Saturday, July 16, 2016

~ Perpisahan ~

Image result for bismillahir rahmanir rahim

Syukur alhamdulillah di atas segala rahmat dan kasih sayangNya pada hamba yang begitu kerdil ini.. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah..Allah masih memberikan kita ruang dan peluang untuk meniti hari-hari yang indah untuk dilalui..

Hari ini merupakan hari yang bahagia dan sedih untuk diri ini..Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.. Cukup perit untuk mengucapkan selamat tinggal bagi insan yang cukup beerti dalam hidup kita.. Namun, sudah lumrah dunia setiap insan pasti akan meninggalkan kita pada suatu hari nanti..

Tahniah dan syabas cikgu ucapkan pada dirimu kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.. Cikgu bangga dan sangat berbesar hati dengan kejayaanmu.. Tetapi pemergianmu adalah satu kehilangan yang amat dirasai.. Pemergianmu membuatkan kami menitiskan air mata.. Berat untuk kami melepaskan kamu pergi dari sisi kami.. Walaupun sekejap cikgu bersama kamu, tetapi cikgu berasa kehilangan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.. Akhlakmu dan peribadimu membuatkan kami berasa senang hati dan sejuk hati..

Anak muridku, titisan air mata kami membasahi pipi tika kamu mengucapkan selamat tinggal kepada kami.. Pergilah menuntut ilmu dan cari pengalaman di tempat yang baru.. Doa kami mengiringimu .. Sedih tapi kami bahagia dengan pencapaianmu.. Semoga Allah mempermudah segala urusanmu.. Semoga Allah melindungimu anak syurga.. Semoga Allah memberkati di setiap langkahmu... Semoga kamu terus kuat untuk menghadapi hari yang mendatang..

Selamat menempuh alam baru.. Jangan lupakan kami di sini..  May Allah Bless You..

No comments: