Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t.
Syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya ana dapat menulis bicara hati buat kali ini...Ana merasakan ana perlu meluahkan hati ini agar beban yang kian menghimpit dapat dileraikan..Allah menguji hambaNya dengan pelbagai cara seperti kemiskinan,anak,hati dan perasaan serta kekayaan... Beruntunglah kita sebagai hambaNya yang diuji kerana ujian itu tanda kasih sayang Allah kepada kita...
Ana bersyukur kerana Allah telah memilih ana sebagai hambaNya yang diuji.. Allah ingin mengingatkan ana tentang tanggungjawab ana kepada Allah.. Agar ana tidak leka dan lalai dalam menjalani hidup di muka bumi Allah ini... Allah itu Maha Mengetahui segalanya...
Ya Allah,betapa berat hati ini untuk melupakan seseorang yang amat bermakna dalam hidup ana...Ana bukan sengaja untuk memutuskan silaturrahim yang telah terbina tetapi ana terpaksa melakukannya... Ana tahu ada hikmah disebaliknya...Insyaallah..Walau apa pun,ketahuilah sahabatku,doaku tetap mesra untukmu...Tidak pernah ana lupa untuk mendoakan kebahagiaan kamu...
Buat sahabatku yang diingati selalu,ana ingin memohon jutaan kemaafan kerana terpaksa membuat keputusan yang berat ini..Maafkan ana dengan seikhlas hati kerana setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya... Mungkin kamu akan lebih bahagia selepas ini..Maafkan ana kerana ana tidak mampu menjadi sahabat yang baik.. Tapi ketahuilah dengan kudrat yang lemah ini telah kucuba untuk membuat dengan sebaiknya...
Sahabatku,dengan linangan air mata yang membasahi pipi ana mengundur diri ..Halalkan segala yang telah kamu berikan pada ana... Ana bersyukur kerana Allah telah mempertemukan ana dengan kamu..Banyak perkara yang ana belajar daripada kamu...Terima kasih atas segalanya...
Sahabatku,Selamat Hari Lahir..Semoga Dipanjangkan Umur..Dimurahkan Rezeki..Jadilah anak yang sentiasa membahagiakan ibu dan ayah...Semoga berjaya di dunia dan di akhirat...Senyum selalu...Salam imtihan... Jaga diri.. Jaga iman ...Jagalah pandanganmu...
Salam kemaafan dari hatiku yang tulus ikhlas...
No comments:
Post a Comment