Wednesday, March 7, 2012

~ Sekalung Bahagia ~

 

Alhamdulillah..Syukur ke hadrat Illahi kerana ana masih diberi ruang dan kesihatan yang baik untuk meneruskan bicara ana ini..Alhamdulillah kerana Allah masih mempertemukan kita di dalam blog ana ini..Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Pertama sekali,ana memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana Allah memberikan sinar kebahagiaan kepada sepupu serta ibu dan bapa saudara ana..Alhamdulillah..Syukur yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T.  Selautan tahniah ana ucapkan kepada sepupu ana , Nur Amali Izzati kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM.. Tahniah buatmu sepupuku..
 Ternyata kamu seorang yang kuat dan berjaya membahagiakan ibu dan bapamu..Alhamdulillah..

Mak teh menelefon ana dan memberitahu khabar gembira ini..Ana turut berasa gembira dan bersyukur atas kurniaan Illahi..Sungguh membahagiakan dan menggembirakan..Ana sebagai sepupu turut merasai tempias kegembiraan tersebut..Kegembiraanku semakin bertambah apabila mengetahui kamu jua bakal bergelar pendidik.. Bakal mengambil jurusan Pendidikan Khas seperti sepupumu ini.. Biarpun banyak orang yang memandang serong terhadap jurusan ini,tetapi percayalah anda pasti akan berasa sangat bahagia apabila mendalami bidang ini.. Begitu jua perasaan ana apabila ana salah seorang yang telah Allah pilih untuk mendalami bidang ini.. Nampak seperti senang menjadi guru Pendidikan Khas tetapi memerlukan kesabaran dan keikhlasan dalam menjalani tugas..

Pengalaman mendekati pelajar Pendidikan Khas sememangnya merupakan kenangan terindah dalam hidup ana..Selain itu,bidang ini juga mengajar ana erti bersyukur dia atas nikmat yang Allah beri kepada kita..Apabila ana berada dalam kesedihan,ana dapat tersenyum dan bahagia apabila menatap wajah mereka..Ana jatuh sayang dan kasih kepada mereka..Sungguh,mereka merupakan penawar duka ana..Ana letakkan gambar mereka di dalam bilik untuk ana tatap dan inspirasi bagi ana.. Ana semakin bersemangat untuk berbakti kepada mereka..Ana ingin mendekati mereka..Ana ingin memahami mereka.. Cubalah anda renung mata mereka dan lihatlah sinar di dalam mata mereka.. Mereka memerlukan kita untuk membantu meringankan beban mereka..

Ana berasa sangat sebak apabila seorang murid yang tidak memahami sesuatu perkara boleh memahami apabila ana mengajar mereka..Satu kepuasan yang sangat berharga bagi ana.. Satu kebahagiaan yang tidak terungkap dengan kata-kata..Lihatlah mereka dengan mata hati kita.. Mendekati mereka akan menimbulkan keinsafan kepada kita..Mereka tidak berdaya tetapi berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya..Semester ini ana akan melawat sekolah pelajar yang menghadapi masalah penglihatan...Satu pengalaman baharu yang bakal ana peroleh..Ana berasa sangat teruja.. Mendalami bidang masalah penglihatan bukanlah sesuatu yang mudah tetapi seronok.. Menimba pengetahuan baru dan berpeluang untuk merasai pengalaman menggunakan tongkat putih.. Ana pernah menggunakan tongkat putih dan menutup mata berjalan di USM.. Sempat merasai pengalaman menjadi seorang buta walaupun menggunakan penutup mata..

Setakat ini dahulu celoteh ana buat kali ini..Ana akan update dari semasa ke semasa.. Jaga diri.. Jaga iman..Wassalam..
 

2 comments:

Rintihan HambaMu said...

Assalamualaikum..

Alhmdulillah..suka ana bca kish anti..

moga teruskan perjungnmu..& sntiasa tbh dlm hadapi apa jua keadaan.

Bisikan Nuraniku said...

Wassalam w.b.t.

Alhamdulillah.. syukur kerana anti suka baca kisah ana..Insyaallah, doakan ana ya anti..Ana jua mendoakan kesejahteraan anti..