Thursday, May 31, 2012

~ Malang Tidak Berbau ~



 

Segala puji-pujian hanya bagi Allah S.W.T. Tuhan sekalian alam serta Maha Suci Allah Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Alhamdulillah...SubhanaAllah..Allahuakbar.. Salam kerinduan buat junjungan mulia,Nabi Muhammad S.A.W. 

Alhamdulillah kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat juga menghasilkan entri ini..Setelah sekian lama ana teragak-agak untuk meng"update" blog ini..Lebih daripada sebulan entri ini bersawang..Tuntutan sebagai pelajar mengajar ana erti ketabahan dan mementingkan apa yang lebih penting daripada yang penting..Banyak yang ana ingin kongsikan di sini...Banyak yang ingin ana coretkan di sini... Hanya sekadar perkongsian dan melepaskan bebanan di jiwa..

Hari ini sudah tiga hari ana di rumah.. Sepatutnya ana masih di USM namun sesuatu kejadian telah menimpa diri ana dan memerlukan ana balik dengan kadar segera.. Kaki ana terseliuh dan membengkak.. Ana tidak dapat berjalan hatta meletakkan kaki di tanah jua ana tidak mampu.. Masyaallah ,sakitnya hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.. Air mata ini sudah kering kerana menangis kesakitan.. Mujurlah ada sahabat serta keluarga yang banyak membantu.. Kisahnya ana memakai kasut yang heel sedikit..Ana baru balik makan di sebuah kafe di dalam kampus... Ana berjalan di tempat pejalan kaki dan tiba-tiba kaki ana "terpeleot" bak kata orang utara.. Masa tu boleh berjalan lagi.. Kawan bantu ana duduk di tepi longkang..Masa kejadian banyak jugak orang yang melalui kawasan itu.. Untuk coverline ana terjatuh ana duduk bersantai di tepi longkang di bawah cahaya terik matahari..

Tiba-tiba ada sebuah kereta berhenti..Seorang pelajar USM melihat ana duduk di tepi longkang sambil dikelilingi  sahabat-sahabat ana.. Dia menghulurkan bantuan untuk menghantar ana ke Pusat Sejahtera..Pada mulanya ana segan untuk menerima pertolongannya tapi setelah didesak oleh sahabat-sahabat ana bersetuju untuk pergi ke klinik.. Ana bersyukur kerana ada insan yang mahu menghulurkan bantuan kepada ana ketika ana dalam kesusahan.. Dia memasuki Pusat Sejahtera dan berjumpa dengan nurse yang bertugas dan membawa kerusi roda kepada ana.. Kepada saudara yang sudi membantu ana,jutaan terima kasih kerana sudi menghulurkan bantuan kepada ana.. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.. Selepas itu ana dibawa masuk ke dalam bilik pemerhatian wanita.. Nurse bertugas meletakkan ais di tempat yang bengkak . Ana dibawa x ray di bilik pengimejan.. Takut.. Alhamdulillah tak ada apa-apa..Cuma terseliuh..Alhamdulillah.. Ana membuat keputusan untuk pulang ke kampung untuk mengurut ..Ana  beli tiket bas..

Ketika keluar dari kereta sahabat ana, masyaallah sakitnya.. Ana tidak boleh memijak lantai.. Sakit yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata..Kasihan sahabat ana yang terpaksa memapah ana sehingga ke tingkat tujuh..Ana rasa sangat letih..Ana terpaksa membuat lompat ting2 memandangkan kaki kanan ana tidak dapat memijak lantai.. Bila sampai di tangga,ana terpaksa mengengsot turun.. Ya Allah,terasa sangat kerdil di hadapan-Mu.. Ana bersyukur kerana dikurniakan kesihatan yang baik sebelum ini..Terasa nikmat kakiitu sangat bernilai.. Air mata berlinangan di sepanjang jalan.. Ana malu dengan semua orang yang melihat ana sedemikian tetapi tiada kudrat untuk ana menepisnya..

Pada jam 6 ,ana cuba untuk berjalan namun ana tidak mampu..Ana menelefon ayah supaya datang mengambil ana..Ana tidak mampu lagi untuk berjalan..Alhamdulillah ayah datang mengambil ana.. Tepat jam 9 ayah sudah sampai..Ana cuba untuk memijak lantai namun ana tidak mampu..Sakit..sakit.. dan sakit.. Ana sudah lali dan mata ini seakan-akan mahu terpejam..Lemah sangat badanku.. Sahabat ana memanggil ayah untuk naik ke atas kerana mereka tidak mampu membantuku.. Ayah mak dan adik naik ke atas bangunan tersebut.. Mereka menolakku dengan kerusi memandangkan diriku lemah.. Terima kasih duhai sahabat yang banyak membantu ana.. Terima kasih..Hanya Allah sahaja yang boleh membalas jasa kalian.. 

Kini,ana sudah berada di ruma tetapi pergerakan ana masih terbatas.. Ana masih menaiki kerusi roda untuk ke mana-mana.. Kaki ini masih belum sembuh.. Bengkak sudah surut.. Alhamdulillah.. Ana telah dibawa oleh ayah ke Kedah untuk berubat.. Jagalah kesihatan anda semua...Berhati-hatilah sewaktu berjalan.. Malang tidak berbau.. Ana sangat bersyukur kerana keluarga ana banyak membantu ana.. Ana rasa sangat terharu dengan layanan adik bongsu ana.. Sanggup membawa ana berjalan-jalan dengan kerusi roda.. Menolak ana yang berat ini.. Huhu.. Biarpun hanya terseliuh tetapi kesannya agak teruk juga.. Ya Allah,semoga ana cepat sembuh..Ana tidak mahu menyusahkan ahli keluarga ana lagi.. Malu rasanya...

Sekian dulu untuk kali ini.. Sekejap lagi ana bakal sambung cerita tentang cerita -cerita lain pula..
Wassalam..

No comments: