Thursday, March 1, 2012

~ Titipan Ingatanku~

 
Alhamdulillah..Setinggi-tinggi kesyukuran kupanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita menunaikan tanggungjawab sebagai hamba kepadaNya lagi.. Alhamdulillah.. Syukran..Salam rindu buat kekasih agungMu, Nabi Muhammad S.A.W.

Kali ini ana ingin berceloteh tentang bermacam perkara..Terasa ringan tangan ini mahu menari di papan keyboard..Pertama sekali ana ingin menceritakan tentang ana..Hehe.. Seperti biasa ana mempunyai tanggungjawab sebagai pelajar..bermula pada awal pagi dan kadang-kadang berakhir pada waktu malam..tugas tidak menentu..Tetapi memberi seribu erti bagi ana.. Ana rasa sangat seronok ..
Namun,dalam kesibukan belajar ada satu perkara yang bermain di jiwa..Aduh, sempat lagi.. Kadang-kadang ana rasa keliru..Apakah betul tindakan ana ini..

Ana rasa gundah gulana..Entah kenapa..Ya Allah,hanya Engkau yang memahami hatiku.. Jujurnya, hati ini tidak tenang..Masyaallah..Apa yang mampu ana lakukan hanya dengan mendekatkan diri kepada Allah.. Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang... Memang benar hati akan menjadi sedingin salju apabila mendekatkan diri kepadaNya..Hati ini berasa sangat lapang apabila beradu kasih denganNya..Bercucuran air mata membasahi pipi apabila berdampingan denganNya.. Ana mengadu,merintih kepada yang Esa kerana hanya Dia yang tahu hati-hati hambaNya..

Sahabat,andai dirimu tahu apa yang ana rasakan.. Sungguh sayu hati ana..Andai dapat kamu rasai apa yang ana rasakan..Masyaallah,terasa berat untuk ana tanggung..Mengapa ana tidak mampu untuk mengusir bayanganmu sahabat? Mengapa ana harus mengingati dirimu? Mengapa air mata ini tidak mampu berhenti andai sejenak teringat dirimu..Doa terus kupanjatkan ke hadrat Illahi .. Semakin ana mengingatimu..Masyaallah..Pelbagai kebetulan yang terjadi bagi mengingatimu sahabat.. Namun, hati sayu mengenangkan kamu..Mungkinkah kamu sudah melupakan ana sahabat?  Kamu diam membisu.. 

Sudah ana didik hati ini agar menerima takdir ini.. Ya Allah,berikanlah petunjuk kepada hambaMu yang lemah ini..Berikan ana kekuatan untuk menghadapinya dengan kesabaran dan ketabahan.. Ya Allah,permudahkanlah urusanku agar bisa ana tenang .. Hati ini berdebar dan berdegup pantas.. Malu rasanya untuk menghadapi semua ini..Ana benar-benar berharap agar Allah melorongkan hati ana ke jalan redhaNya..Keluh kesah..Gelisah..Ana mampu memberikan nasihat kepada sahabat ana namun ana tidak mampu untuk mempraktikkannya.. Hanya pada Allah ana sandarkan harapan..

Biarpun ana membuat keputusan sebegitu,namun ana lemah..Ana perlukan bimbingan .. Ana perlukan sokongan..Menulis di blog ini sahaja mampu membasahi pipi dengan butir-butir jernih.. Ya Allah, hambaMu ini malu..teramat malu denganMu..Sesungguhnya ana lemah..tapi ana tahu Dia sentiasa di sisiku..Doaku tidak putus-putus kepadaNya..Bukankah Allah ingin sediakan pelangi yang indah sesudah hujan turun membasahi bumi?

Sahabat,sebak hati ini..Sahabat,maafkan ana..Ana tidak mampu untuk lakukan apa yang ana katakan.. Maafkan ana dengan seikhlasnya..Ana tidak mampu hilangkan bayangan kamu sahabat.. Bukan ana tidak pernah mencuba tetapi ana gagal..Sahabat,doakan ana kuat ya.. Doakan agar tiada titisan jernih ini membasahi pipi lagi..Semoga Allah mempermudahkan segalanya..Insyaallah..

Sahabat,andai kata-kata ana ini mengganggu ketenanganmu..Maafkan ana..Andai tulisanku ini menusuk hatimu,maafkanku.. Andai bicaraku menggugat jiwamu,maafkan ana.. Sesungguhnya inilah bicara hati yang ikhlas dari jiwa ana..Maafkan ana..

Ana tidak dapat menulis lagi..nantikan sambungan bermacam perkara di dalam blog ini.. Maafkan ana..
 
Wassalam..


No comments: