Friday, April 27, 2012

~ Teristimewa Untukmu ~

 

Alhamdulillah..Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah izin-Nya dapat juga ana kita bertemu di alam maya ini.. Alhamdulillah..Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T. Salam rindu buat kekasih agung-Mu,Nabi Muhammad S.A.W. Salam dan selawat ke atas junjungan Baginda.

Sudah lama jari-jemari ini kaku untuk menari-nari di atas keyboard ini..Alhamdulillah ,Allah masih memberikan kesempatan kepada ana untuk mencoretkan bicara ana untuk insan yang ana hormati dan kagumi.. Maafkan ana kerana mengambil masa yang agak lama untuk meng"update" blog ana ini..Ana sangat sibuk lantaran baru memulakan tugs sebagai pekerja.. Banyak komitmen yang perlu diberikan untuk menyiapkan pelbagai tugasan yang menghampiri tarikh akhir.. Maafkan ana ya sahabat..

Pertama sekali, Selamat Hari Lahir sahabatku... Semoga Dipanjangkan Umur dan Dimurahkan Rezeki.. Doaku sentiasa mesra buatmu.. Kalungan doa yang ikhlas dari hati ana.. Ana sentiasa mendoakan yang terbaik buat kamu,sahabatku.. Walaupun jarak memisahkan ,namun kamu tetap dalam ingatan..  Sudah menjangkau 22 tahun..Alhamdulillah kerana Allah masih membukakan jalan dan ruang untuk kita sama-sama merebut peluang agar menjadi khalifah yang sebenar-benarnya di atas muka bumi ini..Insyaallah.. 

Lidah akan kelu apabila berhadapan denganmu sahabat.. Mulut bagaikan terkunci rapat.. Mengenalimu sahabat adalah suatu kebetulan dan tidak terjangkau dek akal fikiran ana.. Pelbagai kebetulan yang mendatang dan akan membuatkan ana teringat kamu sahabat.. Sahabat, sungguh sukar untuk ana temui sahabat sepertimu dan dirimu tiada gantinya.. Berderai air mata apabila mengenang sahabat.. Namun,segera ana merintih pada Yang Esa.. Hanya Dia yang mampu membuka hijab apa yang akan berlaku seterusnya..

Biarpun sedih namun ana yakin dengan segala perancangan Allah.. Ana letakkan segala harapan kepada Allah. Setiap apa yang berlaku pasti akan ada hikmahnya.. Apabila seseorang itu pergi daripada hidup kita ,kita pasti akan terasa kehilangannya terutama sahabat yang baik sepertimu.. Namun, ana tidak menyesali dengan keputusan itu... Ana mengharapkan redha daripada Illahi..   Ana mendoakan yang terbaik namun Allah telah menetapkan semua..  Ana yakin pasti akan ada hikmah di sebaliknya.. Dan ana mula sedar hikmah di sebalik perkara itu.. Ana semakin yakin dengan apa yang ana rasa .. Dan ana semakin menghargai erti persahabatan .. 

Apabila ayahanda dan bonda menyebut tentang dirimu, suatu perasaan yang sukar ditafsirkan dengan kata-kata menguasai diri.. Ana jadi sebak dan sedih.. Cukuplah ana katakan bahawa kamu adalah sahabat yang terbaik.. Ayahanda dan bonda ana turut mengiyakan jua.. Kamu semakin menjauh dan jauh.. Ana sedar ana yang mencipta jarak itu tetapi percayalah bahawa ana mahukan yang terbaik dalam persahabatan.. Ana mahu kita berdua menggapai sesuatu dengan redha dan restu Illahi..  Sememangnya kehilangan sahabat yang baik sepertimu memberi kesan yang mendalam terhadap ana.. Ana terasa suatu kehilangan yang amat besar kerana kamu adalah separuh dari diri ana..

Ana malu sangat dengan kamu.. Sangat-sangat malu sahabatku.. Sahabatku, ana sedar kamu tidak akan mengetahui apa yang ana rasai..Kamu tidak faham apa yang ana buat.. Apabila ana meng"update" blog ini pun pelbagai rasa bercampur aduk dalam jiwa.. Aduh,sukarnya untuk ana fahami.. Sahabat,andai dirimu sudah ketemu kebahagiaanmu di sana, ana mendoakan yang terbaik..  Maaf ,ana tidak mampu lagi untuk mencoret bicara di sini.. Ana dahului dengan ucapan maaf atas segalanya.. Semoga kamu berjaya di dunia dan akhirat.. Insyaallah..

Wassalam w.b.t.




No comments: