Sunday, June 5, 2011

~ Harapanku~



Puji-pujian hanya bagi Allah..Tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah..Syukur alhamdulillah kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga ana melakar apa yang tersirat dalam mindaku..Hanya blog ini tempat ana mencurahkan segala isi hati.. Bukan untuk meminta simpati tetapi menenangkan diri..


Kadangkala Allah sembunyikan matahari..rupa-rupanya Dia mahu hadiahkan kita pelangi...Allah menurunkan pelbagai ujian dan dugaan melalui pelbagai cara termasuklah sakit,anak,miskin,penyakit hati dan banyak lagi..Dugaan yang paling besar ialah dugaan harta..Setiap dugaan itu merupakan peringatan bagi kita..Kadang kala kita lalai dan leka dengan keindahan duniawi sehingga melupakan ukhrawi yang kekal abadi.. Oleh itu,kita hendaklah sentiasa muhasabah diri.. Apabila kita ditimpa ujian ucapkanlah alhamdulillah kerana ujian itu merupakan salah satu tanda kasih sayang Allah dan kadang kala ujian itu diturunkan untuk menaikkan martabat kita.. Alhamdulillah... Janganla kita berburuk sangka dengan Allah apabila kita diuji... Allah itu Maha Mengetahui segalanya..Dan Dialah Perancang yang terbaik..


Apabila kita diuji dan rasa lemah,kembalilah kepada Allah..Pohonlah kekuatan dan ketabahan kepadaNya..Hanya kepada Dia yang kita boleh berserah..Manusia tidak mampu untuk mengubah takdir kita..Walaubagaimana pun ,kehadiran orang yang tersayang dapat memberi kita sokongan dan dorongan untuk kita tabah menghadapi ujian dan dugaan..Beruntunglah anda jikalau mempunyai ibu bapa yang mengambil berat,sahabat yang sentiasa ada di sisi dan teman yang banyak memberi inspirasi..Hargailah mereka selagi mereka ada di sisi..Janganlah kita menyesal apabila mereka sudah pergi jauh daripada kita...Nauzubillah.. Oleh itu,marilah kita menghargai khazanah yang berharga buat kita..Ingatlah, Allah itu Maha Mendengar segala rintihan kita..Kadang kala Allah memakbulkan doa kita dengan cepat dan kadang kala lambat.. Janganlah kita berputus asa..Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada bersamamu...


Hidup kita bagaikan roda..Kadang-kadang kita di atas..Kadang kala kita di bawah.. Apabila kita berada dalam keadaan yang bahagia dan tenang,janganlah kita melupakan nikmat yang Allah beri..Ucapkanlah syukur kepada Allah.. Apabila kita di bawah, jangan menyalahkan Allah dengan dugaan yang diberi malahan banyakkan berdoa dan bertawakal kepada Allah.. Kita perlu berusaha untuk memperbaiki nasib kita sendiri.. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu merubahnya sendiri...

Ana mengaku kadang kala ana sendiri leka dan lalai.. Ana banyak melakukan dosa sama ada sedar atau pun tidak..Sesuatu yang haram amat mudah dilakukan tetapi untuk melakukan kebaikan amat sukar sekali..Namun,ana perlu bertekad dan istiqamah dalam melakukan kebaikan..Sifat-sifat yang baik perlu dididik dalam sanubari kita agar ia bercambah dan bertunas sebagai pohon yang subur.. Siramilah dan bajailah dengan perkara-perkara yang baik... Insyaallah Allah akan mempermudah segala urusan kita.. Apa pun yang berlaku,kembalilah kepada Allah..





No comments: