Wednesday, August 21, 2013

~ Liku-Liku Kehidupan ~

 

Alhamdulillah ,syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat bertemu di alam maya ini..Subhanaallah..Alhamdulillah..Allahuakbar.. Ya Allah,daku bersyukur kepadaMu di atas segala nikmat dan rahmatMu kepadaku hambaMu yang lemah lagi kerdil..Walaupun kadang-kadang hambaMu ini terleka dengan duniawi .. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.

Pertama sekali , tak terlambat untuk ana mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 
( TAQABBALAALLAHUMINKUM )..Semoga madrasah Ramadhan yang telah kita lalui dalam masa sebulan yang lalu memberikan impak positif kepada kita.. Semoga kita dapat meneruskan amalan yang kita lakukan di dalam bulan Ramadhan sehingga tiba Ramadhan yang seterusnya.. Insyaallah.. Sememangnya Ramadhan mampu mendidik hati dan jiwa kita untuk berpegang kepada Allah dan kitabullah Al-Quran...Jiwa tenang bagaikan sungai yang mengalirkan air yang sejuk tiada berpenghujung ..Allah..Allah..Allah.. Berikanlah kekuatan kepada kami untuk terus beribadah kepadamu dan beristiqamah dalam melakukan kebaikan..Insyaallah..

Ana berasa sangat sedih mengenangkan salah seorang sahabat ana sedang bertarung dalam kesakitan..Ya Allah,sesungguhnya ana tidak tahu ..Maafkan ana sahabatku..Maafkan daku kerana tidak selalu menghubungimu.. Berjumpa denganmu memberikan tanda tanya kepada ana..Wajahmu nampak lesu dan pucat..Ya Allah,berikanlah kesembuhan kepadanya.. Bantulah dia ya Allah.. Permudahkanlah segala urusannya..Berikanlah kekuatan dan ketabahan buatnya.. Luluh hatiku ketika mendengar perkhabaran itu.. Mengapa dirimu merahsiakan daripadaku? Aduh penawar hatiku,kamu sahabatku yang baik.. Allah sangat menyayangimu sahabatku..Dirimu insan pilihan ...Dipilih untuk menerima ujian..

Menurut Ibn Manzur dalam Lisanu al-‘Arb, bala’ itu adalah ujian yang terdiri daripada yang baik juga yang buruk. Seperti mana yang diberitakan pada surah al-Anbiyaa’ iaitu;

ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]


Ujian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba. Ini telah dibuktikan secara jelas berdasarkan ayat 2-3 surah al’-Ankabut;

أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]

Allahu Rabbi.. Segera daku beristighfar..Tiada apa yang mustahil bagiNya.. Terasa kerdil diriku ini di hadapanNya..Allah..Allah..Allah..Ana berasa serba salah sehingga tidak tahu untuk berbuat apa.. Ya Allah,berikanlah jalan buatku..Permudahkanlah segala urusanku.. Ana ada seorang anak murid yang rapat dengan ana..Sentiasa mengharapkan ana ..Menceritakan segala masalahnya kepada ana.. Ana gembira kerana dia mempercayai ana..Namun terdapat sedikit masalah..Dia akan menelefon ana.. Bila bercakap dengannya ana gembira namun dia akan mengambil masa yang lama untuk bercakap dengan ana..Sampai ibunya marah-marah.. Ana serba salah.. Ana tak mahu dia kena marah ..Bila ana tidak mengangkat telefon dia akan merajuk dengan ana..Ya Allah, ana dalam dilemma..Tidak tahu sama ada untuk mengangkat ataupun tidak..Ana tidak mahu menyakiti hati sesiapa..

Ana rindukan anak-anak murid ana..Ya Allah,kuatkanlah hatiku.. Semoga kalian sihat dan gembira.. Teringat segala keletah-keletah mereka..Teringat gelak ketawa mereka..Teringat gurauan senda bersama mereka..Ya Allah,menggebu rinduku pada mereka..Walaupun tidak dapat bersua muka namun kuntuman doa tetap mesra buat mereka..Allah..Allah..Allah.. Mereka adalah kanak-kanak yang dinantikan di syurga kelak..Teristimewa dan sungguh istimewa.. Walaupun tidak sempurna seperti kita namun kadang-kadang mereka adalah pengubat dan penawar bagi kita..Alhamdulillah Allah memberikan kesempatan buat ana untuk mendekati mereka..Sesungguhnya mengenali dan mendidik mereka memberikan banyak pengajaran buat ana.. Mereka perlu dilindungi dan disayangi .. Hati mereka lembut dan sensitif.. 

Seorang sahabat ana meminta pandangan ana tentang jodoh ..Mengenali seseorang dan meletakkan harapan agar hubungan itu berkekalan hingga ke syurga ..Namun badai menghempas hatinya dan terputus di tengah jalan.. Allah..Allah..Allah..Sedih dan mengalirkan air mata apabila mengenangkan hubungan yang terlerai..Ana turut sebak apabila melihat sahabat ana sedang berduka cita.. Tetapi sahabatku yang baik,yakinlah dengan janji-janji Allah.. Allah telah menetapkan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.. Dekatkanlah dirimu dengan Allah..Insyaallah hatimu akan menjadi tenang.. Jika kita mencintai Allah,Insyaallah Allah akan menghantarkan seseorang yang mencintaiNya juga kepada kita.. Cinta selepas akad dan nikah memberikan kemanisan yang berpanjangan..Sahabatku,usah digusar tentang jodohmu.. Jodoh kita sudah ditetapkan sejak kita dalam kandungan ibu kita malah rezeki pun sudah tertulis buat kita.. Bersabarlah dalam penantian ini.. Marilah kita bersama-sama berusaha untuk memperbaiki dan mempersiapkan diri sebelum melangkah ke alam perkahwinan.. Tanggungjawab dan amanah yang berat setelah adanya lafaz akad..


“Barangsiapa memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, dan menikah kerana Allah, maka sempurnalah imannya.” (Hadith Riwayat Abu Dawud)


“…(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.”  (Surah Ar-Ra’d : ayat 28)
 
 “Barang siapa memperbanyakkan istighfar maka Allah S.W.T akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

Setakat ini coretan hatiku buat kali ini..Marilah kita sama-sama memuhasabahkan diri kita.. Semoga kita dapat menjadi hamba kepadaNya lebih baik dari hari-hari yang lalu..Insyaallah.. Banyakkan istighfar..  Jaga diri..Jaga hati..Jaga iman..

Wassalam w.b.t. 

p/s : Doakan saudara-saudara kita di Mesir, Syria, Rohingya ..Semoga Allah memberikan kekuatan dan memberikan kemenangan kepada saudara-saudara kita.. 

No comments: