Tuesday, July 19, 2011

~ Isi Hati Kecilku Seorang Gadis Desa ~



Alhamdulillah...Setinggi-tinggi kesyukuran di atas segalam limpah rahmat kasih sayangMu...Sesungguhnya hanya Allah Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Tiada tempat lain untukku bergantung harap dan bersandar melainkanMu ya Allah...

Rasa berdebar-debar semakin kuat dari hari ke hari..Terasa takut untuk menyelusuri hari-hari yang bakal mendatang...Ya Allah,hanya padaMu daku memohon perlindungan ... Pelbagai kejadian yang menyayat hati dipaparkan di dalam dada akhbar...Kadang-kadang tidak terduga dek akal kita...Masyaallah,dunia akhir zaman...Pelbagai dugaan dan cubaan yang Allah turunkan kepada hambaNya untuk menyedarkan kita bahawa kita hanya hidup di dunia yang sementara dan bakal pulang  untuk menghadapNya...

Pada malam yang hening ini,ana ingin berkongsi tentang perasaan ana sebagai gadis desa..Ana juga seperti gadis-gadis lain di luar sana..Setiap insan pasti memiliki perasaan..Tidak kiralah perasaan gembira,sedih,marah dan sebagainya..Hanya kita yang memahami apa yang terkandung di dalam hati kita..Allah Maha Mengetahui segala-galanya..Sungguh ana cemburu apabila melihat pasangan saling mengambil berat antara satu sama lain...Melihat mereka membuatkan hati ana terusik.. Ana juga ingin berasa sedemikian tetapi masih menanti saat itu..Ketika bersama zaujku yang sah di sisi agama..

Resah dan gelisah membilang waktu..Coretan ana kali ini khas untuk bakal zauj... Wahai bakal zaujku,tidak ana tahu siapa dirimu...Tidak ana tahu di mana kamu berada tetapi hati ini dipagut rindu..Rindu padamu tidak bertepi ..Rinduku pada didikanmu untuk melabuhkan cinta kepadaNya..Rinduku padamu untuk mengajar diriku tentang erti muslimah yang sebenarnya...Rindu pada teguranmu tentang kedhaifan dan kesalahanku dalam meniti hari yang semakin mencabar ini.. Ana rindu padamu untuk membawa diri ini menuju Islam yang abadi..

Wahai bakal zaujku,tidak ana pinta harta dan rupa..Cukuplah sekadar agama menjadi sandaran..Berbekalkan iman di dada untuk melayari bahtera bahagia... Cinta yang lahir tulus dari sanubari adalah cinta yang disandarkan pada Illahi.. Cinta buat zauj adalah cinta yang dikurniakan oleh Allah dari zaujah buat zaujnya..Ya Allah,berikanlah jodoh yang terbaik buatku agar dapat menemaniku untuk mencari keredhaan Allah..Ya Allah,berikanlah pendamping hidupku yang soleh agar dapat membimbing diriku ke arah cahaya Islam yang syumul..Ya Rabbi,berikanlah teman hidupku yang sentiasa mendokong dakwah agamaMu yang suci...Ya Rabbi,kurniakanlah zauj yang sentiasa mencintai zaujahnya kerana dahagakan cintaMu...

Keheningan malam terasa indah apabila seorang zauj mengejutkan zaujahnya untuk mendirikan solat di sepertiga malam..Menyucikan wajah dengan titisan wudhuk yang dingin..Mengimamkan solat tahajud,taubat serta hajat dengan alunan kalamullah yang indah..Melantunkan ayatul Quran dengan kemerduan lagu dan tajwidnya... Seorang zauj yang setia mendidik zaujah dengan kesabaran yang mawaddah yang suci...Alangkah indah zauj dan zaujah yang tenggelam dalam cinta kepada Rabb di sepertiga malam..Cinta kepada Rabb yang tiada bertepian menghiasi cinta manusia di dunia yang fana ini...

Taman-taman syurga di dunia seringkali dilupakan..Solat berjemaah serta tazkirah akan menguatkan hati manusia yang terpana dengan alam yang sementara..Ohh dunia, dunia dijadikan hamparan untuk mengejar kemewahan duniawi lantas keindahan taman-taman syurga diabaikan..Wahai bakal zaujku,bawalah diriku untuk menghadiri taman-taman syurga yang telah Allah janjikan pada hambaNya..Rinduku pada taman-taman syurga sering bergelora dan keberadaanmu di sisiku akan meberikan impak yang sangat luar biasa..Bersamamu mencari taman-taman syurga terasa indah dan mendamaikan jiwa..Jiwa yang ketandusan kasih sayang Rabb akan dipenuhi dengan selautan kasih buat Penciptaku...Ya Allah,tidak sabar untuk menunggu detik-detik yang amat bermakna ini..

Ana sentiasa berdoa agar Allah memberikan seorang pendamping yang sentiasa mendidik jiwa ini dengan amar maaruf dan nahi munkar..Pendamping yang sentiasa melabuhkan cintanya kepada Allah.. Ana memerlukan insan yang sentiasa memperingatkan ana ketika ana leka dengan dunia ini...Ana seorang hambaNya yang lemah dan memerlukan bimbingan dan dorongan...  

No comments: