Tuesday, January 31, 2012

~UkiRan MemOri TeriNdaH~

 


Alhamdulillah,syukur ke hadrat Illahi kerana masih memberikan kasih dan sayangNya kepada hambaNya yang lemah dan hina ini..Alhamdulillah ya Allah di setiap degup nafasku ini.. Alhamdulillah atas segala nikmat yang Engkau beri.. Salam rindu buat kekasihMu, Nabi Muhammad S.A.W. yang tetap mekar dalam hati umat-umatnya..

.
Sudah lama ana tidak berbicara dalam blog ana ini..Alhamdulillah hari ini ana diberi kelapangan untuk update blog yang amat bermakna buat ana..Syukur... Tugasan sebagai pelajar sememangnya berat namun memberikan seribu kemanisan kepada ana..Ana berdoa agar ana mampu mencapai kejayaan dan menghadiahkan kepada ayahanda dan bonda yang banyak memberikan dorongan dan semangat kepada ana..Pelbagai dugaan dan cabaran yang terpaksa ana hadapi dalam kehidupan ini tetapi alhamdulillah Allah itu sentiasa ada buat hambaNya dan rindu akan rintihan hambaNya.. Allah tidak pernah menghampakan harapan hambaNya yang memerlukan pertolonganNya..Sesungguhnya Allah adalah Pengatur yang terbaik..

Kelmarin adik ana memasuki umur 19 tahun..Alhamdulillah..Semoga adik ana menjadi seorang lelaki yang soleh serta anak yang taat kepada ayahanda dan bonda..Insyaallah.. Tiada apa yang lebih menggembirakan hati ana selain kebahagiaan ayahanda dan bonda..Mereka adalah tulang belakang ana serta cinta yang suci ..Ana pasti semua orang pasti akan menyayangi ibu dan ayah masing-masing.. Pengorbanan yang tidak terkira untuk mendidik kita.. Masyaallah,hanya Allah yang tahu betapa perit dan sukar bagi ayah dan ibu untuk membesarkan kita...Bukan senang untuk membesarkan anak-anak..

Kali ini ana ingin menceritakan pengalaman yang amat berharga buat ana.. Baru-baru ini ana telah pergi ke majlis perkahwinan seorang sahabat ana..Alhamdulillah,seorang sahabat ana telah membina masjid..Cantik dan berseri sahabat ana..Seri pengantin..Memilih tema merah dan putih.. Ya Allah, terasa bahagia buat sahabatku..Ana berdoa semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..Insyaallah..  Mengelamun seketika mengingati sahabatku...Majlis berlangsung di Pasir Mas, Kelantan..
Pelamin dihias indah ..Sama cantik dan sama padan pasangan tersebut..

Pada 25 Januari 2012 yang lalu,ana bertolak ke Kota Bharu, Kelantan..Alhamdulillah pada pukul 7.00malam,ana telah selamat tiba di Kota Bharu...Buat pertama kali ayahanda dan bonda melepaskan ana pergi bersama sahabat.Sebelum ini ayahanda dan bonda tidak membenarkan ana pergi bersama sahabat.. Ayahanda dan bonda menjaga ana dengan baik..Alhamdulillah ,batas pergaulan ana amat dititik beratkan..Ayahanda dan bonda,terima kasih kerana menjaga anakmu dengan penuh kasih sayang .. Ana tinggal di rumah seorang sahabat ana di Peringat..Alhamdulillah kedatangan ana bersama sahabat disambut dengan penuh keceriaan dan tangan terbuka..Sungguh ana terharu dengan penerimaan keluarga sahabatku.. Syukur ya Allah.. Keluarga ini amat mementingkan kekeluargaan.. Kami dianggap seperti keluarga sendiri.. Terima kasih mak cik,pak cik dan sekeluarga kerana melayan kami dengan baik sekali..Ana berasa sangat terharu..

Masakan mak cik sedap..Masakan kelate..Kami makan bersila dan makan beramai-ramai.. Masyaallah terasa bagai keluarga sendiri..Pada keesokan harinya, sahabat ana membawa ana serta sahabat ana pusing mengelilingi kampung menaiki motorsikal..Angin lembut menampar pipi ana .. Adek duduk di tengah-tengah..Si kecik yang comel dan lincah..Tengah hari itu,kami masak bersama-sama.. Alhamdulillah,hubungan kami semakin erat..Kami masak ayam masak kicap,ikan termenung goreng dan sayur kangkung goreng..Simple tetapi amat bermakna..Pada malam 25 Januari 2012,kami pergi ke stesyen bas Tesco untuk membeli tiket..Puas saya mengelilingi kaunter tiket tetapi jawapan yang ana peroleh amat menghampakan..Tiket untuk balik ke Perlis habis.. Wajah kerisauan jelas ketara di wajahku..Sahabatku memperoleh tiket ke Klang namun ana..Ohh tidak... Setelah masak,kami mengemaskan dapur dan bersiap-siap.. Kak Ana membawa kami ke Wakaf Tok Guru untuk membeli buah tangan kepada kami..Terbayang wajah mak dan ayah..

Ana membelikan sepasang telekung buat bonda dan baju untuk ayahanda.. Setelah mendapat barang yang diingini,kami meneruskan perjalanan ke Tesco untuk membeli tiket..Alhamdulillah, Allah memberikan ruang untuk ana untuk pulang ke pangkuan ayahanda dan bonda..Seorang wanita telah menjual tiketnya ke kaunter dan tiket itu menjadi milik ana,,Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Illahi..Sebelum ana keluar ke Wakaf Tok Guru,ana sempat membuka facebook. Seorang sahabat bertanyakan ana tentang perkembangan ana di Kelantan. Terima kasih sahabat kerana sudi mendengar luahan hati ana..Terima kasih juga kerana memberikan pertolongan kepada ana..Hanya Allah yang mampu membalasnya..Sahabat ana menyarankan ana untuk menghubungi akak angkat ana di Kelantan.Ana malu kerana akak mempunyai adek-adek lelaki dalam rumahnya..Malu yang amat-amat..Sahabat,terima kasih kerana  mengambil berat tentang ana dan ana amat menghargainya.. Walau apa pun terjadi,awak adalah sahabat yang sangat baik dan merupakan salah seorang yang amat penting dalam hidup saya..Saya tidak pernah sesekali melupakan awak ..

Hari tu merupakan hari ulang tahun kelahiran adek yang comel,adek Faridudin (tak pasti ejaan nama) yang ketiga.. Keletah adek sangat menghiburkan hati ana serta dapat menjadi penawar kepada ana.. Seorang yang lincah serta mudah memahami setiap arahan atau suruhan yang diberikan .. Ana jatuh kasih dan sayang kepada adek..Ana sememangnya sangat suka bayi dan kanak-kanak.. Alangkah indahnya sekiranya ana masih mampu memiliki adek lagi..hehe..Adek,Selamat Hari Lahir.. Semoga Dipanjangkan Umur dan Dimurahkan Rezeki..Salam rindu kepada adek di angin lalu.. Akak mahu jumpa adek lagi..Pak cik dan mak cik belikan sebiji kek buat adek..Adek tak sabar-sabar nak potong kek yang dibelikan kepadanya..Adek,menggebu rindu buat adek.. Malam itu, adik sahabat ana membawa kami pergi ke Wakaf Che Yeh..Ana membelikan buah tangan buat adk-adik ana.. Sungguh ramai orang di situ.. Parking juga susah untuk dicari..Ana bahagia bersama keluarga ini.. Sikap kekeluargaan sangat kuat..Malu dan segan bertamu di hati namun mereka sentiasa membuat kami berasa selesa..Tidak mampu ana membalas segala kebaikan yang diberikan kepada kami..Ya Allah,rahmatilah keluarga ini...Lindungilah mereka dengan kasih sayangMu..Kuatkan hati mereka untuk menjalani kehidupan seharian.. Hanya diriMu yang mampu membalas segala -galanya..

Pagi itu kami dijamu nasi kerabu dan nasi dagang... Alhamdulillah..Sedap .. Selepas itu mak cik dan pak cik pergi ke Tesco dan kami pula duduk di rumah ..Tengah hari itu kami pergi ke Pasir Mas untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat kami ..Sungguh cantik sahabat kami setelas ditata rias ole mak andam..Doaku semoga sahabat kami bahagia sampai ke syurga..Petang itu ,mak cik dan pak cik ingin membawa kami ke Bachok..Melihat keindahan pantai..Namun,kami masih belum berjumpa dengan keropok untuk dibawa pulang..Pak cik membawa kami ke Tok Bali untuk membeli keropok.. Alhamdulillah ,ana telah memborong keropok untuk dibawa pulang..Buah tangan untuk keluarga di kampung..Kami bergegas pulang memandangkan malam itu ana bakal pulang ke pangkuan keluarga..


 Malam itu,hati ini berasa sebak..Ana akan meninggalkan keluarga yang sangat baik serta ramah.. Makan malam disediakan ..Kari ikan..Sedap sangat...Alhamdulillah..Mak cik sekeluarga menghantar ana di stesyen bas..Ana sepatutnya naik bas pukul 9.30 malam namun bas tidak kunjung tiba..Cemas .. Lagi mencemaskan memikirkan siapa yang bakal duduk di sebelahku..Ya Allah,debaran kian memuncak..Akhirnya,bas tiba jua pada pukul 10.20 malam..Alhamdulillah..Detik ini amat menyebakkan ana namun ana pendamkan di hati..sedih bertamu di hati.. Bersalaman dengan mak cik sekeluarga serta sahabatku ..Dengan langkah yang perlahan ana menaiki bas.. Mencari seat yang diberikan..Alhamdulillah,tiada siapa yang duduk di sebelahku.. Syukur..Alhamdulillah .. Bas pun ingin bergerak..Ana melambaikan tangan kepada mak cik sekeluarga ..Tiba-tiba ada seorang pemuda naik dan duduk di sebelah ana..Duppp..bagai terhenti jantung ana..Ya Allah,bantulah hambaMu.. Takut ,cemas, gementar bertamu di jiwa.. Segera istighfar dan doa membasahi bibirku.. Ana tidak dapat lelapkan mata ... Walaupun mata ini sangat berat namun takut mengatasi segalanya... 

Alhamdulillah,detik yang mencemaskan bakal berakhir..Ana tiba di Kangar pada pukul 6.50 pagi.. Menunggu kehadiran adik ana untuk mengambil ana di stesyen bas.. Adik ana membukakan pintu kereta..Banyak mata yang memandang..Ya Allah,janganlah mereka salah sangka dengan ana..  Setelah sampai di rumah,ana segera bersalaman dengan ayahanda dan bonda serta solat Subuh.. Ya Allah, terima kasih kerana mempermudahkan segala urusanku..Kusyukuri segala rahmatMu..

Khas untuk akak ,maafkan saya ya..Saya tidak sempat untuk berkunjung di rumah akak..Bukan saya tidak mahu berjumpa akak,tetapi saya tidak sempat..Insyaallah,saya pasti akan menjejakkan kaki ke rumah akak serta berjumpa dengan akak..Doakan ya akak..Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita..Salam rindu buat akak..

Wassalam



No comments: