Sunday, June 5, 2011

~ CuRaHaN HatikU~


Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya Allah memberikan kita udara yang segar untuk bernafas dan terus beribadah kepadaNya..Alhamdulillah...Hanya pada Allah kita meminta dan hanya padaNya kita berserah segalanya..

Alhamdulillah perjalanan ana bersama dengan keluarga berjalan dengan lancar..Jutaan terima kasih kepada adikku yang sudi berkorban tenaga untuk memandu kereta dari Perlis hingga ke Johor..Kami tidur di belakang tetapi dia bersengkang mata untuk memandu..Ayah menjadi pemandu simpanan sahaja...Kadang kala ayah turut menekan break kerana adikku membawa kereta dengan laju..Darah muda...Ayah pula seorang pemandu yang berhemah dan berhati-hati,,, Cermat... Sepanjang lima hari,hanya adik sahaja yang memandu..Ayah,mak dan ana hanya melihat dan tidak memegang stereng pun..( Ayah dan mak pasti tak bagi ana memandu kerana mereka tidak yakin dengan ana..Lagipun ana masih tidak cekap untuk membawa kereta..hehehe..) Itu yang sebenarnya..

Pada pagi Sabtu,kami bertolak kira-kira pukul 7.00 pagi..Sebenarnya kami berniat untuk bertolak pada pukul 6.00 pagi tetapi Allah telah mengaturkan segalanya.. Kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukannya...Kami sampai kira-kira pukul 12.00 tengah hari di Nilai 3..Mak,ana dan adik ana mengambil kesempatan untuk membeli kain untuk baju kurung pada Hari Raya Aidilfitri...Kami membeli sehelai kain yang bercorat batik di sana ... Selepas itu kami bertolak ke rumah mak long yang terletak di Seremban..Alhamdulillah pada pukul 4 petang kami tiba di rumah mak long..Kedatangan kami ke sana untuk menziarahi pak long yang baru menjalani pembedahan jantung..Pak long menceritakan detik-detik pembedahan kepada ana.. Ana berasa seram sejuk apabila mendengarnya..Urat kaki pak long diambil untuk diletakkan di jantung..Masyaallah ..Sakitnya.. Kami bermalam di sana..Pada pukul 10 malam,sepupu-sepupuku dari Kedah tiba setelah hampir sejam sesat di Seremban..Kasihan mereka..Wajah keletihan terpamer di wajah mereka.. Anak saudaraku yang agak nakal mendapat habuannya daripada abahnya kerana tidak duduk diam.. Kami yang keletihan hanyut dalam mimpi pada pukul 11 malam...

Pada pukul 9 pagi,kami bertolak ke Johor ..Empat biji kereta bertolak ke rumah mak njang yang terletak di Johor Bahru...Sepupuku yang sebayaku menamatkan zaman bujangnya bersama pilihan hatinya..Dua buah kereta anak mak long..sebuah kereta ana dan sebuah kereta Fortuner sepupuku dari Kedah..Perjalanan kami tidak berapa lancar..Banyak kawasan rehat yang kami singgah unuk beberapa hal yang tidak dapat dielakkan.. Anak saudaraku yang tidak tahan perjalanan jauh muntah di salam kereta..Kasihan dia..Mujurlah emaknya menyediakan pakaian salin..Pada pukul 1 petang,kami tiba di rumah mak njang..Warna tema hijau pucuk pisang dan putih indah menghiasi kawasan rumah..Afifa dan Izat telah dinikahkan pada 28 Mei 2011.. Malam sebelum hari walimatulurus.. Pertemuan keluarga telah berlaku dengan meriahnya.. Keluarga sebelah mak banyak yang merantau di negeri orang termasuklah mak njang yang telah mengikut sarwah suaminya ke Johor Bahru..Kebanyakan adik beradik mak tinggal di Selangor dan Kuala Lumpur.. Kami bersalaman setelah lama tidak bersua muka..Saling bertanya khabar... Saya berjumpa dengan anak saudara sepupu yang jauh..comel-comel..geram ana dibuatnya.. Ana suka sangat dengan baby...Suka sangat-sangat,,,Ana sanggup jadi baby sitter.. Nuha,Ibtisam, si comel Aqif yang tembam, Salsabila yang lincah.. Aduhhh,puas mak long bermain dengan kalian.. Kenangan yang indah buat mak long..Sudah tua ana nih..hehehe..Ana berjumpa dengan kembar yang berusia 3 bulan..Subhanaallah..Comel sangat..Kalau ana kenal anak siapa..mahu ana mendukungnya.. Tetapi ana tidak kenal siapa ibu bapanya.. Afifa dan Izat berubah rupa .. Mereka kelihatan sangat cantik dan sepadan bak pinang dibelah dua.. Bilik pengantin telah dihias begitu indah oleh pengantin lelaki..Subhanaallah..sangat cantik dan ana terpegun dengan keindahan bilik tersebut..

Mak mengajak kami tidur di rumah mak njang pada malam itu..Mak yang mengalami sakit kepala yang teruk terus melelapkan mata pada pukul 10 malam.. Mak ana tidak sihat dan mengalami hypertension ..Bebanan tugas yang kian berat mahu dipikul membuatkan mak tidak cukup tidur dan tidak mengambil berat tentang pemakanannya..Ana sangat risau memikirkannya.. Kerja banyak yang diberikan kepadanya dan perlu disiapkan dengan kadar segera..Pada keesokan harinya,keluarga ana dan dua orang sepupu ana bertolak ke Melaka... Ayah menempah sebuah homestay terletak di Bukit Katil.. Berhampiran dengan Bandar Hilir.. Pada pukul 12.30 tengah hari,kami sampai di homestay tersebut dan berehat sebentar sebelum meneruskan agenda kami untuk membeli belah di Padang Pahlawan..Kami berjalan-jalan di sekitar bandar hilir dan mengambil gambar untuk dijadikan kenangan.. Terdapat peristiwa yang tidak dapat ana lupakan iaitu menaiki Menara Taming Sari.. Subhanaallah..cantik pemandangan.. Masyaallah takutnya ana apabila berada di puncaknya...Syahadah menari-nari di bibirku.. Ketinggian membuatkan ana gayat ..Tetapi itulah pengalaman yang tidak dapat ana lupakan.. Bateri kamera pula habis apabila kami berada di atas...Tidak sempat kami abadikan kenangan dalam gambar... Terasa diriku kerdil di atas . Kami berada di atas selama tujuh minit.... Menikmati keindahan alam dalam kegayatan...huhuhu..Anak saudaraku berani dan bermain-main.. Mak longnya yang seram sejuk...Malu ana..Pada malam itu,kilat dan guruh berdentum dengan kuat namun ana tidak tersedar...Mimpi yang menghiasi tidurku itu menyebabkan ana tidak tersedar..Masyaallah... Mungkin petunjuk daripada Allah buat ana...

Keesokan harinya,keluarga ana akan pulang ke kampung halaman di Kedah manakala sepupuku bersama keluarganya meneruskan perjalanan ke Cameron Highland..Merasa udara sejuk pula kata mereka.. Sementara itu,sahabatku mengkhabarkan berita bahawa keputusan biasiswa telah keluar..Debar kian merantai jantungku.. Terus ku minta ayah agar singgah di Sungai Petani untuk mengetahui keputusannya...Ayah membawa kami ke The Store dan ana segera mencari cyber cafe.. Alhamdulillah..syukur kepada Allah...Ana berasa sangat bahagia.. Ayah bersyukur dan belanja kami makan di Jeti Semeling..Menikmati keindahan alam yang Allah ciptakan .. Angin petang sepoi-sepoi bahasa menampar wajahku lembut dan senyuman terukir di bibirku.. Lantas kusyukuri segala nikmat yang telah Engkau beri.. Disebalik kedukaan dan dugaan yang telah Allah turunkan,terselit keceriaan yang menghiasi wajahku.. Melihat keadaan nenekku membuatkan ana lelah..Keadaan nenek semakin membimbangkan..Nenek tidak dapat berjalan ..Hanya terdampar di atas kerusi malas..Lantas kupeluk dan menyalami nenekku untuk menghilangkan rindu yang bertamu di hati..Walaupun tidak sampai seminggu berjauhan tetapi  ana rindu pada nenek ... Malam itu kami bertukar cerita... Gelak tawa bergema di rumah nendaku.. Ketawaku sahaja mampu membingitkan telinga ..hehehe...

Tiba hari kepulangan ke teratakku.. Rindu menghiasi sukmaku ..Katilku...huhuhu.. Owh ye,mak ana membawa balik lapan ekor anak ayam yang baru menetas ke rumah...Bunyi anak ayam menampar gegendang telinga kami...Makan tidak berhenti-henti...Comel..Mak ana cakap ana anak harimau pun kata comel..Tapi memang betul comel....Melihat anak-anak ayam memberikan kesedaran kepadaku..Seawal usia 1 hari,mereka mencari makanan sendiri.. Berdikari... Bergantung hanya pada adik beradik mereka sahaja.. Ana perasan ana berasa ana semakin pendiam..Hanya berkata-kata apabila perlu..Selalunya suara ana yang akan menggamatkan rumah ana..Ana kan selalu menjerit apabila orang mengusik ana.. Tapi ana semakin diam..  Ana banyak berubah sejak bulan April..Penghujung bulan April banyak merubah hidup ana..

Sewaktu ana sedang menonton televisyen ,ana melihat ayah berjalan seperti dulu.. Adakah kesakitan ayah datang kembali? Ya Allah,sembuhkanlah ayahku..Ana mahu lihat kebahagiaan ayah..Keceriaan ayah..Kesihatan yang baik.. Ana bersyukur walaupun ayah sakit, tetapi ayah tidak meninggalkan solat jemaah di masjid..Ana bangga dengan ayah.. Ana bersyukur mempunyai ayah seperti ayah.. Alhamdulillah..Syukur kepada Allah kerana mengurniakan seorang ayah yang baik.. Dugaan buat ayah apabila ayah sakit.. Ayah, bersabarlah atas dugaan Allah berikan.. Allah tahu ayah mampu menghadapinya...

Ya Allah,sungguh hambaMu ini mencuba untuk menghilangkan wajahnya dari hatiku namun bayangannya tetap hadir..Kian kerap disusuli mimpi.. Ya Allah,apakah ini jawapan bagi persoalanku? Apakah ini petunjukMu ya Allah... Namun hatiku sedih kerana mungkin daku menjadi pilihannya..MUngkin daku tidak dapat membahagiakannya... Ya Allah, daku hambaMu yang serba kekurangan..Yang mengharap bimbingan..Yang mengharap pimpinan.. Sungguh daku tidak mahu mengganggu kehidupannya..Apatah lagi mungkin sekarang dia sedang berbahagia bersama orang lain...Ya Allah,elakkanlah kekecewaan melanda diriku... Damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu...Andai itu sudah suratan takdir,hambaMu pasrah dan redha.. Biarpun payah,biarpun perit,biarpun luka yang amat dalam tetapi setiap apa yang Allah jadikan pasti ada hikmahnya..Daku sedar daku banyak kelemahan ..Ya Allah,jika dia adalah milikku,dekatkanlah hatinya dengan hatiku...dan dekatkanlah hatiku dengannya...Sekiranya dia bukan milikku,tenangkanlah jiwaku..suburilah hatiku dengan kecintaanku kepadaMu..  Hatiku tidak dapat menerima insan lain Ya Allah..Mungkin inilah kata seorang sahabat yang mengatakan bahawa daku seorang yang sangat setia.. Ya Allah,hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segalanya..Hanya Engkau tempatku berserah..Hanya padaMu tempatku berlindung..

Ya Allah,Tuhan yang Membolak-balikkan hati manusia,teguhkanlah keimananku kepadamu..Berikanlah daku kasih sayang dan rahmatMu padaku..Penuhilah hatiku dengan rasa cinta kepadaMu..Daku rindu padaMu ya Allah..Peluklah daku dengan cahaya kebenaranMu ya Allah..Hiasilah akhlakku dengan munawwarah Islam... Peganglah daku agar tidak terlanjur perbuatan mahupun tutur kata Ya Allah.. Ya Allah,hambaMu yang kerdil ini memohon pimpinan dan belas kasihanMu...Janganlah Kau pesongkan hatiku ini daripada syariatMu... Terangilah jiwaku dengan nur ketaqwaan kepadaMu..Jadikanlah daku hambaMu yang bersyukur dan tabah menghadapi segala dugaan dan cabaran yang Engkau berikan....

Ana akhiri curahan hatiku ini dengan sebuah cerita..Pada ana,ana tidak menjangkakan hal ini terjadi pada ana..Sungguh ana terkejut..Pada minggu lepas,ana membuka salah satu laman sosial yang lama ana tidak buka...Ada seorang adik add ana..lelaki..Ana menerimanya kerana berpendapat dia macam adik ana sendiri..
Adik L : Assalamualaikum
Ana: Waalaikumussalam w.b.t.
Adik L: Boleh berkenalan...
Ana: Insyaallah jikalau ikhlas..
Adik L : Ikhlas lah ni
Ana : Alhamdulillah..
Adik L: Ada bf tak?
Ana: Haa???Kenapa tanya macam tu...
Adik L : Kalau tak ada bf,bolehlah saya mengorat awak..

Ana terus tidak membalas komen adik tersebut..Pertama sekali ana terkejut sangat..Umur baru sekolah menengah mahu mengorat ana yang lebih tua dari ana..Ana berasa adik tu dalam lingkungan 15-16 tahun..Masyaallah..umur setahun jagung..Kedua,ana gelak sepuas hati.. Bagi ana sangat lucu..Adik-adik zaman sekarang sangat berani..Advance...Masyaallah.Semoga keluarga ana dilindungi oleh Allah..Dunia sekarang berbeza dengan dunia ana dahulu.. Untuk renungan..hiasilah peribadi dengan akhlak yang mulia..Kuatkan iman di dada.. Sematkan di hati..

Ikhlas dari pencari redha Illahi...

No comments: