Tuesday, April 26, 2011

~ Menghitung Hari~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t.

Ana mengucapkan syukur kepada Allah kerana masih diberi ruang oleh Allah untuk merasai kedinginan embun pagi dan menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah... Senyuman terukir di bibirku sambil mengucap alhamdulillah...

Menanti detik 27 April amat menyesakkan jiwa..Tidak sabar untuk berada di samping bonda dan ayahanda..Walaupun ada peperiksaan menantiku,namun hati ini meronta-ronta untuk pulang ke sisi ayahanda dan bonda...Bonda dan ayahandaku yang tercinta,ketahuilah bahawa anakanda rindu untuk berada di samping kalian...Anakanda mahu merasakan hangatnya kasih sayang bonda dan ayahanda ...

Ayahanda dan bonda,anakanda tahu ayahanda dan bonda kecewa dengan keputusan anakanda tetapi anakanda tahu selepas ini ayahanda dan bonda tersenyum dengan keputusan anakanda.. Anakanda membetulkan kesilapan anakanda..Anakanda tahu sekarang kami sama-sama merasai kelukaan dan kekecewaan tetapi yakinlah duhai ayahanda dan bonda sekiranya suratan telah menentukan kami akan lebih bahagia... Bahagia kerana mendapat redha Illahi.. Insyaallah...

Anakanda bahagia dalam duka wahai ayahanda dan bonda...Duhai ayahanda dan bonda, iringilah anakanda dengan restu dan doa kalian...Insyaallah anakanda akan lebih kuat dan tabah.. Kehadiran ayahanda dan bonda menjentik semangat buat anakanda yang jauh di mata..Anakanda yakin ayahanda dan bonda  akan berada di samping anakanda...

Anakanda berasa tenang di samping ayahanda dan bonda... Kepulangan anakanda untuk merungkai persoalan yang timbul ... Duhai bonda dan ayahanda,tegurlah anakanda andai anakanda tersilap langkah menjalani kehidupan yang penuh dengan ranjau berduri... Anakanda memerlukan bimbingan dan dorongan ayahanda dan bonda...

Insyaallah,esok surat anakanda akan sampai kepada mak cik...Anakanda tidak dapat membayangkan reaksi mak cik terhadap anakanda...Anakanda berharap agar mak cik tidak salah faham dengan adinda.. Adinda tulus ikhlas dengan mak cik.. Cuma syariat membatasi segalanya.. Anakanda mahu yang terbaik buat keluarga kita dan keluarga mak cik.. Insyaallah..Semoga Allah memudahkan urusan kita duhai ayahanda dan bonda...

Esok juga merupakan hari yang mencemaskan anakanda...Bungkusan anakanda akan sampai ke tangannya.. Semoga dia tabah dan kuat .. Semoga dia fahami maksud anakanda yang mahukan terbaik buat kami...Insyaallah... Batas dalam Islam adalah lebih sempurna dan terbaik buat seluruh umat Islam..

27 April 2011....~ Kenangan yang tersendiri~

No comments: