Sunday, July 29, 2012

~ Buah Hatiku ~

 


Alhamdulillah..Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya kita masih dipertemukan dengan bulan yang penuh dengan seribu rahmat . Kini, kita sudah berada di fasa kedua Ramadhan Al- Mubarak.Alhamdulillah..Mari kita syukuri nikmat yang telah Allah berikan kepada kita dan menadah tangan agar kita boleh menemui Ramadhan yang akan datang. Ramadhan ialah bulan yang dirindui dan kedatangannya dinantikan dengan penuh kegembiraan dan pengharapan.. Kedatangannya dirindui dan pemergiannya ditangisi.

 


 

Pada kali ini ana ingin menceritakan tentang mereka yang telah menjadi penawar kedukaan serta penyejuk mata ana.. Sungguh hati ini sangat bahagia bersama mereka. "Mereka " yang ana maksudkan ialah anak murid ana..Walaupun ana belum menjadi guru lagi, mereka memanggil ana dengan panggilan "cikgu". Masyaallah pertama kali mereka memanggil ana dengan gelaran ini, pelbagai rasa bercampur baur.. Takut,gembira,gementar,bahagia dan macam-macam lagi.. Ana rasa sangat bahagia di samping mereka..Keletah mereka mencuit hati dan memberikan semangat dan dorongan kepada ana untuk membantu mereka.

Anak murid ana adalah murid kelainan upaya..Tetapi ana sangat bangga dengan mereka. Mereka sentiasa berusaha untuk memajukan diri mereka. Malah,ada segelintir yang mampu mencapai kejayaan di luar jangkaan. Perasaan kasih dan sayang timbul dari lubuk hati kepada mereka. Walaupun seharian bersama mereka,hati ini tidak jemu dan lelah tetapi penuh dengan keriangan dan keseronokan. Berdampingan dengan mereka mampu membuat ana hilang rasa sedih dan asyik ketawa. Mungkin sahabat-sahabat tidak percayai tetapi inilah kenyataannya. 

Sekalipun mereka mempunyai kekurangan,namun Allah itu Maha Adil. Terdapat kelebihan-kelebihan yang terdapat dalam diri mereka sekiranya kita melihat dengan mata hati. Mereka mengelap air mata cikgu dan menceriakan guru mereka. Penuh dengan kelembutan dan sarat dengan kasih sayang. Seorang pelajar ana datang memegang ana dan memanggil sayang. Ana sememangnya geli dengan panggilan itu namun demi menjaga hati dia ana tersenyum dan mengusap belakang dia. Memberikan ucapan terima kasih..Sememangnya ana sangat menghargai dan berasa terharu dengan layanan yang diberikan.

Pernah orang mencemuh dan memandang rendah pada ana kerana ana mengambil kos Pendidikan Khas namun ana tersenyum..Kerana ana bahagia..Ana bersyukur kerana dipilih oleh Allah untuk mendidik anak-anak yang suci dan bersih.. Ana tidak menyesal memilih kos ini tetapi ana sangat-sangat gembira. Kini,orang yang memandang rendah kepada ana itu melihat ana tertawa dengan anak murid ana dan penerimaannya sudah berbeza. Cubalah sahabat sekalian mendekati mereka dan lihatlah dari segi sudut positif. Dekati mereka dan selami hati mereka.. 

Hati ini sudah hiba kerana tempoh ana bersama mereka kian tiba di garisan penamat. Ana pasti sedih dan rindukan mereka. Rindukan senyum,tawa,air mata,dan segala kisah kami bersama. Walaupun ana hanya bersama mereka hanya dalam tempoh masa sebulan tetapi cukup bermakna dan terasa ukhuwah antara kami sangat indah. Bila balik dari sekolah sudah teringat dan terimbau kenangan bersama apatah lagi tempoh masa yang panjang. Semoga kami akan bertemu lagi dan ukhuwah itu akan mekar dan mewangi buat selamanya. 



Buat murid-murid cikgu,terima kasih kamu semua. Kamu semua anak murid yang baik dan mendengar kata. Kamu semua menjadi anak murid yang terbaik buat cikgu. Cikgu bahagia dan gembira bersama kamu semua..Terima kasih kalian ..Cikgu pasti akan merindui kamu semua.. Cikgu pasti akan abadikan kalian dalam hati cikgu buat selama-lamanya ..Insyaallah.. Cikgu sedih berpisah dengan kalian namun setiap pertemuan pasti ada perpisahan...Semoga kita akan bertemu lagi..Kalau jumpa cikgu di luar,tegurlah cikgu.. Kamu semua belajar rajin-rajin dan ingatlah pesanan cikgu ye.. Semoga menjadi anak soleh dan solehah .. May Allah Bless All of You..





Wassalam..

No comments: