku...Maafkan  ana jika ana tidak mampu membuat seperti yang diharapkan.. Doakan anakmu dan cucumu ini akan sentiasa bahagia di dunia dan akhirat ... Restu kalian amat ana harapkan...Buat kamu, maafkan ana sekiranya ana masih tidak dapat melupakan kamu..Ana tahu kamu sudah dapat melupakan ana.. Ana ikhlas mendoakan kebahagiaan dan kejayaan kamu di dunia dan akhirat.. Insyaallah.. Kamu adalah kenangan yang indah bagi ana..Terima kasih....



No comments: