Tolong beritahu si dia, ada pesanan 
buatnya
Tolong beritahu si dia,
Cinta Agung adalah cintaNya
Tolong beritahu si dia,
Cinta manusia bakal membuatnya alpa
=======================================================
Tolong nasihati si dia,
Jangan mencintaiku lebih dari dia mencintai Yang 
Maha Kuasa
Tolong nasihati si dia,
Jangan mengingatku lebih dari dia mengingati 
Yang Maha Kuasa
Tolong nasihati si dia,
Jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu 
bapanya
=======================================================
Tolong katakan pada si dia,
Dahulukan Allah, kerana disitu ada 
Syurga
Tolong katakan pada si dia,
Dahulukan ibu bapanya, karena ditelapak itu ada 
syurganya
=======================================================
Tolong ingatkan si dia,
Aku terpikat kerana imannya bukan 
rupa
Tolong ingatkan si dia,
Aku lebih cintakan Zuhudnya bukan 
harta
Tolong ingatkan si dia,
Aku kasihinya kerana taqwanya
=======================================================
Tolong tegur si dia,
Bila dia mulai mengagungkan cinta 
manusia
Tolong tegur si dia,
Bila dia tenggelam dalam 
angan-angannya
Tolong tegur si dia
Andai nafsu mengawal fikirannya
=======================================================
Tolong sedarkan si dia,
Aku milik Yang Maha Esa
Tolong sedarkan si dia,
Aku masih milik keluarga
Tolong sadarkan si dia,
Tanggungjawabnya besar kepada 
keluarganya
=======================================================
Tolong sabarkan si dia,
usah ucap cinta di kala cita cita blm 
terlaksana
Tolong sabarkan si dia,
Andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga 
batasan cinta
Tolong sabarkan si dia,
Bila jarak menjadi penyebab bertambah 
rindunya
=======================================================
Tolong pesan padanya,
Aku tidak mahu menjadi fitnah besar 
kepadanya
Tolong pesan padanya,
Aku tak mau menjadi puncak 
kegagalannya
Tolong pesan padanya,
Aku membiarkan Yang Esa menjaga 
dirinya
=======================================================
Tolong khabarkan pada si dia
Aku tak mahu meletakkan dia serba salah dalam 
mencintai
Tolong khabarkan pada si dia,
Aku mahu dia berjaya dalam impian dan 
cita-citanya
Tolong khabarkan pada si dia,
Jadilah penyokong dalam kejayaanku
=======================================================
Tolong sampaikan pada si dia,
Aku mendambakan cinta suci yang 
terjaga
Tolong sampaikan pada si dia,
Cinta kerana ALLAH tidak ternilai 
harganya
Tolong sampaikan pada si dia,
Hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan 
dengan Yang Maha Kuasa.
Tolong sampaikan pada si dia, kerana aku tidak mampu memberitahukannya sendiri
Hanya Engkau Ya ALLAH yang mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya, walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang senantiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa,
Memasuki taman larangan dengan sopan-santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
P/S PDH : Simpanlah pesananku ini sehingga 
engkau bertemu diriku suatu hari nanti..
 

 
 
No comments:
Post a Comment