Friday, February 10, 2012

~ TeRakhiR ~

 


 

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Allah Yang Maha Mengetahui segala-galanya.. Salam rindu buat kekasihMu ,Nabi Muhammad S.A.W.

Ya Allah,dugaan demi dugaan kian mendatang..Namun,kusyukuri segala yang telah Engkau berikan.. Biarpun air mata ini sudah kering ,namun ana yakin dengan kekuasaanMu..Yakin bahawa Allah itu selalu ada buat hambaNya..Ya Allah,dengan linangan air mata yang menitis hambaMu berserah dengan takdirMu..

"Operation"..Sejenak jantungku bagai terhenti..Ya Allah,betul ke apa yang ana dengar..Benarkah perkataan itu yang meniti di bibir doktor itu? Namun,bila mengingati semua ini milik Allah,hati mulai redha dengan ketentuanMu.. Semuanya hanya milik Allah..Kita hanya pinjaman .. Kita pasti akan pulang ke pangkuan yang Maha Esa..Jadi,bersedialah..Bersedialah untuk pulang ke pangkuanNya.. Daripadanya kita datang dan kepadaNyalah jua kita akan kembali..

Menerima segala ketentuan yang Allah berikan dengan pelbagai rasa namun hati ini mula mengingati janji-janji Allah.. Tidak mungkin ana mampu untuk menolak segala kehendakNya.. Masih banyak orang yang lebih teruk daripada ana.. Ana sepatutnya bersyukur... Allah itu Mengasihani hambaNya dengan pelbagai cara ..Diturunkan ujian untuk mengkifarahkan segala dosa hambaNya.. Allah juga mencintai orang yang sabar.. Ya Allah,kasihMu amat beerti buat hambaMu ini.. Engkau mahu ana menanamkan sifat sabar dalam diri ana..Sabar dalam menghadapi segala dugaanMu..

Ya Allah,malunya ana padaMu..Dosaku menggunung tinggi..Namun rahmatMu sentiasa menyelimuti ana..Malu untuk kembali ke pangkuanMu ..dengan diri yang penuh dengan dosa.. Ampunilah segala dosaku ya Allah..Bergenang air mataku mengingati dosa-dosa yang telah ana buat ..


Ana juga sangat sdih mengenangkan seorang sahabat ana..Kenapa kamu tiba-tiba membenci ana? Ya Allah,sedihnya hanya Allah yang tahu..Ana masih terkejut ..Apa yang telah ana buat sehingga kamu membenci ana? Beritahulah ana tetapi bukan dengan mendiamkan diri sebegini.. Sanggupnya kamu berbuat ana seperti ini..Namun,jika itu yang terbaik buat dirimu..ana redha dan terima dengan seikhlasnya..Siapalah ana untuk meminta..

Puas ana mencuba untuk menghilangkan bayang kamu setelah kamu membenci ana..Namun,semakin ana cuba untuk melupakan..semakin ana mengingati kamu sahabat..Andai ada perlakuanku yang mengguris hatimu,beritahulah ana..Kamu tahu tak keadaan ini sukar bagi ana..Sangat sukar.. Ana mohon kamu mengerti..Tak mampu lagi ana untuk mencoret segala isi hati ini..Terasa lelah..
Maafkan ana dari hujung rambut hingga hujung kaki jika ana ada berbuat salah dan silap..

Wassalam..

No comments: