Monday, June 24, 2013

~ Masam Manis Kehidupan ~


 

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga kita bertemu di alam maya ini.. Alhamdulillah kerana kita masih diberi kesempatan untuk menikmati keindahan alam serta merasai pahit getir serta manisnya kehidupan. Kehidupan sebagai hambaNya ada kalanya di bawah.. Itulah putaran roda hidup kita yang kita hadapi hari-hari..Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.

Jari jemari ini sudah lama tidak meari-nari di atas keyboard untuk membicarakan suka duka kehidupan. Ada sahaja halangan apabila ingin melakukan penambaikan dalam blog ini.. (Tuan blog ini pun sedikit malas untuk meng"update" blog ini..Sikit ke tapi rasa macam banyak je)... Banyak yang ana ingin kongsikan di sini..Tetapi mampukah ana membicarakan di sini.. Bergantung kepada situasi dan mood ana..Hehe.. 

Baru-baru ini ana berkenalan dan memulakan ukhuwah dengan seorang gadis muslimah. Comel wajahnya dan sejuk hati memandang. Memakai purdah dan bertudung labuh.. Subhanaallah... Impian ana yang tidak lagi tercapai memakai purdah.. Teringin sangat-sangat tetapi masih perlu memperbaiki diri yang lemah ini..Huhu.. Ana bersembang dengan adik ini.. Sungguh berat dugaan yang menimpa adik ini untuk memakai purdah ..Menitis air mata ana apabila mendengar kisahnya.. Buatmu adik muslimah solehah ..In sha Allah... Cekalkan hati...Banyakkan bersabar..Jangan lupa pinta dengan seikhlasnya pada Yang Maha Esa.. In sha Allah..Dia akan membantu adik ..Memberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi apa jua dugaan dan cabaran.

Kadang-kadang orang salah faham tentang kita.. Kita akan terasa dan berasa sangat sedih.. Tapi kita lupa, Allah tahu niat kita yang sebenar. Segala kebaikan yang telah kita buat habis musnah disebabkan satu salah faham yang kecil.. Astaghfirullahalazim... Janganlah kita berburuk sangka dengan seseorang.  Sekiranya ada sesuatu yang membelenggu di hati, jumpa orang tersebut dan tanya sendiri perkara yang sebenar. Apabila kita mendengar daripada orang lain terdapat unsur penambahan dan pengurangan dalam kenyataan tersebut. Apabila kita terus mempercayai perkhabaran tersebut, takut ianya jatuh sebagai fitnah .Astaghfirullahalazim.. Pengalaman mengajar erti kematangan dan kedewasaan kepada ana. Allah..Allah..Allah.. Walau apa pun yang berlaku, ingatlah Allah sentiasa ada untuk hambaNya..

Bukan senang untuk menjaga hati.. Allah..Allah..Allah.. Tetapi percayalah kemanisan pasti mengatasi segala kepayahan dan kesusahan. Hati itu dapat mengawal segala tingkah dan perilaku kita.. Hati itu perlulah dicuci dan dibersihkan dengan zikrullah dan istighfar kepadaNya.. Ana akui ana sendiri sukar untuk mengawal hati dan kadang-kadang mampu mengalirkan air mata tanpa sebab.. Allah.. Allah.. Allah.. Ana berdoa agar dikuatkan hati dalam menjalani kehidupan yang bakal mendatang.. Bila hati diusik dengan keduniaan, ana sendiri menjadi alpa dengan duniawi namun dengan doa dan bimbingan bonda dan ayahanda ana mampu bangun semula..Mereka tulang belakang ana..

Ana berasa sangat sedih apabila kenangan lama kembali terlayar di minda ana.. Ana malu.. Malu yang amat sangat dengan tingkah ana.. Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa ana .. Allahu Rabbi.. Ampunilah hambaMu yang sarat dengan dosa ..Ampunilah segala salah dan silap hambaMu ini..Ana hambaMu yang lemah lagi hina..Alhamdulillah Allah menggerakkan hati ana untuk meninggalkan larangannya .. Bonda dan ayahanda memberikan tiupan semangat dan mendorong ana untuk beristiqamah dalam melakukan kebaikan .. Itulah kasih dan sayang ibu bapa terhadap anak-anaknya.. Biarpun mereka sedih namun senyuman  dan gurauan tetap dihadiahkan untuk anak-anaknya..

Secara jujur ana sangat cemburu melihat gadis-gadis yang solehah.. Ana ingin menjadi seperti mereka ..Mereka mempunyai keindahan akhlak yang terpancar melalui peribadi yang elok.. Alhamdulillah.. Ana cuba untuk memperbaiki diri namun kadang kala terleka dan alpa.. Astaghfirullah.. Bukan mudah untuk mendidik hati dan jiwa namun ketenangan yang diperolehi apabila mendekatkan diri kepada Pencipta tidak ternilai.. Apabila kita mendekatkan diri kepada Allah, hati akan berasa tenang dan lapang.. Boleh menerima qada dan qadar Allah walaupun pahit untuk ditelan.. Dekatkan diri dengan Allah memberikan kemanisan yang tidak terungkap dengan kata-kata..

Setakat ini dahulu buat kali ini.. Ana sudah ketandusan idea untuk dicoretkan dalam blog ini .. Asif.. Wassalam..

No comments: