Friday, July 6, 2012

~ Bicara malamku~




 

Ya Allah,kusyukuri segala rahmat dan kasih sayangMu pada ku..Alhamdulillah,tika ini ana masih diberikan kesempatan untuk bernafas di muka bumi Allah yang indah ini.. Alhamdulillah,semalam kita telah bertemu dengan hari yang penuh keberkatan iaitu Nisfu Syaaban.. Semoga kita menjadi hamba yang semakin mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Salam rinduku pada kekasih agungMu , Nabi Muhammad S.A.W.

Jam sudah menunjukkan pukul 2.24 pagi namun ana masih setia di hadapan laptop untuk menulis serba sedikit apa yang tercoret di minda.. Terasa sedikit rajin untuk meng"update" blog ana ini..Hehe.. Sudah lama jari jemari ini ingin menari-nari di atas keyboard tetapi entah kenapa tidak ana lakukan.. Pelbagai rasa yang berbaur di jiwa.. Ana pun tidak tahu apa yang bakal ana katakan dalam entri kali ini..Hmmm..Ikut apa yang ana fikirkan sekarang..Huhu..

Okay..Ana terasa ingin berbicara tentang persahabatan.. Ana suka berkawan dan suka menambah kenalan ..Perempuan tidak kira muslim atau bukan muslim.. Kenapa?? Kerana kita akan lebih mengetahui banyak ragam dan banyak kerenah manusia .. Dari situ,kita boleh memuhasabah diri kita.. Tetapi, satu perkara yang ana temukan dalam persahabatan.. Sukar untuk mencari sahabat yang sejati.. Ada tetapi satu dalam seribu.. Ana mempunyai seorang sahabat yang akrab tetapi kami tidak pernah bersua..Tidak pernah berjumpa tetapi insyaallah mesra dengan kuntuman doa ..Walau jarak beribu batu tetapi itu bukan penghalang untuk kita menjadi sahabat yang sejati..

Sahabat yang sejati sentiasa ada buat sahabatnya tidak kira suka atau duka.. Sahabat sejati akan sentiasa menjaga keaiban sahabatnya .. Sahabat sejati akan sentiasa mendorong sahabatnya ke jalan yang diredhai..Sahabat sejati tidak jemu dan lelah untuk bersama sahabatnya tetapi kian akrab kerana dilandasi dengan cintakan Illahi..Subhanaallah..Sama-samalah kita berusaha untuk menjadi sahabat yang sejati.. Semoga kita sama-sama berusaha meraih syurga yang indah .. Insyaallah..

Tiba-tiba ana terasa ingin berbicara tentang jodoh.. Jodoh itu telah ditetapkan oleh Allah sejak kita dalam kandungan ibu lagi.. Ajal maut jodoh pertemuan.. Semuanya telah diaturkan oleh Allah dengan caranya yang tersendiri.. Yakinlah bahawa Allah ada Pengatur yang terbaik dan hanya Dia yang Maha Mengetahui segalanya.. Esok sahabat ana bakal membina baitul muslim.. Alhamdulillah.. Ana tumpang gembira dan seronok kerana seorang lagi sahabat ana bakal membina masjid.. Syukur ke hadrat Illahi.. Alangkah indahnya bagi seorang gadis menyerahkan cinta suci itu terhadap suaminya setelah lafaz akad dan nikah.. Cinta yang pertama dan insyaallah yang terakhir.. Ana percaya bahawa cinta selepas nikah itu adalah yang terbaik.. Ana melihat banyak pasangan yang bercinta selepas nikah dan alhamdulillah kekal sehingga ke akhir hayat ..Semoga mereka kembali bertemu di syurga.. Insyaallah...

Tertanya-tanya siapakah yang bakal menjadi imamku kelak? Allah masih menyembunyikan rahsiaNya itu dan akan membuka hijab itu tika sampai waktu dan saatnya.. Insyaallah.. Bukan senang untuk membina baitul muslim.. Jadi,mari kita bersama-sama berusaha untuk menjadi gadis yang solehah serta bersedia untuk menjadi yang terbaik buat suami kelak.. Insyaallah.. Apa yang penting sekarang ialah berbakti kepada ayahanda dan bonda.. Tunaikan kewajipan sebagai anak dengan sebaiknya.. Jasa mereka untuk kita tidak mampu untuk kita balas tetapi cubalah yang terbaik untuk menggembirakan mereka.. Ana ingin melihat senyuman di wajah mereka.. Betapa besarnya jasa dan budi yang mereka taburkan kepada kita..

Berbicara tentang ayahanda dan bonda membuatkan hati ini mengukir senyuman mesra.. Ana sangat gembira dan bersyukur kerana merekalah penawar bagi segala kesakitan dan kedukaan.. Mereka inspirasi dan pendorong utama ana.. Ana rapat dengan ayahanda dan bonda.. Tika ana diuji, mereka sentiasa di sisi ana dan memberikan kekuatan untuk ana bangkit dari kegagalan.. Tika air mata ini menitis membasahi pipi, ayahanda dan bonda turut berasa kesedihan.. Bukan senang untuk ana bangkit dari sebuah kegagalan tetapi mereka tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat dan panduan..Itulah kasih sayang ibu bapa kepada anaknya... Bagai laut yang tidak bertepian.. Ana sangat menghargai dan menyayangi mereka.. Semoga ana mampu menjadi anak yang solehah buat mereka..Insyaallah.. Walaupun kadang-kadang ana suka mengusik mereka.. Hehe.. Nakal sedikit dengan ibu bapa..Perencah bahagia.

Ana berdoa agar Allah memberikan ana kekuatan dan ketabahan untuk meniti hari-hari yang bajal mendatang.. Semoga sinar kebahagiaan akan menyinari hidup ini.. Semoga diri ini mampu menjadi hamba yang taat dan berjaya di dunia dan akhirat.. Buat sahabat-sahabatku, salam ukhuwah serta salam kemaafan seandainya ada tutur bicara yang mengguris hati sepanjang ana menulis di sini.. Sehingga berjumpa lagi.. Maassalamah wailaliqaq.. 

Wassalam w.b.t.


No comments: